Monday, April 16, 2012

Hasil Rembatan

Salam...

Masa pergi ke Ipoh tempohari saya singgah di R&R Tapah, sebelum itu dah baca blog Nieda ada menyatakan tempat makan baru . Saya pun mencuba apa yang di sarankan ternyata makanannya memang sedap. Kalau sesiapa nak pergi arah utara cubalah singgah di Restoren Pak Tam. Mee rebus, mee sup memang sedap, saya belum mencuba nasi ayamnya lagi mungkin dilain masa akan saya cuba pula.

Sebelum ini kalau ke Teluk Intan saya tak lepaskan peluang makan mee rebus di Restoren Mastan Ghani. Tapi sekarang kalau dibandingkan dengan mee yang dijual di Restoren Pak Tam jauh lebih sedap, kuahnya yang pekat dan ramuan bersama bahan2 sampingan ternyata jauh lebih ummp. Sampai sekarang saya masih teringat kesedapannya dan terasa nak makan lagi dan lagi, kalau tak percaya cubalah....


mee rebus

Gambar kat bawah ini saya beli kat Bidur masa nak balik ke Kl. Kebetulan hujan lebat kami singgah di Masjid Bidur. Sementara menunggu hujan berhenti kami solat dan berehat, bila hujan dah berhenti kami teruskan perjalanan tapi ikut jalan lama. Tak jauh melepasi masjid ada kiosk menjual buah2an kat tepi jalan. Selepas itu baru hubby masuk semula ke highway melalui tol Behrang untuk ke Kl.

jambu batu tanpa biji

mangga (besar kelapa)
durian belanda

Masa kat kampung buah ini banyak kat belakang rumah tapi selalunya jadi makanan burung tapi sekarang walaupun harganya mahal nak beli juga sebab dah tahu khasiatnya.


15 comments:

Acik Erna said...

salam zai..saya pun tak pernah tak singgah R & R Tapah tu..dan kalau singgah mesti beli buah2an tu

Amie said...

Assalamualaikum Kak Zai,
seronoknya pekena mee rebusss... dah lama juga Amie tak jalan-jalan cari makan!
Durian belanda tu memang susah nak dapat sekarang ni. Betul, dulu burung aje yang makan di dusun kampung...

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...Tapah dan Bidur memang banyak buah2an tu tapi Kalau kat Bidur kena masuk jalan Lama.

Zaitun said...

Amie

Salam Amie...mee rebus dia memang sedap.
Susah dapat harganya mahal pulak.

Nieda said...

Tak sia2 entry saya tu kak Zai.
Boleh juga rasa mee rebus yg meletop tu. Nasi ayam pun sedap. Mesti cba lain kali.

ainnoraini said...

boleh la try mcm ni yee..sedap ye kakzai..

saya singgah beli buah jer..

sal said...

sedapnya mi rebus dia..teliuq..saya pun rajin menyinggah jika balik perak..

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Zai..

Selalunya bila kakya Ada kerja di Ipoh, Akan singgah di RR tapah, tapi kalau ke Alor Star akak singgah di sg Perak.

Buah2an mmg lumayan, rambang mata di buatnya. Bunga pakma tak pernah tak bawak balik.

Teruja dgn mee rebus Pak Tam tu.. Harus singgah kalau ke utara lagi. :)

ibuintan said...

kakzai... yess, saya pun suka mee rebus Pak Tam ni, kuahnya yg pekat dan banyak xsesori juga kat dalamnya


Bidor juga wajib untuk beli buah2an

Nieza said...

Assalam Kak Zai, saya selalu singgah R&R Tapah tu masa dulu kalau nk ke KL..mcmx2 ada.paling suka beli buah jambu dengan asam boi serbuk tu:)

Sekadar Coretan said...

Salam, Info tentang makanan sedap2 ni amat berguna terutama bila kita travel thanks utk ni. Buah durian belanda tu memang nostalgia, dulu2 memang tak pandang pon tapi rupenya banyak khasiat tu.

MulutPayau said...

sedapnya mee rebus....

Dah lama tak makan durian belanda...dulu bnyak di kg...sekarang nak jumpa pokok pun susah...

aNIe said...

Assalamualaikum kak Zai...anie pun kalau ke utara singgah kat R & R Tapah beli buah...tapi tak pulak cuba mee rebus kat situ...

Kunang-Kunang said...

Salam Zai,

Restoran Pak Tam ni sama tak dengan Restoran Pak Tam di Selayang dekan stadium tu.

Di sana pun sentiasa sebok dan penuh pelanggannya.

Irfa said...

dulu2 durian belanda ni main pijak2 je skrg baru tahu ada anti kanser rupanya..rasa nak tanam pun ada
hehe