Tuesday, March 20, 2012

Tempat Makan n Minum... Tak Jemu...

Salam...

Setiap kali ke Melaka saya harus pergi dua tempat ini, walaupun dah berkali2 pergi tapi masih tak jemu2. Salah satunya di Klebang, bagi orang yang dah biasa pergi mesti dah tau apa yang ada disana. Kalau sesiapa nak tahu di Klebang ada minuman yang cukup special bagi saya iaitu coconut shake.

pilihan...ori atau yang special ada ais krim

Dah pernah buat n3 tentang coconut shake ini. Minggu lepas saya pergi lagi punyalah ramai orang maklumlah cuti sekolah, ramai yang berkunjung ke Melaka. Dulu ianya dijual ditepi jalan tapi sekarang tempat tu masih ujud tapi sudah dikhaskan bagi orang yang nak bawa balik (take away) manakala kalau nak minum di kedainya kena masuk ke dalam sikit. Saya tak pasti sama ada rumah yang lamannya dipasang khemah tempat minum kepunyaan taukeh atau pun disewa.

Selama saya duduk minum disitu orang tak putus2 datang bersilih ganti, ini menandakan minumannya memang sedap. Saya belum jumpa lagi ditempat lain tapi saya dengar ada jual di Shah Alam,  kat mana saya tak pasti.

Satu lagi tempat yang mesti saya pergi ialah Ikan Bakar Parameswara, Umbai. Banyak terdapat kedai2 ikan bakar disekitarnya tapi Parameswara adalah pilihan saya selain masakannya sedap harga pulak berpatutan. Bukan tak ada disekitar Kl tapi mungkin suasana yang nyaman membuat saya suka makan disana. Selain Umbai saya juga suka ke Muara di Pelabuhan Klang dan satu lagi di Bagan Lalang, Sepang.

gambar google

 p/s ; Yang ini gambar pelamin masa saya menghadiri kenduri kahwin anak sahabat lama di Melaka tempohari. Tak dapat ambik gambar pengantin sebab bersanding awal.

buat kenangan... Farhana n Yus

11 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kalu buat sendiri kak zai agak-agak boleh jadi tak. Rumah kampung kakak ada banyak kelapa muda - shake sendiri lepas tu bubuh aiskrim hahaha...

Ikan bakar parameswara ini memang toplah kak zai...

MulutPayau said...

tak pernah lagi munim ccnut shake di Klebang ....tengok mmng terliur....

Zaitun said...

KakZakie

Masa kak Zai duduk menunggu tu mata menjeling juga,tengok diaorang masukkan kelapa muda(putih tapi lembut), airnya, aiskrim perasa vanilla, air batu lepas tu blend tapi tak tahulah kalau ada bahan yang kak Zai tak nampak,. Kakzakie cubalah nanti bagitau kak Zai. Kat sini susuah nak cari kelapa muda, kadang2 tak ada isi.

Zaitun said...

MulutPayau

Kalau MP pergi Melaka cubalah memang sedap rasanya.

saniah said...

nampak sedap pun..;) apa apa pun yang diletak ais krim memang sedap haha..saya memang suka ais krim..

LYAfrina said...

sedapnyer coconut shake..slalu kalo ke pasar malam..wajib beli

azieazah said...

Saya selalu baca pasal ikan bakar Umbai ni, Tapi belum pernah sempat pergi lagi.

Nieda said...

Saya pun dah sampai kat Muara tu. Marbeleslah makan kat situ

Kamariah Awang said...

Memang sedap coconut shake... Ditambah susu cair sikit.

Masya said...

popular btl coconut shake klebang ni kan.. teringin nak minum jugak...

zue said...

belum pernah jumpa coconut shake kat JB ni...nengok gambo pun dah trliur :)