Tuesday, September 24, 2013

Brand Sama.

Salam...

Ramai yang memberi cadangan dan tunjuk ajar bila saya minta tolong macamana nak gunakan rumpai laut yang saya dapat dari menantu adik. Terima kasih banyak2 buat irfa, Nieda, JunAina, Acik Erna, Kakzakie, Cik Viva, ummiross, nyanyisunyi dan azi.

Menurut irfa dan Cik Viva seaweed boleh dibuat masker dan JunAina pula kata elok disapu pada rambut untuk mengelakkan rambut dari gugur. Manakala Nieda, Acik Erna, Kakzakie, dan nyanyisunyi pula menyarankan supaya diminum tapi lebih elok kalau ditambah dengan apa2 minuman contohnya dicampur dengan sunquick atau yoghurt. Saya ucapkan ribuan terima kasih banyak2 atas tunjuk ajar yang diberikan.

.............................................



lama

Sudah dibawa lori ...bertahun2 lamanya berkhidmat, sampai masanya terpaksa dibuang. 



Digantikan dengan yang baru sama brand cuma yang ini menggunakan digital. 

Pernah sekali gunakan washing machine top loader tapi saya lebih suka gunakan front loader. Electrolux pula brand pilihan saya.  Semoga yang baru ini biarlah bertahan lama. .






9 comments:

Ain Noraini said...

saya kalau mesin basuh 'sakit' mmg susah hati kakzai...tak larat nak membasuh dan nak perah kain baju lagi la tak larat...

azi said...

Kak Zai....kalau beli yang mahal, memang tahan lama akak...tengok tu, berbaloi akak gunakannya...

p/s kalau mesin basuh rosak, memang kita yang sakit, tak larat nak memerah macam kata Ain kat atas tu...he..he..

JunAina said...

Akan pertimbangkan jenis ni kalau mesin basuh kat rumah rosak tp rasanya lambat lagi kot sebab yg sebelum ni pun hampir 13 tahun jugak guna.

Kakzakie said...

Mesin rumah kakak pun dah lama tapi belum rosak jadi tak gantilah lagi...

MulutPayau said...

Kalau mesin basuh rosak..mmng Stress dibuatnya...

Acik Erna said...

mesin basuh muatan depan ni..kalau air tak kuat tak boleh guna ye zai..dulu masa nak beli ganti mesih yang dah rosak..cina tu tanya dulu tekanan air..kalau slow jangan beli katanya

Nieda ramly said...

tak pernah guna yg jenis bukaan depan. apa istimewanya kak zai. nak juga saya tahu.

ummiross said...

ummi pun mesin basuh baru berganti KakZai, yang lama dah lama dah rosak juga.

ibuintan said...

Assalam kakzai.. saya paling gerun kalau mesin basuh rosak, tak sanggup memberus dan memerah, kudrat dah tak larat

sy baru hujung tahun lepas mengganti yg baru