Thursday, February 09, 2012

Sofi Mama

Salam...

Terima kasih buat Erna, Lady Lavender, Nieda, sal, Suri solehah, kak Zai pun rindu kat suri nanti kalau kak Zai pergi Langkawi kita jumpa ya dan kalau suri nak recepi kuih bakar pergi kat sini. azi, susahnya nak masuk kat blog azi tak tahu kenapa stuck, tu yang tak boleh nak tinggalkan jejak. Buat kakak azi kak Zai doakan semoga tabah dengan dugaan dan harap penyakitnya dapat disembuhkan amin.

***********************************

Pagi semalam rasa nak tercabut jantung saya bila tengok sofi (rabbit) dah tak ada kat laman belakang. Walaupun sofi dah diberikan pada saya tapi rasa takut tu tetap ada. Kalau hilang tentu anak buah saya anggap tak dijaga dengan betul pada hal punyalah sayangnya saya pada sofi. Saya susah nak sayang pada binatang peliharaan, seingat saya cuma 1 kucing (tom) dan 2 ekor rabbit termasuk sofi yang betul2 saya jaga dan sayang.

sofi...special kat leher dia
sama colour macam kim dulu beza kat leher aje. Kim dah hilang entah dimana.

Dah tiga hari hubby meminjam rabbit kawan dia untuk dipasangkan dengan sofi. Kebetulan rabbit kawannya baru melahirkan 2 ekor anak, itu yang membuatkan hubby pun nak sofi punya anak. Masa anak buah beli dulu sofi memang ada partner tapi mati, bila diserahkan pada saya sofi hidup sorang2 malas nak cari pasangannya lagi pun masa tu saya hanya penjaga sementara.

rabbit pinjam
bulu dia lebih halus

Disebabkan dah ada 2 ekor setiap pagi hubby akan mengeluarkan dari rumah mereka dan dibiarkan main kat laman belakang. Hubby membuat pagar yang boleh dibuka dan ditutup bila nak ke belakang. Masa saya nak mencuci dan memberi makan tengok dua2 dah tak ada. Puas saya cari dan panggil tapi tak juga jumpa. Hantar mesaj pada hubby sambil tu menangis hehehe...

Cari keliling rumah panggil nama sofi bila tengok kat bawah rumah orkid nampak pokok bunga bergoyang, Panggil macam selalu, sebut nama sofi belakangnya mama (sofi mama) dia pun berdiri. Seronok sangat tak terkata, mula fikir macamana nak tangkap 2 ekor sekali gus. Dapat idea buka pintu rumah luas2 biar diaorang masuk. Bila dah masuk baru senang nak tangkap. Mulanya sofi agak garang ini disebabkan adanya partner dia tapi bila sebut nama panggilan terus datang dekat. Akhirnya selamat saya masukkan kedua2nya ke dalam rumah mereka. Kesian tengok sofi bila tinggal serumah maklumlah yang partner dia tu jantan. Ini gara2 hubby yang nak sofi ada anak. Cis...saya tak rela....

Badan dah penat kejar sana kejar sini ada alasan malas nak masak, bila adik balik dari sekolah saya ajak makan KFC.
 yummy...ihsan google

7 comments:

pena rozie said...

suka la gan arnab

Kakzakie said...

Hahaha... kak zai tak payah joging, kejar sofi tu pun dah macam exercise. Comel rabiit tu tapi kakak gelilah kak zai. Tengok boleh tapi kalau suruh pegang mesti kakak tak berani..

sal said...

comel..cantik pulak bulunya..tentulah sayang..

Nieda said...

Cantik bersih bulu si Sofi ni. Boleh buat peneman pulak Sofi ni.

MulutPayau said...

comelnya sofi...

Ros said...

Salam Zaitun,

Comelnya Sofi ni....Gebu sungguh bulu dia...

suri solehah said...

manjanya rabit tu kak zai..mcm baby merajuk pulak nak org panggil gitu hehe..geram tgk mata lembut rabitkan kak zai...
terima kasih akak bg link kak ummi tu,,bolehlah suri cuba buat tuk tetamu istimewa suri petang ni