Tuesday, September 23, 2014

Anak Buah Kesayangan.

Salam...

Rasa sedih dan terkilan pulak sudah dua kali balik ke Semenanjung saya tak dapat jumpa anak buah kesayangan saya ini. Bukan dia yang sibuk tapi saya yang selalu tidak ada dirumah.

Tinggal di Sabah cikgu disana lepas tu kahwin pulak dengan orang sana. Rapat dengan saya dari baby lagi sebab ayah dia seorang tentera jadi bila ayahnya bertugas luar daerah saya bawa tinggal dengan saya. Sampailah dah besar rapat dan dia sangat sayang dengan saya.

Sentiasa menalipon walaupun jauh bertanya khabar dan kalau balik Semenanjung macam2 ole2 dari Sabah untuk saya. Dia adalah anak sulong kepada adik perempuan saya.

Harapan saya walau pun tak jumpa jangan lupa pada mama dan uncle (panggilan saya dan hubby).




7 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Memang rasa terkilan ye kakzai bila yg rapat dengan kita tak dapat berjumpa.. tapi bagusnya dia rajin call kakzai ye bertanya khabar.. kakak ipar saya pun berkahwin dgn orang sabah dan menetap di sana, adalah dua kali saya berkunjung kesana..

Nieda ramly said...

bila berjauhan talipon menjadi pengikat kasih

kakyon said...

tempat jatuh lagilah dikenang...
tak puas bertalipon kan Zai, kalau boleh nak jumpa tengok sendiri..baru puas hati nak lepaskan rindu kat anak buah kesayangan tuu....

saniah ibrahim said...

kak zai pergi ke tempat dia lah boleh lepas kan rindu.

Jari Manis said...

anak saudara dh seperti anak sendiri kan kak Zai...mesti rindu dendam nih

Kakzakie said...

Apalgi anak buah sendiri memanglah mesra, sayang dan rindu kak zai.

Sura Mohd said...

bila dah rapat sangat..memang terasa kehilangan..kerinduan bila berjauhan..
nasib masih dapat mendengar suara ..dapat jugak melepas rindu..