Friday, February 03, 2012

Sedih, Sunyi dan Rindu

Salam....

Air mata semalam masih lagi berbekas, walaupun hati dah terubat sedikit. Tak bergaduh dengan sesiapa pun cuma semalam terlalu sedih dengan pemergian anak bujang memulakan kerja baru di selatan tanah air. Bukan tak pernah bekerja ditempat jauh tapi itulah kan sifat ibu dekat atau jauh anak2 pergi ibu tetap risau. Risau tentang makan minumnya, pakaiannya dan yang lebih risau kalau dia sakit terutamanya waktu malam.

Anak bujang saya mendapat tawaran bekerja di Johor setelah lama bekerja di Kl. Sebelum ini dia pernah bekerja di kuantan. Buat masa ini dia tinggal dihotel sebab belum dapat rumah untuk disewa. Katanya kalau dia dah jumpa kawan2 yang sama tempat kerja nanti bolehlah dia bertanya atau join mereka untuk tinggal bersama. Semalam dia cal katanya dia makan mee rebus dekat Angsana Mall, sedap katanya.

Saya pernah tiba2 sakit waktu tak ada sesiapa dirumah, adik disekolah manakala my hubby diluar daerah dialah yang pecut kereta setelah dapat berita. Masa tu saya hantar mesaj kat dia dengan tangan menggigil, ayat pun tonggang terbalik menahan sakit tapi dia faham maksud yang saya tulis. Entah macamanalah kelajuan dia memandu masa itu sebab tak lama dah sampai ke rumah. Masa dia sampai saya kat bilik air muntah terus dia sapukan minyak angin kat belakang sambil urut.


Tentu ramai anak2 di luar sana bekerja berjauhan dengan keluarga kan tapi sebagai seorang ibu dah tentu buat permulaannya rasa sedih, risau dan rindu. Dah agak lama tinggal serumah terasa sunyi apalagi kalau masuk ke biliknya sebak rasanya. Suka kalau dia berkeluarga tapi menurutnya dia nak cari duit lebih dulu supaya nanti tak menjejaskan rumahtangga.

Atas nasihat hubby hati ini dah boleh menerima satu hari nanti mungkin hanya kami berdua saja yang tinggal dirumah ini bila anak2 dah punya kerjaya dan berkeluarga. Terasa sunyi tapi nasib baiklah buat masa sekarang my hubby bekerja di Kl.

Nasihat mama semoga abang pandai menjaga diri dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

19 comments:

Kakzakie said...

Bila si bujang Kak Zai dah duduk JB macam ada chance utk kita bersua mukalah ye... Kat Plaza Angsana mee rebus Pak Wahid tu memang terkenal Kak Zai. Tapi Q kalau nak membeli. Ramai sungguh pelanggannya...

Kakak dapat bayangkan apa yg kak zai rasa....

Nieda said...

Adat hidup , kita terpaksa dalam rela . Lama-kelamaan anak yang ramai pun akan keluar berdikari bila tiba masanya.

Akhirnya tinggal hanya ibu dan ayah saja di rumah.
Lumrah alam. Sabar ya Kak Zai.

ibundo said...

itulah dia perasaan ibu kan. Kita ni kadang2 rasakan anak2 masih kecil dan perlu berada di sisi kita sentiasa. Padahal diorang dah besar panjang dan sudah ada kehidupan sendiri. Susah nak menerimanya pada peringkat awal. Tapi lama-lama kita belajar untuk melepaskan mereka...

Zaitun said...

Kakzakie

InsyaAllah kalau dia dah dapat tempat tinggal nanti kak Zai akan datang melawatnya. Bolehlah kita buat date dan jumpa.

Zaitun said...

Nieda

Sama macam kita tinggalkan mak dan ayah kita dulu walaupun berat tapi terpaksa.

Zaitun said...

ibundo

Risau dan sedih walau pun kita dah tahu dia boleh hidup berdikari.Harap perasaan ini hanya buat sementara waktu.
Betul kata kakpah besar mana pun anak kita masih dianggap kecil.

JunAina said...

Kak Zai...

Kita sedih, kita risau tapi sebagai ibu kita adalah org yang paling kuat dalam keluarga. Kuatkan semangat...

insan biasa...yang sering lebih masa said...

suri mcm dapat rasa perasaan k.zai,,walau tak da anak2 yg besar lagi,,tapi pernah berjauhan dengan anak buat malam penuh dengan kesepian..sabar jelah kak..betul kata suami akak tu..kita semua akan melaluinya kan..

Lady Lavender said...

naluri seorang ibu kan akak...
p/s; sehari demi sehari insyaalah k.zai akan 'terbiasa' dgn perpisahan ni insyaalah. Ambik masa sikit at the beginning. take care akak..

azieazah said...

Sedihnya baca luahan hati Kak ZAI niiii... Adehhh sayu hati saya.

Banyak bersabar ya Kak ZAI. Semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi dan sejahtera selalu.

Zaitun said...

JunAina

InsyaAllah Kak Zai akan terbiasa dengan situasi yang anak merantau lagi pun sebelum ini dah biasa hubby selalu tinggalkan. Mungkin faktor umur kak Zai emosi.

Zaitun said...

insan biasa...yang sering lebih masa

Salam...terima kasih sudi singgah.

Masa anak2 kecik semua perkara mak dan ayah aturkan tapi bila dah besar sudah tentunya mereka nak mencari kehidupan sendiri. Dah tiba masanya anak2 berjauhan sama macam yang dilalui mak dan ayah kita dulu.

Zaitun said...

Lady Lavender

Bila umur dah meningkat perasaan dah mula sedikit sensitive. Sebelum ini kak Zai dah biasa ditinggalkan.
InsyaAllah kak Zai akan terbiasa di hari2 yang mendatang.

Zaitun said...

Azieazah

Sebagai seorang ibu kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak2 tak kira mereka masih kecil atau yang dah besar,yang dekat atau pun jauh.

InsyaAllah dengan doa2 itu mereka akan selamat didunia dan diakhirat.

cikmanggis said...

faham sangat sangat perasaan Zai ni..sabar lah semoga anak Zai akan lebih berjaya ditempat baru..suasana baru dan kawan baru..sabar ya..

kayna said...

macam ni agaknyer mak sy rasa? alaa... tapi Alhamdulillah kahwin pun, duduk adalaa 15 min dari rumah mak..

Zaitun said...

cikmanggis

Salam cm...macam tulah perasaan semua ibu2kan...anak2 sentiasa dalam hati.
InsyaAllah berkat doa dari cm.

Zaitun said...

kayna

Terima kasih sudi singgah.

Alhamdulillah dapat tinggal berdekatan dengan ibu.Kasih seorang ibu tak pernah berbelah bagi walau dimana anak2 berada.

Acik Erna said...

Assalam zai..hati seorang ibu macam tu la kan..akalu bejauhan dengan anak2 tidur pun jadi tak lena.
tapi nak buat macam mana kan zai..anak2 kia perlu meneruskan kehidupannya..insyaallah anak zai selamat disana doakan saja yang terbaik buatnya.