Wednesday, September 10, 2014

To' Ki Bentong.

Salam...

Sesiapa yang pernah ke Bentong atau melalui jalan nak ke Pantai Timur bila lalu dekat satu kawasan ini mesti nak berhenti. Tempatnya ditepi jalan berhadapan dengan jerat cina. Gerai yang dihiasi dengan pokok2, pasu2  besar antik dan juga botol2 besar. Saya bukan nak cerita pasal kecantikan tempat ini tapi ada sesuatu yang sedap bagi sesiapa yang suka makan makanan ini.

Ini tanda mercu tempatnya.







Nampak tak deretan lemang tu. Rendang daging dan rendang ayam juga ada dijual. Di sini ada juga makanan lain seperti nasi berlauk dan kuih muih. Maknanya kalau singgah membeli lemang boleh menjamu selera sekali disini. Kedainya dibuka setiap hari cuma ditutup hari Isnin. Setiap kali saya lalu tak kira siang atau pun malam kedainya sentiasa dibuka.

Kalau tanya saya kesedapan lemang disini bagi saya two tumb up sebab sudah berpuluh2 batang lemang yang saya beli disini masuk ke dalam perut hehe...Banyak tempat yang jual lemang yang agak terkenal yang pernah saya beli tapi disini masih pilihan saya. Begitu juga dengan rasa rendangnya, memang sedap.

Saya tak ambik banyak gambar dekat kawasan dia.





Kalau sesiapa hantu lemang macam saya hehe... bolehlah singgah di tempat ini.





11 comments:

Daddy Ziyyad said...

so mmmg sepanjang musim dia jual lemang ya? ni macam kat area dkt dengan arah masuk Tol Simpang Ampat dekat2 Tampin...sepanjang masa ada jual lemang..;)

Nieda ramly said...

makanan trasional yg dikomersialkan.
tempat pun menarik dgn deco yang cantik kawasan pun bersih

Kakzakie said...

Kak Zai tak beli sekali pokok orkid itu ke? Orkid ni sekali bunga rancak tau:)

Org cerita lemang kakak cerita orkid hihi...

saniah ibrahim said...

sedap kakzai lemang ...saya n family suka sangat ...
kak zai canteknya okid tu...

Zaitun said...

Dulu masa kak zai duduk uk selalu beli lemang pak ali. Kadang2 tak masak tapi lemang to' ki memang best.

Zaitun said...

Kakzakie ...orkid tu dia tak jual.

Zaitun said...

Ya...sepanjang musim.

Zaitun said...

Makanan pun sedap hehe...

Acik Erna said...

Pernah juga lalu zai..tapi x pernah beli lemang nya tu..sedap ye zai

makchaq said...

Lemang n rendang memang sedap la... suka yg buluh dia kecik2
tapi makchaq jarang sangat ke arah sana.. maklum la kahwin orang arah utara jugak..

Jari Manis said...

susah kak zai nk cari lemang yg sedap dan lemak nampaknya to'ki adalah lemang pilihan