Thursday, September 11, 2014

Bonsai

Salam...

Minggu lepas saya temankan anak lelaki pergi Semenyih untuk mencari pokok bonsai. Kalau dia balik mulalah dengan hobinya yang suka menambah koleksi bonsai.

Saya tak berapa suka sebab susah nak jaga. Dahan dan daun kena sentiasa dipotong. Pasu pula kena beli pasu khas baru nampak cantik.Tengok memanglah cantik sebab walaupun pokok sudah tua tapi rendang.

Harga pokok bonsai boleh mencecah beribu ringgit sebab itulah anak saya kata beli yang kecik lepas tu jaga sendiri tapi memakan masa.

Gambar kat bawah ini saya ambik dekat nursery.







6 comments:

Nieda ramly said...

anak kak zai yg dok UK tu ke?dia minat bonsai ?

Kakzakie said...

Memang mahal bonsai ni Kak Zai. Tapi cantik kan. Kakak pun suka tapi tak ada satu pun kat rumah.

Zaitun said...

Bukan adiknya. Kak zai ada 2 orang anak lelaki.Dia kerja kat JB.

Bunda a.k.a KN said...

Bonsai memang mahal...tapi ada yang minat sangat tu tak heran pun harga...janji penuhi koleksi..

che mid said...

Oh..tentu sangat mahal tu..

Jari Manis said...

bonsai mmg susah nk jaga akak tp mmg cantik mahal lak tu