Thursday, September 04, 2014

Bunga Berharga.

Salam...

Saya teringin nak makan laksa sebab sudah agak lama tak makan. Selalunya kalau pergi rumah terbuka banyak rumah yang menyediakan laksa. Tahun ini tak berkesempatan untuk menghadirkan diri.

Nak mencari bunga kantan kebetulan saya juga nak membeli barang dapur. Masuklah satu supermarket tengok memang banyak tapi sudah tidak berapa fresh. Bila angkat terkejut besar tengok harga dia, macam tak percaya. Cuma dua batang itu pun kuntum sudah lesut pulak tu.


Dua batang rm8.19


Teringat masa kat kampung arwah mak punya pokok kantan punyalah banyak. Selalu aje arwah bagi pada jiran atau sesiapa yang berminat. Saya pun ada tanam tapi masih belum berbunga.




7 comments:

Kakzakie said...

Betullah Kak Zai. Kalau kat kampung kakak dah berlambak bunga kantan ni. Kakak pun memang boleh katakan tak pernah beli. Biasa balik kg kakak ambik aje Sebab pokok kantan ni susah mati. Kalau dah mula bunga tak akan berhenti... Cantas pun tetap tumbuh balik.

Ini RM8/- lebih aduhai mahalnya!

Nieda ramly said...

memang betul kak zai, harga bunga bunga kantan mahal sangat.
susah nak dapat kut sekarang

Jari Manis said...

mak aih..mahal sgt tu...almost RM10...dh mcm beli bunga ROSE pulak..mmg susah nak dapat kak Zai bunga kantan sekarang ni..nasib baik clear kat opis JM kejer ni dia ada jual bunga kantan 5 barang RM2..mmg puas lah makan..buat asam pedas , laksa

saniah ibrahim said...

pergh....mahalnya
sya ada tanam juga kak zai,tpi biasanya tngk kat pokok dh dipetik org...

Bunda a.k.a KN said...

Bunga bukan sebarang bunga...bunga yang bolih dibuat masakan....harganya amboi! boleh tahan....

Kakzakie said...

Happy belated birthday Kak Zai. Baru teringat bila baca komen di N3 kakak tadi ni:)

zilozz79 said...

Saya menjual BUNGA KANTAN MALAYSIA dari kebun saya sendiri secara pukal/borong kpd sesiapa yg berminat utk memborong atau beli utk kegunaan sendiri
Sesuai utk pekedai restoran, pemborong di pasar, pengilang makanan & katering
Harga murah dan kualiti bunga yg segar, cantik & besar
Boleh lawati website www[a]bungakantan[a]com
Lokasi di Hulu Langat, Cheras
Utk tanya lebih lanjut whatsapp/sms 0183879434/0122740022 fazil