Wednesday, September 25, 2013

KetentuanNya.

Salam...

Pagi semalam hujan...Bestnya rahmat pagi dari Allah lepas tu saya cakap untung tak payah siram pokok. Tak sangka air yang mencurah2 itu membuatkan sebatang sungai yang tidak begitu besar menjadi deras.

Abang sepupu saya, mak dia adik kepada mak saya manakala ayah dia pula sepupu kepada ayah saya. Ini bermakna kami dua kali bersaudara, ikut sebelah mak kami sepupu manakala sebelah ayah pula kami dua pupu. Setelah bersara awal tugas hariannya setiap hari menghantar dan mengambil isteri dari bekerja. Sebelah pagi setelah balik dari menghantar isterinya dia akan berkebun. Ada tanah reserve berhampiran dengan rumahnya dia usahakan buat kebun. Berhampiran dengan tanah tu pula ada sebatang sungai kecil tapi bila hari hujan airnya akan menjadi deras.

Nak dijadikan penyebab sepupu saya tergelincir ke dalam sungai itu, cuba berpaut pada sebatang pokok kecil tapi pokok itu pun tercabut. Mungkin sebab dia terlalu kuat berpegang membuatkan pokok tu tercabut lalu menghempap ke badannya.  Dia dihanyutkan air tanpa dapat bantuan dari sesiapa. Pukul 4 petang seorang penduduk cina yang tinggal ditaman yang sama melalui jalan sungai dan ternampak sekujur tubuh terapung didalam air. Minta bantuan dari penduduk dan polis lalu mayat diangkat ka atas. Tidak ada seorang pun yang dapat mengecam mayat sebab sudah kembung membesar disebabkan terlalu lama dalam air.

Seorang jiran yang tinggal berhampiran dengan rumah sepupu saya  menjejaki ada parang dan selipar yang selalu digunakan beliau. Mereka memanggil anak beliau tapi anaknya sendiri tidak dapat mengenali ayah mereka. Polis mengarahkan anak arwah pergi menjemput mak mereka ditempat kerja. Setelah isterinya pulang barulah dapat betul2 pengesahan yang mayat tersebuat adalah suaminya.

Sudah takdirnya dia meninggal dengan cara yang demikian sedangkan dia seorang yang sihat dan aktif. Semuanya ketentuan dari Allah tak kira masih sihat atau tidak berada ditempat yang bahaya. Kalau sudah sampai masanya kita akan dijemput. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman, amin.

Al-Fatihah...






7 comments:

Acik Erna said...

al Fatihah,,salam takziah

IndaMarya said...

semua yg berlaku adalah ketentuannya.Alfatihah.moga rohnya di rahmati Allah.

Nieda ramly said...

al fatihah. sam takziah.
tragedi betul cerita ini.

nea lopah said...

Al fatihah..semoga rohnya di cucuri rahmat.

JunAina said...

Al-Fatihah...

Moga2 semua keluarga di beri kekuatan untuk menempuhi dugaan ini.

che mid said...

Ya Allah kak.. simpati pada balu dan anak yang ditinggalkan. Tentu sedih setiap kali terlihat kebun arwah..Innalillahiwainnailahirojiun,,

azi said...

Al-fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat...amin..