Saturday, September 15, 2012

Berakhirnya Syawal...

Salam...



 

Tiga kali pengisian, kali ke 3 biskutnya masih berbaki. Selepas ini mangkuk kuih ini akan disimpan dan untuk Hari Raya Haji mungkin tak digunakan sebab selalunya saya tak buat atau order biskut. Kalau ada pun cuma kek dan makanan yang berat2. Lagi pun Hari Raya Haji tak semeriah Hari Raya Puasa.

Setiap tahun mangkuk ini akan diisi dengan kuih dan diletakkan diatas meja buat penyeri. Tetamu tak berapa nak makan biskut dan tahun ini pula kebanyakan tetamu yang datang saya jamu dengan makanan yang berat, seperti makan nasi. Senang sikit sebab diorang bagitau terlebih dahulu masa nak datang, bolehlah buat persiapan.

Perasaan?....seronok dan gembira bila dapat feedback dari tetamu yang hadir... tak habis2 mengucapkan terima kasih, lain kali nak datang lagi, best kata mereka...tak tahu apa yang best. Sedih pulak rasanya sebab Syawal akan berakhir.

Yang kat bawah ni pulak atas cadangan Acik Erna...Durian yang berbaki saya buat bubur dicampur dengan kacang hijau. Separuh dari bubur tu saya sedekahkan pada jiran.


bubur durian + kacang hijau





17 comments:

Norhaizan hakim said...

Selamat tinggal Syawal..apakah kita akan bertemu lagi? Hanya Allah yg. mengetahuinya.

mamawana said...

Salam Syawal kian berakhir. Salam beramal.

Acik Erna said...

assalam zai..insyaallah jika diizinkan allah berjumpa lagi kita diramadhan dan syawal tahun depan

saniah said...

InsyaAllah....jika diizinkanNya..dpt kita raikan ramadhan dan syawal ditahun hadapan pulak ya..
Cantik bekas kuih k.zai...sy mmg mncari bekas putih berpenutup mcm ni tp tak terjumpa..yg jmpa tu bnyk bunga sgt..:-)

azi said...

Salam Kak Zai...
Insyaallah....kalau dipanjangkan umur olehNya..pasti kita akan bertemu lagi dengan Syawal 2013....:)

Cantik balang kuih akak..mesti semua biskut yang diisi sedap-sedapkan...time macam sekarang ni baru terasa nak makan biskut raya...kat rumah saya, habuk adala....nak p makan bubur durian akak...jauh pulak...:)

ainnoraini said...

insyaallah akan bertemu disyawal akan datang...

bubur durian tu pun sedap jugak kakzai...
mesti sedap kuih raya kakzai tukann tengok bekas pun dah mengancam...kalau tahu saya datang beraya rumah akak tau...

MulutPayau said...

Assalamualaikum kak Zai...
InsyaAllah kak zai...semoga kita dipnjngkan umur utk bertemu syawal akan datang...

Cantik balang kuih tu...teringin nak makan bislut raya tgk balang kuih tu..

Kamariah Awang said...

Ma pun rasakan meriahnya raya tahun ni. Dan kemudian terfikir apakah ditahun hadapan Allah memberi kesempatan untuk kita meraikannya lagi....(?) Cantiklah balang kueh Zai. Mesti mahal tu..!

lady lavender said...

cantik bekas kuih akak :-)
p/s: semoga kita sama2 masih berpeluang 'bertemu' dgn Ramadhan & Syawal tahun depan. Insyaalah..

lady lavender said...

K.Zaiiiii...mekasih sbb dah buang word verification hiihii..(memandailah pulak saya ni suruh akak buang wv tu :D )

azieazah said...

Semoga Syawal akan datang lebih meriah dan indah.

Saya pun suka tengok bekas kuih comel camtuh. Rasanya, kalu tengok tu dah kenyang. hehehe

ibundo said...

kakpah dah simpan dah bokeh biskut tu somalam hehe..

Kunang-Kunang said...

Salam Zai,

Raya dah di penghujung. Semoga kita bertemu lagi dgn raya tahun depan.

Sedap bubur kacang tu!!!

C'Jai said...

tengok balang biskut kenyang jadinya..comey sangat..hehe..

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Zai...

Cantik bekas kuih Dan traynya...kuih raya rumah kakya Ada lagi berbaki. Sepertimana Zai juga, tamu datang jamu dengan mknn berat, di tambah pulak bila ada bubur kacang (peminat no.1).. biskut, cookies sume tak lakukan..

:)

sal said...

sama di rumah..kuih raya tak berapa nak makan..sebab yang dtg ke rumah semuanya buat apponnment..so sempat buat sesuatu yg mengenyangkan..biskut raya tak jamah..

Nur-nba said...

Memang cantik balang kuih tu... Berkenan.. :)