Friday, September 19, 2014

JJCM Lagi dan Lagi.

Salam...

Lepas habis meeting hubby bawa jalan2 kat Padang Besar. Banyak perubahan dari saya pergi entah tahun bila. Disini terdapat banyak makanan, pakaian dan barang dapur dari Thailand dan juga buatan Malaysia sendiri.


Kedai tanpa cukai

Barang2 kat bazar
Tertangkap gambar pengunjung
Orkid crystal

Saya cuma beli barang makan seperti kekacang, beras pulut, sos dan yang paling best dapat beli sos tomyam dengan harga yang murah. Kemudian dapat beli hanya satu pasu orkid sebab sudah kesuntukan masa kalau tidak mahulah mengangkut. Disana saya jumpa banyak wild orkid, harga dia pun lebih murah jika dibandingkan dengan harga diKL.

Singgah sini pulak tengok view tersangatlah cantik. Pesanan untuk pengunjung jangan singgah kat toilet dia sebab tersangatlah kotor walau pun berbayar. Tasik ini adalah pertemuan dua sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Ia merupakan empangan saliran buat pertanian utara semenanjung.



Tasik Timah Tasoh Perlis



Malam pergi Kuala Perlis dan makan kat food court yang tak jauh dari pantai. Nama kedai makan tu Mona. Kalau sesiapa nak makan sea food singgahlah sebab makanannya sedap. Lupa nak ambik gambar makanan sebab perut sudah tersangat lapar. Cuma ambik gambar terung sebelum makanan sampai. Terung bakar dia pun sedap sangat.




Esoknya singgah sini pulak. Memborong segala jeruk. Kat kedai ini bukan saja jeruk yang dijual tapi semua ada termasuk pakaian.

Kedai jeruk pak ali







11 comments:

NEKCIK said...

wah wah menyeberang kectsnah seberang ye Zai.....cuti cuti ni mesti orang ramai...harganya mahal tak

kakyon said...

terliur KY tengok jerok madu tuu Zai..

Nieda ramly said...

jeruk pak ali memang terkeruknya kalau sebelah utara ni. jeruk dia bila kita makan tak rasanak batuk2 atau perit di tekak.
saya beli beras nasi dagang sekilo RM 8 hari tu di padang besar. rasa mahal lah pula.

Zaitun said...

Orang ramai sebab cuti sekolah nekcik. Saya rasa harga makanan tu mahal sikit.

Zaitun said...

Kakyon kalau orang suka makan masam2 memang sedaplah.

Zaitun said...

Kak zai tengok ramai orang datang kat kedai dia. Betul kata nieda jeruknya tak perit tekak kalau makan.

IndaMarya said...

pdg besar masa cuti memang sesak.Lgkawi lagi teruk. Utk org tmpatan tau dah...

saniah ibrahim said...

kak zai memang suka orkid ya....sempat lagi snap orkid cantik tu .

Zaitun said...

Dapat beli satu pasu aje, kesuntukan masa hehe...

Zaitun said...

Mana lagi orang kita nak pergi selain mencari barang keperluan tapi tulah bila cuti sekolah harga barang mahal sikit.

Jari Manis said...

jeruk psk ali!!!! nyum nyum nyum mknan kegemarsn Jm tu!