Wednesday, February 15, 2012

Di Hujung Jari

Salam...

Selalunya kalau saya buat kuih keria/gelang selain keledek saya hanya menggunakan tepung gandum. Tapi semalam saya mencuba recepi dari cikmanggis. Dia menggunakan tepung pulut dicampur dengan tepung gandum, ternyata kuihnya lebih lembut dan sedap. Saya berani kata ianya memang lebih sedap sebab my hubby makan banyak. Mulut my hubby susah menyebut perkataan sedap tapi kalau dia makan banyak bermakna makanan itu memang sedap.

kuih keria

Ini pula goreng cempedak, goreng hari Isnin lepas.  Sekarang kan musim cempedak kat mana2 ada  jual. Saya beli sebiji aje rm7 cantik dan banyak isinya, memang berbaloi.



Kek pisang ini recepinya saya ambik  dari sini, sedap juga tapi agak kering kemungkinan kurang pisang sebab pisang yang saya gunakan agak kecil.

kek pisang

Senangkan... kalau teringin nak masak apa jua masakkan tengok saja kat internet semuanya ada. Kalau dulu saya selalu masuk kelas memasak tapi sekarang tidak lagi. Semuanya ada dihujung jari, rajin atau malas. Apa pun saya nak ucapkan terima kasih khasnya pada cikmanggis dan jintanmanis dan juga pada semua penyumbang recepi kat internet.


21 comments:

Kakzakie said...

Kakak jarang buat kuih keria Kak Zai. Selalu beli memanjang. Cempedak tempat kakak pun sedang musim juga. Bab kek pisang seisi rumah kakak penggemar apa saja kuih yg berasaskan pisang. Jemput-jemput pisang pun kami layan apa lagi kalau kek macam ini...

marinahunny said...

adoii sedapnye cempedak goreng tu..always my favorite..

cheqna said...

kek pisang adalah feveret cheqna =)

cikmanggis said...

terima kasih sebab sudi mencuba resepi ni .Hubby Cm pun sama la..jika makan banyak tanda sedap..jika makan sikit tu..faham-faham la tak sedap hehe..dia takkan cakap tak sedap:)

Zaitun said...

Kakzakie

Samalah macam anak2 kak Zai peminat masakkan yang ada pisang,gulai pisang pun suka hehehe...

Zaitun said...

marinahunny

Ramai yang suka cempedak goreng tapi tidak pada anak buah kak Zai bau pun nak muntah.

Zaitun said...

cheqna

Terima kasih sudi singgah.

Kek pisang ini mudah membuatnya rasa dia pun sedap.

Zaitun said...

cikmanggis

Terima kasih cm bagi recepi,memang sedap kuihnya.

Sifat suami yang baik tak mahu kecikkan hati isteri.

azi said...

ogiKak Zai..
Nampak sedap kuih keria tu...nanti saya nak cuba juga buat macam akak..campurkan sedikit tepung pulut ye...dan kalau akak nak tahu...saya cukup suka cempedak goreng..kalau tengok kat pasar malam memang tak lepas beli punya...tapi kat SP la ni...mahal le kak...bukan musimnya kot..

mama ju, said...

Salam

Salam kenal.Rajinnya dia.Cempedak goreng tu feberet suami.

Sekadar Coretan said...

amboi kuih keria ni memang kegemaran saya. nak cuba jgak.thank ats info ni.

MulutPayau said...

kuih keria tu mmng ksukaan saya...tapi tak pernah buat sndiri....kalau rajin nnti boleh jugak cuba buat....

kasihibu said...

sya suka kueh keria tp sangat leceh nak mengula tu , ke kak zai ada tips ye?

Ros said...

Salam Zaitun,

Semuanya Kak Ros suka sangat ni.....

Kamsiah said...

salam
kuih keria tu..pekena dgn teh o panas mmg mebeles...

Kunang-Kunang said...

Salam Zai,

bagus juga buat perubahan pada kuih gelang tu. Ada kelainannya.

Kak ani sejak akhir2nya suka sangat lempeng pisang. Jadi rajinlah membuatnya.

suri solehah said...

terliur kuih keria akak tu,,tp kat sini nk cari keledek yang elok susah sangat,,biasanya dah berkelarah huhu..

Kamariah Awang said...

Zai.., kalau di Terengganu ni kueh keria yang dibuat dari tepung pulut tu dipanggil kueh badak... Pernah dengar tak? Kelakar kan? hihihi....

MaryaYusof said...

Salam kak zai,

Teringin pulak nak mkn kuih keria... nak buatlah try ikut resepi ni...betul tu skrg segalanya dihujung jari, just 1 click mcm2 resepi keluar :)

Nida said...

Kak Zai.. geramnya tengok cempedak goreng tu.. terbau-bau sampai ke sini... :)

Nieda said...

Betullah kak zai sekarang resepi tak payah selak buku . Cari saja dlm internet.
Boleh cuba kuih gelang tu. selalu buat kena cari ubi keledek dulu. Sekarang boleh cuba resepi ini pulak.