Monday, February 13, 2012

Kurang Serasi

Salam...

Saya pernah tanam banyak jenis bunga raya tapi yang hidup cuma 2 colour aje, yang lain semua mati. Itu pun yang bunga warna putih tak berapa nak subur. Setiap 2 minggu letak baja tapi tak mau juga subur. Yang bunga merah pokoknya hidup subur tapi bunganya pulak sekuntum2 aje. Pernah juga beli bunga raya yang bunganya besar tak lama mati juga. Mungkin saya tak serasi menanam pokok bunga raya.

bunga raya putih
cantik kan
 pokoknya tak berapa sihat
bunga raya merah
pokoknya sihat
 
bunganya sekuntum2 aje
Gambar kat bawah ini kalau lg tengok mesti gelak guling2, mana taknya nak kata cili padi buahnya besar nak kata cili merah terlalu kuruslah pulak. Cili ini baru aje saya petik dari 2 biji pasu yang saya tanam cili. Tangan saya langsung tak serasi kalau menanam sayur2an. Bubuhlah baja apa pun hidupnya tak akan subur macam tanaman yang ditanam lg. Kalau pokok orkid mau aje hidup dah tu berbunga pulak walaupun batangnya dah kurus dan layu.

cili yang baru dipetik



22 comments:

Kunang-Kunang said...

Salam Zai,

Cantik bunga-bunga raya tu terutama yang putih tu, sweet sangat.

Akak tak ada tanam bunga raya. Rasa-rasa macam nak cuba ni, teringin.

suri solehah said...

suka bunga2 tu kak zai..oklah tu kak,,kira hidup n berbuah/berbunga lagi tu..kalau suri nak hidup pun susah huhu...kata mak,tangan panas

saniah said...

Baru ni pegi lg ke sg.buloh anak saya sibuk mnta bunga raya..tp tk berani nk bela sbb takut tk subur..hihi..selalu mcm tu saya ni...tanam pokok brbunga yg lebat daun je..bunga? Elek.. :)

sal said...

entah kenapa happy tengok pokok2 apatah lagi jika berbunga dan berbuah..teruskan..nanti insyaAllah akan singgah jika lapang2...

lemongrass said...

Kak Zai,
kalau saya cuba tanam pokok orkid, seminggu sure dah mati, hehehe.
Kalau kita dua bergabung, baru lah best kan, saya tanam sayur and Kak Zai tanam orkid bnyk2, meriah kebun kita sampai buat orang jeles! :-D

Acik Erna said...

assalam zai..kalau saya lansung tak menjadi..bunga ke buah ke..he he
kalau tanam kat opis elok pulak jadinya

ummu said...

SALAM KAK ZAI
rajinnya kak tanam cili
at least boleh jimat belanja dapur tu,kak

Zaitun said...

Kunang-Kunang

Salam kak ani...semoga sihat sejahtera.

Walaupun bunga raya tak tahan lama tapi bunga dia cantik,macam2 warna sebab tu saya cuba menanam.

Zaitun said...

suri solehah

Tak adalah sejuk mana tangan kak Zai ada juga pokok yang tak mau hidup langsung hehehe...

Zaitun said...

saniah

Kalau kat Sg Buloh macam2 warna ada kan dah tu besar2 pulak bunganya,memang teringin nak beli.

Saniah cuba beli satu pasu dulu mana tahu tiba2 menjadi.

Zaitun said...

sal

Bagi kak Zai pokok dan bunga2 boleh dijadikan terapi,tenang fikiran bila tengok pokok2 hidup subur.Kita boleh berbual dengan pokok tau.

Zaitun said...

lemongrass

Bagus juga idea lg tu bila dah banyak kita pasarkan secara besar2an tapi kat mana ya kita nak buat projek tu kih3....

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...pokok merajuk kot, Erna kurang belai hehehe....gurau.

Zaitun said...

ummu

Salam ummu...taklah rajin sangat tapi nak mencuba.Hiduplah juga tapi tak mahu subur dan berbuah lebat.

Kakzakie said...

Kak Zai... kakak suka betul dgn N3 ini. Kakak sekarang sedang gigih tanam bunga raya juga. Siap beli kat nursery dan ambil dari rumah Kak Long kakak lagi. Entah bilalah nak berbunga tak tahulah kak zai. Daun bukan main lebat, tapi bunga yelek... geram sangat.

Jeles tengok bunga kak zai. sukalah..:)

Ros said...

Salam Zaitun,

Cantik ja Kak Ros tengok bunga2 tu....Banyak khasiatnya pokok bunga raya ni kan Zaitun.....

Cili tu tu pun ok la Zaitun....dah tak payah dok beli kat kedai dah....ni lah untungnya orang yang rajin berbudi ngan tanah ni....

azi said...

Salam Kak Zai..
Akak..akak dan bunga tak boleh dipisahkan...betul tak? he..he...mungkin akak lebih serasi dengan orkid kot...tgk.bunga semuanya cantik2...tangan saya lagi tak boleh tanam apa2...panasssss...ha..ha..

Zaitun said...

Ros

Salam ros...Pokok bunga raya putih kurang subur dan bunga raya merah pula tak banyak bunga.

Cili pulak tak berapa nak segar.

Zaitun said...

azi

Salam azi...Dari dulu kak Zai memang suka dengan pokok2 bunga,kalau nak ikutkan arwah mak kak Zai pun rajin tanam bunga penuh satu laman dan pokok puding dijadikan pagar.

Tak tahu kenapa kak Zai susah nak tinggalkan komen kat blog azi,stuck. Kak Zai ada bagitau dalam n3 'sofi mama'.

Kamariah Awang said...

Ma peminat tegar bunga raya, Zai. Tapi yang ada dilaman rumah ma cuma yang berwarna merah aje. Yang seronoknya, bunganya jadi besar dan lebat dari pokok asal. Ma rasa kerana tanah, kot...

Zaitun said...

Kamariah Awang

Seronok kalau pokok bunga yang kita tanam menjadi kan.Mungkin juga faktor tanah walaupun dah diberikan baja.

Zaitun said...

Kakzakie

Maaf terlepas pandang.

Bunga raya pun salah satu bunga yang berbagai rupa dan warna cuma bunganya tak tahan lama macam orkid.Kak Zai tengok kat nursery ada yang bunganya besar2,cantik sangat.