Friday, September 20, 2013

Mekar Semula.

Salam...

Ingat tak saya pernah masukkan dalam N3 tentang pokok bunga yang saya cantas sampai botak, tinggal batang aje.. Sekarang dah subur dan berbunga semula. Dibawah pasu pokok bunga kertas tu saya tanam pokok bunga kembang pukul 9. Tak tahu nama asal bunganya tapi bila pukul 9 bunganya akan kembang dan petang sikit dah layu. Sebenarnya ada banyak warna tapi tak banyak lagi yang  berbunga.






terselit satu pasu pokok asing.


15 comments:

azi said...

Kak Zai...
Kat Kedah, kami pokok kembang pukul 10.00 ha..ha..lewat sejam dari orang KL....:)

p/s cantik berbunga pokok bunga kertas tu, memang sejuk tangan akak.

Kakzakie said...

Rumah kampung kakak banyak bunga kertas Kak Zai, tapi rumah akak tak ada halaman luas so tak boleh tanam.

Cantik kan bila dah berbunga. Kadang tu lebih banyak bunga dari daun.

Nieda ramly said...

bunga kuning tu bila merimbun cantik sangat

IndaMarya said...

kebetulan next entry saya pun about my flowers.now tengah edit. he he

NEKCIK said...

Alahai Zai...nekcik baru tadi sedih bila tokpokcu cantas botak bunga kertas nekcik..takut mati terus..geram tengok mekarnya nunga zai..nnti nekcik pun nak share cerita berebun nii..tungguuuu!!!

suri solehah said...

suka tengok bunga yang kembang kan kak..suri tengok kawan2 tanam bunga teringin nk tanam..tgk kawan2 tanam sayur..teringin jugak..tapi memandngkan duk umah bertingkat ni huhu

ibuintan said...

Kak Zai... bunga kertas lagi kita cantas lagi cantik tumbuhnya.. sy suka bunga kertas, berbunga sepanjang tahun ... nampak meriah

Zaitun said...

azi

Kak Zai pun kurang pasti nama bunga tu. Bila tengok dia kembang pukul 9 terus buat nama tu hihi...

Zaitun said...

KakZakie

Jiran kak Zai tanam dalam pasu, dia susun kat tepi gate sebab rumah dia tengah, nampak cantik juga.

Zaitun said...

Nieda ramly

Kena cantas selalu supaya kurang daun.

Zaitun said...

IndaMarya

Tak sabar nak tengok, tentu lebih cantik hihi...

Zaitun said...

NEKCIK

Dulu saya pun risau masa cantas takut mati tapi bila tengok sekarang seronok pulak.

Nekcik kita lawan buat gardening lepas tu kita post kat blog hahaha...

Zaitun said...

suri solehah

Duduk rumah pangsa pun boleh berkebun cuma terhad.Kak Zai cadangkan tanam pokok yang jenis berdaun.

Zaitun said...

ibuintan

Betul kata ibuintan lagi dicantas lagi cantik dan banyak bunganya.

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

cantiknyer bunga kertas ni bila berbunga lawa sungguh..warna warni..