Monday, September 30, 2013

Orkid Hutan.

Salam...


Masa saya pergi rumah seorang kawan saya terjumpa dekat lamannya ada pokok orkid yang berbeza sedikit dari yang biasa. Kata tuan rumah orkid itu suami dia ambik dekat hutan. Dia tanam dalam tanah tidak menggunakan arang. Daunnya nipis dan panjang tidak tebal atau keras macam orkid yang biasa kita tengok. Saya cakap dengan hubby kalau pergi ke Sungai Buloh nanti saya nak cari.

Nasib memang menyebelahi saya sebab masa saya pergi ke Sungai Buloh untuk menambah koleksi orkid saya jumpa orkid itu. Saya beli dua pasu, satu warna purple dan satu lagi putih dan purple. Dalam satu tangkai bunga dia tidak banyak dan satu lagi orkid ini tidak tahan lama, dua tiga hari bunganya sudah mula layu.

Inilah dia pokok orkid hutan tu, saya sudah pindahkan ke dalam pasu. Masa beli ianya dalam polybag.


pokok orkid hutan

bunga purple


dua colour



Cantik tapi tak tahan lama.


8 comments:

JunAina said...

Kat rumah mak ada orkid hutan ni warna kuning.

Acik Erna said...

Memang cantik zai

Nieda ramly said...

yg purple atas tu byk tepi jn nak ke Kelantan/terengganu. tapi takut nak ambik nanti ada yg ikut balik rumah ...

IndaMarya said...

Zaitun klau u come to Pdg Besar msti u pening nak pilih.banyak dan murah...okid siam.u know la teknologi siam, semua ada utk bagi subur dn berbunga.tapi tau dak satu rhsia, sejak saya letak baja taik kambing orkid saya gila berbunga.you letak saja 4/5 ketul dalam kain net, bikat dan letak dlm pasu orkid.kalau letak mcm tu saja dia relai dn hancur jatuh bgitu saja.so kalau letak dlm kain net.tahan lama.nanti I ambik gmbar yg brbunga tu..cantik..

Kakzakie said...

Oh ii orkid hutan ye kak zai. Rumah kakak pun ada tanam juga tapi bunga dia tak banyak keluar sekuntum-dua aje...

ummiross said...

Kak Zai, cantiknya bunga orkid hutan tu, suka warna purple tu.

NEKCIK said...

cantik okid Zai tu..nekcik pun 3 hari lepas..mabuk tengok pokok pokok bunga kat sg.buloh

aizamia3 said...

suka tengok pokok bunga tapi tak minat nak menanam.. ;)