Saturday, September 08, 2012

Hampa, Sedih, Sakit Hati...

Salam...

Terima kasih buat azi, kakzakie, kasihibu, Nieda, makchaq dan Lady Lavender atas ucapan dan doa. Semoga doa2 yang dititipkan mendapat rahmat dan di kabulkan oleh Allah swt. Amin.

N3 luahan rasa...............

Lebih kurang seminggu aje lagi bulan Syawal akan berakhir, tetamu kunjung mengunjungi dah tentu memakai baju raya atau mungkin ada yang dah memakainya berulang kali tapi tidak bagi Mimi. Sebelum puasa saya dan Mimi ke rumah tempat saya membuat baju (bukan yang ada masaalah dulu). Nak jahitkan dua pasang tapi kata yang menjahit dia hanya boleh jahitkan sehelai saja dan yang satu lagi boleh siap selepas hari raya. Kami bersetuju sebab masa tu kalau tak silap lagi seminggu dah nak berpuasa. Kainnya dah lama beli tapi Mimi tak ada cuti untuk balik ke rumah untuk mengambil ukuran.

Tunggu punya tunggu tak ada talipon sampailah sehari sebelum menjelang raya. Saya yang cal tanya pasal baju Mimi, katanya dia tak boleh siapkan sebab nak buat baju anaknya. Katanya lagi baju yang dah dijahit sebelum itu dah dipakai. Punyalah hampa tak tahu nak cakap apa, akhirnya saya memujuk Mimi untuk membeli baju ready made saja. Mimi menolak katanya dia boleh pakai baju lama tapi ibu mana yang sanggup tengok anaknya memakai baju lama untuk hari raya. Petangnya hubby memujuk lagi dan akhirnya dia bersetuju. Masa tu pulak saya tengah sibuk memasak juadah untuk hari raya jadinya Mimi pergi dengan baba dia. Alhamdulillah dia dapat mencari yang sesuai, cantik tapi bukan baju kurung, dia beli jubah.

Seminggu selepas raya saya cuba cal lagi untuk bertanyakan kalau ada yang siap, sekali lagi hampa, pada hal kalau nak diikutkan dia balik ke kampung malam raya dan balik ke Kl semula hari ke tiga. Masa saya balik dari Ipoh dia dah pun ada dirumah ini bermakna dia balik waktu tengahari. Kalau nak dikatakan sibuk tak tahulah sebab saya tak nampak pun ada tetamu yang datang ke rumahnya sebab gate saya bertentang dengan rumah dia.

Saya pun tak tahu apa alasannya sampai baju yang dah dekat dua bulan tak dapat disiapkan. Mimi pulak dah merajuk, dah tak minat dengan baju tu tapi sayang pulak sebab kainnya saya beli agak mahal. Nak juga ke rumahnya tapi pintu asyik bertutup sedangkan selama ini rumahnya sentiasa terbuka untuk menerima tempahan.


10 comments:

lady lavender said...

kesian mimi mesti frust sbb dah plan nak buat beraya. Dah lama sgt tak siap2 sampai dah tawar hati dgn baju tu...Mcm2 ragam org yg kita jumpa sekeliling kita ni..moral of the stori next time takdenya nak antar situ lagi kan akak..

Kamariah Awang said...

Cerita gini dah selalu benar kita dengar. Memang makan hatilah kalau dapat tailor cam ni... Anak ma pun ambil upah jahit juga.. ma awal2 lagi dah nasihatkan dia bab2 gini, alhamdulillah... belum pernah terjadi lagi dia mungkir dengan pelanggan.

kasihibu said...

kalau sya pun dah merajuk dengan baju tu sbb dah terasa seronok nak memakai masa raya,
kalau belum di jahit elok ambil saja kain tu dan hantar di tempat lain
sejak tahun 2010 sya selalu beli baju dah siap saja, senang dan banyak pilihan jugak.
kalau nak hantar tempah sya akan hantar awal sebelum ramadhan lagi.

duniafana said...

ada jgk cenggini aaa saba je la kak

azi said...

Salam Kak Zai..
jangan kata Mimi, kalau saya pun akan merajuk jugak. Dari sehari kesari kita tunggu..tapi tak siap-siap jugak...

Apa kata akak call dia, cakap elok2, kalau tak boleh nak jahit baju, akak nak ambik balik kain tu..nak bagi pada tukang jahit lain..nasib baik saya punya tukang jahit ok akak..kalau tak...menangis tak berlagulah saya...

makchaq said...

Mesti sedih mimi sebab 1 pun tak siap..

Khadijah tahun lepas lain pulak halnya... Makchaq tempahkan baju2 kami bulan 4 sorang sepasang dan beli sorang sepasang. Tapi bila raya dua2 senteng, baju, tangan dan kain semua senteng.. Dlm masa 4 bulan dia meninggi banyak rupanya.. Langsung kena pakai baju makchaq.. La ni dia lagi tinggi dan besaq dari makchaq..

saniah said...

Laa...jd mcm tu plk..kesian mimi
Kesian kat pelanggan klau dpt peniga tak amanah mcm ni kan. Klau tak dpt siapkan jgn ambik tempahan... buat aniaya org lain.
Sabarla k.zai

azieazah said...

Mungkin dia rasa bersalah kot...
Takpa la Kak ZAI. Jangan difikir sangat, nanti lagi sakit hati.

Anggap saja, baju tu sekadar barang yang boleh dapat bila bila. Tak kekal menjadi milik kita.

Acik Erna said...

assalam zai..tu yang membuatkan acik lebih suka beli readymade..tak sanggup nak terjadi macam tu..tak pe la zai..cuba pujuk gak mimi..dan ambil semula kain tu..temmpah ditempat lain

Nur-nba said...

Kasihan membaca kisah akak ni.. Kalau saya jadi Mimi pun tentu saya akan frust juga.. Lepas ni kena hantar tempat lain dan tempah awal sedikit supaya kejadian yang sama tidak berulang.. Macam2 ragam orang sekarang.