Sunday, October 12, 2014

Lagi2 Cari Pasal.

Salam...




Alahai pandan apalah nasib kamu sampai dipijak menjadi lunyai.
Baru seminggu saya tanam nampak hidup elok aje. Pagi tadi bila nak siram terkejut sampai macam itu jadinya. Apa salah pokok tu jika ditanam diatas tanah reserve, tanah tepi jalan. 

Bukanlah nak tuduh tapi bila nampak kereta yang diparking bersebelahan dengan pokok tu kita dah boleh agak siapa punya angkara. Sementelah pulak selama ini dialah yang mencari sebab untuk bergaduh. 

Nasib baik saya punya hubby yang agak penyabar. Belum pernah tercetus pergaduhan besar. Kalau ikutkan hati memang panas sebab tanah itu betul2 didepan rumah saya manakala rumahnya diseberang jalan. 

Rumah dia juga ada poarch tapi dibiarkan kosong itulah sebabnya parking kereta sampai ke tempat orang. Rasa dah malas nak bercerita sebab benda yang sama dengan orang yang sama.



8 comments:

Jari Manis said...

kenapalah ada manusia yg bersikap dengki begini

Acik Erna said...

Tak de perasaan tu zai

Normala Saad said...

Zai..jiran berjiwa koman mcm ni memang ya wujud dimana-mana...

Nieda ramly said...

la...kesian kak zai . tak habis2 lagi

saniah ibrahim said...

tak faham dengan orang yang takde faham bersalah kan kak zai....sabarlah kak zai

Sura Mohd said...

sabarlah kak Zai..dalam dunia ni memang ada yg perangai camtu..nasib kakZai laki bini penyabar..:)

Bunda a.k.a KN said...

Bab parking ni memang dah biasa dan lali sangat kak zai oii....tempat bunda ni pun selalu camtu...malas nk crite je..depan porch sendiri tak cukup2 ..mai parking kawasan orang tak berhemah pulak tu...

Walaupun kami ni cuma pakai moto jer..tapi itu laluan kami...kawasan kami....tolong jangan block laluan kami encik...tuan...dato...kami cuma orang kecik2 jer...

hainom OKje said...

Siannya nssib si pokok pandai tak sempat nak hidup lama hehe