Thursday, October 16, 2014

Mewarnai Laman

Salam...


Bunga janggut



Tentu ramai yang ada pokok ini, boleh panggil pokok ke? Nak jaga dia senang aje cuma siram.Tak payah guna baja dan tanah. Gantung dan pokok ini akan hidup macam tali. Saya panggil pokok  ini janggut dan saya dengar orang lain pun sebut yang sama. Saya pernah tengok kat rumah seseorang kat Ipoh punyalah cantik. Hidup subur, menghijau dan panjangnya dekat mencecah lantai.






Pokok bunga ini saya ada sembilan jenis tapi cuma ada tiga gambar aje entah ke mana hilangnya. Mungkin sudah ter delete agaknya. Saya tak tahu nama dia tapi kalau berbunga sangat cantik, bergumpal2.


Lily



Pokok ini nama dia lily, ada bawang kat pangkal pokok dan daunnya panjang tirus. Tak boleh banyak air takut bawangnya busuk.




Ini pokok ekor kucing, berbulu macam ekor kucing. Kalau dah panjang dia melentok ke bawah. Saya tengok kat Cameron Highland dia orang tanam arah ke bawah, nampak lebih cantik.

Ini antara pokok bunga yang ada dilaman saya. Nanti kalau saya rajin ambik gambar pokok bunga yang lain pulak. Selalu diberi keutamaan pada orkid.



10 comments:

Normala Saad said...

Cantik2 pokok Tun..janggut tok Adam tu cantik a bila banyak...Ada orang jual RM12.00 satu mahal ke murah. pasu gantung dia pun mcm yg pokok Tun punya.Mahal ke murah..

Zaitun said...

Setahu kak zai pokok tu harga dia ikut banyaknya. Biasa kalau kat Sungai buluh dia jual dalam rm8 yang kecil.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Subahanallah cantik2 nya bunga2 kak zai... sejuk ye tgn kak zai tanam bunga... elok pulak bunga berkembang ;)

Acik Erna said...

Suka tengok zai..cantik cantik

saniah ibrahim said...

cantiknya kakzai....saya pun suka bunga tapi biasanya tanam taklah subor macam bunga2 kak zai

Nieda ramly said...

RUMAH KAK ZAI DAH JADI MCM TAMAN. SEMUA POKOK ADA.

Nieda ramly said...

RUMAH KAK ZAI DAH JADI MCM TAMAN. SEMUA POKOK ADA.

hainom OKje said...

Semua okje suka .....kecuali bunga lily tu....Rajin kak Zai menanam yer

Tihara said...

cantik bunga lily tu
dulu saya ada lily tu
tapi sekarang dah tinggal kenangan
gambarnya ada di blog saya :)

Sura Mohd said...

Kak Zai...cantik-cantiknya..sura suka sangat tengok bunga-bunga tu....seronoknya rumah ada laman..boleh menanam..:)