Friday, September 21, 2012

Dah Hilang...Nak Buat Macamana

Salam...

Apa Khabar rakan2 blogger saya...harap semuanya sihat walafiah hendaknya...Terima kasih buat semua yang membaca blog saya khususnya yang meninggalkan comment. Buat kasihibu, kakzakie, saniah, sal, ainnoraini, pB, Acik Erna dan Kamariah Awang terima kasih sekali lagi.
Kisah itu menjadi pengajaran pada saya supaya lebih berhati2 dan saya berharap semoga kita semua dikuatkan iman dan sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan.

.....................


Masa pergi Giant tempohari saya pakai spek, selalunya kalau nak membeli barang saya akan memakai spek tujuannya nak tengok tarikh barangan yang dibeli. Lepas pergi Giant pergi pulak ke pasar malam sebab nak mencari buah. Balik ke rumah keluarkan h/p dari handbag sebab ada mesaj masuk. Cuba cari spek tapi tak ada. Keluar rumah cari kat kereta kalau2 ada terjatuh tapi hampa.

Masa tu hubby dah pergi surau nak solat Isyak. Bila hubby balik ajak pergi Giant dan pasar malam semula kalau2 spek tu ada tertinggal kat sana. Puaslah saya mencari ditempat2 yang saya lalui dan singgah tapi memang tak jumpa. Balik rumah rasa kecewa sangat sebab tanpa spek memang saya tak dapat membaca. Kalau nak buat spek baru tentu ambil masa juga akhirnya pakailah spek lama yang pernah diguna sebelum beli spek yang hilang. Alhamdulillah boleh jugalah saya membaca walaupun tak berapa jelas sebab spek ini powernya tak berapa tinggi.

Nak tak nak minggu ini kenalah buat spek baru.


Kat bawah ini roti kukus recepinya saya ambik dari blog cikmanggis. Saya buat sambal sardine untuk cicahnya, memang sedap. Terima kasih buat cm sebab sudi kongsi recepi.


belum dikukus

dah masak

sangat gebu


15 comments:

Kakzakie said...

Siapa yg jumpa pun belum tentu boleh guna. Buat spek frame tu yg mahal kan Kak Zai.

Nampak gebus je pau Kak Zai:)

Karukord Jagau's said...

Kena la buat cermin mata baru....

makchaq said...

makchaq nak tengok dekat tak boleh pakai spek, tak nampak, jadi kena bukak spek bila nak bacadan buat kerja2 rumah.. tu la spek selalu salah letak.. ada 3 pun kadang2 semua tak jumpa..

cikmanggis said...

tak pe lah zai dah nak hilang...mungkin cari sebab nak kena tukar spek baru hehe..

.Cm suka sangat buat roti kukus tu..dah berulang ulang kali buat ..ada masa makan dgn kari,ada ketika makan dgn kuah sadin dan ada juga makan dengan kaya..semuanya boleh hehe.

kasihibu said...

mungkin tersalah letak di mana mana kot? cuba cari di bawah tempat duduk kereta kalau terjatuh ke

Zaitun said...

Kakzakie

Mata orang dah berumur,faham2 ajelah hehehe...

Betul..frame dia yang mahal.

Zaitun said...

Karukord Jagau's

Memang wajib buat.

Zaitun said...

makchaq

Samalah macam kak Zai kalau membaca atau buat kerja2 rumah tanpa spek susah dibuatnya.

Zaitun said...

cikmanggis

Nampaknya kenalah keluar duit untuk menggantikan yang hilang.

Nampaknya macam tulah kena buat berulang sebab anak pun suka makan.

Zaitun said...

kasihibu

Kak Zai dah cari kat merata tempat tapi masih tak jumpa.

ainnoraini said...

kene buat baru la pulak ye kakzai..nnt susah pulak nk membaca...

nnpk sedap jer gambar yg kakzai tayang tuu..mmg gebuzzz n mengamcam laa..

Zaitun said...

ainnoraini

Susah nak buat kerja kalau tak ada spek,yang ada ni tak berapa jelas.

Nur-nba said...

Sedap tengok roti kukus tu.. Kesian akak spek hilang..Sabar ye kak, mungkin Allah nak ganti dengan yg lebih baik tu..

Nur pun kalau tak pakai spek, memang kabur pemandangan.... Nur rabun jauh...:)

Nanie@NMS said...

Salam Zai,

Bila dah buat spec beli terus tali pemegang spec utk gantung dileher, InshAllah tak hilang.

Acik Erna said...

assalam zai..saya spek memang sentiasa pakai..kalau nak solat dimana2 tu baru buka..kalau tak pakai pening dan sakit kepala..kalau dok rumah masak pun pakai