Tuesday, April 10, 2012

Perjalanan Se Hari

Salam...

Kenduri yang saya hadiri di Seri Manjung, Perak tempohari sungguh meriah, maklumlah anak pertama. Selain dari hiasan kerusi meja yang kemas makanan juga berbagai jenis dan sedap2 belaka. Hidangan semua diletakkan diatas meja tak macam kebiasaan kenduri makan secara buffet.

 pintu gerbang
meja makan untuk tetamu

Saya balik agak lambat sebab hubby dan rakan2 yang dah lama tak berjumpa berkumpul. Kebanyakkan rakan2 hubby adalah yang sama2 belajar di Uk tempohari, macam reunion buat mereka. Kalau dulu bila berjumpa masih ada yang bergaya macam young man tapi kali ini ramai yang dah berubah, berubah dari segi penampilan lagi pun ramai yang dah berambut putih. Selalunya penyanyi Suhaimi Meor Hassan ada tapi kali ini saya tak nampak kalau tidak lagi meriahlah. Beliau juga adalah rakan hubby semasa belajar disana dulu.



Selepas kenduri saya pergi ke Lumut, jalan2 tepi laut dan membeli sedikit ole2 untuk dibawa pulang. Pekan Lumut dah banyak berubah, banyak kedai2 menjual barang2 souviner dan makanan hasil dari laut. Hotel dan resort pun dah banyak bertambah.

terminal nak ke Pangkor
Lumut
air tengah pasang
makanan hasil dari laut
Saya suka sotong kering tanpa gula.

Setelah puas jalan2 hubby mengajak ke Teluk Intan pula nak menziarahi jiran arwah mak dan arwah ayahnya. Lama juga kami bersembang lepas tu pergi ke belakang tengok rumah yang dah tak ada penghuni, hiba rasanya beginilah kalau mak dan ayah dah tak ada rumah terbiar begitu saja. Anak2 kalau datang pun hanya sekejap mungkin dah tak seronok dan meriah macam dulu2.

 isinya fresh

Dari Lumut nak ke Teluk Intan singgah kat tepi jalan (kalau tak silap Lekir) sebab nak minum air kelapa muda. Harganya cuma rm2 sebiji kalau di Kl dahlah mahal itu pun tak fresh. Malamnya kami makan di Food court dekat dengan menara condong, kali ini tak makan mee rebus yang terkenal tu sebab dah makan kat highway Tapah, diRestoren Pak Tam.

menara condong Teluk Intan
(ihsan dari google)


21 comments:

pena rozie said...

Best la air kelapa muda tu

Acik Erna said...

assalam zai..kalau ke lumut saya akan beli ikan bilis banyak2 dah tau kedai mana yang jual ikan bilis rangup..

Nieda said...

Sedapkan mee rebus dia. Nasi ayam pun sodap.

Nieda said...

Sedapkan mee rebus dia. Nasi ayam pun sodap.

Kakzakie said...

Sehari berjalan tapi banyak juga yg dapat dinikmati. Balik rumah urut betis ye Kak Zai...

Zaitun said...

pena rozie

Salam...terima kasih sudi singgah.

Fresh mungkin baru petik dari pokok.

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...bukan saja ikan bilis, sotong besar dan kecil pun banyak kan.

Zaitun said...

Nieda

Ha'ah memang sedap mee rebusnya kalah mee rebus Mastan Ghani Teluk Intan.

Zaitun said...

Kakzakie

Bukan betis aje yang sakit kakzakie tapi sakit perut dan cirit birit.

Nieza said...

Assalam kak, bestnyer mkn kenduri sambil jlnx2 ke lumut tu.saya dah berthn tak ke sana.sedap tgk air kelapa fresh tu:)

Deru Ombak said...

Salam Zai..
Maaf kakya lambat sampai.. Tertinggal keretapi..

Seronok bila dapat berlibur sakan..

Moga ceria selalu. :)

Nida said...

Kak Zai.. nak pi Perak juga.. tak pernah lagi cuti2 ke Perak

azi said...

Salam Kak Zai..
Seronok saya tengok kenduri tu...cantik pintu gerbangnya...dapat jumpa kawan-kawan lama, lagile seronok...

Akak, kalau ke Lumut, tak sah kan kalau tak beli ikan bilis...saya pegi hari tu beli bilis jugak...:)

ainnoraini said...

dah lama tak gi Teluk Intan...sejak kakak pindah dok klang..sejak tak ada pun kesana...

Kamariah Awang said...

Tersentuh hati bila Zai melawat rumah yang dah tak berpenghuni tu.. Nak menitis air mata, kerana ma pun sekarang ni duduk memulihara rumah pusaka tinggalan suami. Terbayang kalau ma dah tak ada siapalah yang akan duduk dan tinggal menyambung warisan disini....

Zaitun said...

Nieza

Salam nieza...kak Zai kalau berjalan mesti pusing satu kampong haha...lepas tu apa jumpa singgah dah makan.

Zaitun said...

Deru Ombak

Salam kakya...naik keretapi arang kot kihkihkih...

Memang best jalan2...salam ceria juga buat kakya.

Zaitun said...

Nida

Kalau Nida pergi Perak banyak juga tempat2 nak melawat,salah satunya Kuala Kangsar famos dengan istana dan masjid dan juga labu sayong.Nak makan mee udang boleh pergi ke Kuala Sepetang,Taiping dan satu lagi tempat makan yang famos kat Tasik Raban.Kat Teluk Intan famos mee rebus Mastan Ghani dan banyak lagilah.

Zaitun said...

azi

Salam azi...jumpa kawan2 masa belajar banyak benda yang boleh diingat kan hehehe...

Kak Zai pun beli ikan bilis,sotong pun beli juga.

Kak Zai susah nak masuk blog azi tak tahu kenapa?

Zaitun said...

ainnoraini

Sesekali bolehlah ain kesana boleh ingat kenangan lama.

Zaitun said...

Kamariah Awang

Memang sedih ma bila tengok rumah yang ditinggalkan.Nak buat macamana anak2 semua dah ada rumah sendiri masing2 tak nak duduk. Yang sedihnya ada suruh orang tolong jaga dan bersihkan tapi biasalah kan manusia bila kita datang tanpa diberitahu gitulah jadinya.

Harap2 rumah kita nanti kalau tak duduk pun biarlah dijaga dengan baik.