Monday, September 24, 2012

Makan2... Dan... Ziarah...

Salam...

Semalam saya menghadirkan diri ke kenduri kahwin anak jiran rumah lama. Seronok sangat macam reunion. Balik dari majlis dekat pukul 3.30, dewan pun dah mula lengang tapi kumpulan kami masih busy berborak. Yang bestnya tuan rumah pun joint the group. Walaupun sibuk dengan acara dan tetamu tapi cukup sporting. Kami berkawan dah berpuloh tahun, dah macam adik beradik.

Lagi satu yang best makanan dia memang sedap. Saya sempat ambik pamplet yang di letakkan diatas meja tetamu. Kalau kawan2 nak tahu kawan saya ni ambik katering serimayang.weebly.com. Manalah tahu kalau ada yang teringin nak mengadakan majlis. Katering dia ada banyak pakej, harga pulak memang berpatutan. Semalam makanan yang agak special ialah fresh salad dan ayam golek. Ayam tu dibakar ditepi dewan. Dulu masa adik saya buat kenduri pun buat ayam golek, ramai yang puji sedap tapi saya rasa yang ini lagi sedap, mungkin sos dia kot.

Balik dari majlis saya ke HUKM melawat mak sedara hubby sakit batu karang. Lepas itu saya makan malam pulak kat Mee Warisan Chineese Muslim diSungai Besi. Direstoren ini special mee dia sebab tokey dia buat mee kat dalam restoren tu juga. Rasa noodle dia lain dari restoren yang selalu saya makan. Sedap tapi macam biasa saya akan minta extra pedas.

Balik tu pergi pulak ke rumah jiran yang nak mengerjakan haji, dia dan suaminya akan berangkat hari ini dan insyaAllah saya akan ke kelana Jaya untuk bersama2 mengiringi beliau, mungkin penerbangannya waktu subuh. Agak lewat balik ke rumah sebab kedua2 suami isteri masih menahan kami untuk bersembang. Fikirkan hari ini adik nak sekolah dan hubby pulak nak kerja akhir nya kami minta diri untuk balik ke rumah.

Seharian yang agak sibuk....





13 comments:

Acik Erna said...

Walaupun sibuk dan letih tapi seronoknkan zai

saniah said...

Mmg seronok sembang masa kenduri..masa ni lah sedara mara dan kawan2 lama dpt jmp balik kan...hemm mgu dpn sy pun ada kenduri...kwn hbby dh ramai terima menantu dan jg kami akan terima anak saudara baru....seronok2 :-)

azieazah said...

Memang padat jadual ya, tapi takpa la hati gumbira ria jumpa kengkawan dan sedara mara.
Kalu kenduri saya suka lauk-lauk kampung.

sal said...

sesekali jadual kita penuh yee..
sesekali dpt berjumpa-jumpa..peluang tak dilepaskan..

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...masa kenduri aje dapat jumpa ramai2 kalau tidak susah nak kumpul.

Zaitun said...

saniah

Kawan2 saniah ramai dah dapat menantu,kawan2 kak Zai pula kebanyakkannya dah dapat cucu hehehe...

Minggu depan kak Zai pun nak pergi kenduri kat rumah kawan dia buat doa selamat duduk rumah baru.

Zaitun said...

azieazah

Lauk kampung pun sedap lagi pulak kalau ada ulam2 dan sambal belacan dan sambal tempoyak, perghhh...

Zaitun said...

sal

Memang tak lepaskan peluang sebab jarang dapat kumpul ramai2,itu yang dewan dah hampir nak tutup kami masih menyembang kihkihkih....

Kakzakie said...

Nampak padat jadual Kak Zai tapi semuanya demi memenuhi undangan utk ukhuwah yg baik. Apa lagi teman yg nak menunaikan ibadah Haji tu...

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Zai..

Seronok bila dapat reunion dengan kawan2 lama.lebih2 lagi yang sejak sekolah rendah (time akk xde tadika)..

Kepada yang berangkat ke tanah suci Muga di permudahkan perjalanan Dan mendapat haji yang mabrur. Insyaallah..

Yang tidak sehat muga cepat sembuhnya. Insyaallah ..

makchaq said...

Padatnya jadual.. macam menteri dah ni.. Lepas satu ke satu majlis..

Tapi pastinya agenda kak zai ikhlas menziarah & nak eratkan ukhwah..bukan sebab nak pancing undi kan..

Memang seronok kalau pi kenduri & jumpa kawan2 lama...memang rasa tak habis cerita nak bersembang kan..

Kamariah Awang said...

Ma pun sering rindu kawan2 lama... N ma pun minat makanan pedas...

Nieda said...

Kak zai ,harga RM 1600 untuk seorang termasuk semua sekali . Tinggal bawa duit shopping saja nanti.
Jomlah kak Zai , tempat dah tak banyak lagi.