Monday, February 06, 2012

Tak percaya?

Salam...

Semalam pergi Giant membeli barang2 dapur, macam tau2 aje cukup bulan banyak barang keperluan  yang habis. Kalau ke sini sekejap aje dah penuh satu trolley, tak payah nak mencari2 sebab susunan barangnya teratur. Kalau nak beli minuman semuanya setempat tak kira brand apa.Pernah juga pergi ke Tesco tapi terkial2 mencari barang. Tesco menyusun barang mengikut brand (ditempat saya). Contoh kalau beli sos atau kicap terpaksa berpusing sebab yang diperlukan berlainan brand)

Beli juga ayam yang dah merinate malas nak cuci2 sebab dah nak malam. Tengah rajin masak nasi minyak sebab siangnya pergi rumah kenduri tapi makan nasi putih, dah habis sebab datang pun agak lewat. Makanlah nasi minyak segera anak beranak.

Dari dulu saya suka stalk barang dapur untuk sebulan, kadang2 lebih, malas nak selalu ke kedai. Saya  ada penyakit yang kadang2 terlalu rajin nak masak makanan, itu sebabnya saya suka segala bahan ada dalam simpanan.. Bila teringat nak buat buka peti simpanan makanan semuanya lengkap. Ada kebaikkan dan keburukan juga, kadang2 tarikh tempoh tamat dah dekat baru kelam kabut gunakan bahan takut pula terbuang.

Pagi tadi buat garden sekejap nak keluarkan peluh, tengok banyak kuntum orkid dah mula keluar. Dalam hati seronok sangat walaupun penat tapi berbaloi. Esok nak sambung lagi bergarden nak mengemas dan mencastas pokok2 yang tak berapa cantik. Minat punya pasal tangan jadi keras, muka jadi lebam, pinggang dan lutut sakit semua diabaikan.

Nak prove pada anak yang mama dia betul2 tak pergi jenjalan.

Jarang berlaku kalau cuti panjang, selalu kalau cuti mesti goda hubby hehehe....

6 comments:

Nieda said...

salam kak zai. Betullah kat Tesco sussunan barang tak sekata. Mungkin juga ikut brand seperti kak zai kata.

che mid said...

Salam, tadi singgah di kasihredha pun cerita pasal orkid dia berbunga..meh singgah sini pun orkid bebrunga gak.. CM nak bayangkan korang berjiran la.. cantik laman...

saniah said...

salam kak zai..saya pun tak jln mana2..emm husbnd suruh berjimat nnt nak gi tmpt jauh sikit..ajak pegi Cameron Highland pun taknak..sedih laa..:(..hehe takde lah ..esok nak gi sg.buloh nak beli tanah berkampit2 pastu nk cantas pkok2 gersang kat garden saya pulak..:)
ok kak zai..jgn lupa bg gambar orkid yg dh kembang berseri2 tu nanti yaa...:)

azi said...

Salam Kak Zai...
Seronokkan shopping barang dapur...kalau boleh, semua barang nak diambilkan...sedar2 dah penuh satu troli...he..he...
Saya tahu akak ni pandai masak...rasa teringin pulak nak makan nasi minyak masakan akak...he..he..:)

nyanyisunyi said...

Assalamualiakum Kak Zai..
ahad je sy kat rumah..selebihnya keje...sy pun suka nak masak bila semua bahan2 ada..seronok memasak jika ada yg suka makan kan....

bunga orkid..kegilaan sy dulu masa duduk rumah sendiri di Cheras...Insyallah bila ada rumah sendiri nanti akan timbulkan minat itu semula...

Acik Erna said...

assalam zai..cuti kali ni tak dapat nak berjlan2 atau bersenang2..he he..sebab sibuk sikit anak sedara nak kawin..