Sunday, January 01, 2012

Menjelang 2012

Salam...

Semalam ke Sunway Pyramid sebab nak membeli beg dan kasut sekolah adik. Selesai membeli saya, hubby dan anak2 ke Awan besar untuk makan satay. Tempohari tak dapat makan satay station, malas nak ke sana lagi kami makan aje satay Hj Samuri. Nampaknya ada perubahan sikit sataynya tak lagi banyak  lemak kat tengah2 lidi dan daging pula tak mentah. Kuah pun tak payah minta lebih dan tissue sudah disediakan tapi kalau saya tak silap harga sekarang bukan lagi 6o sen tapi 70 sen satu cucuk.

ihsan dari google
 Habis makan kami terus balik tapi ditengah jalan tengok ramai orang lepas tu banyak kereta berhenti dan kereta bomba pun ada. Tengok jam lagi 5 minit ke pukul 12 malam ini bermakna akan ada countdown. Hubby menyarankan supaya kami berhenti tapi disebabkan berlaku kesesakkan kami duduk aje didalam kereta. Dapatlah saya klik2 bunga api dari jauh.






Selamat menyambut tahun baru buat semua rakan2.

8 comments:

sal said...

Selamat Menempuh tahun baru 2012..moga hari2 mendatang lebih baik dan lebih menggembirakan..amin..

MulutPayau said...

selamat tahun baru 2012.....semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan dimurahkan rezeki...

saniah said...

Salam kak zai....salam 2012 ...moga persahabatan berlanjutan... :)

Nieda said...

Waa... ada bunga api lagi di tahun baru.

Selamat Tahun baru utk kak Zai sekeluarga.

Kamariah Awang said...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012, Zai... Semoga azam tahun ni, terlaksana....

Acik Erna said...

Selamat Tahun Baru 2012 zai..sempat jugak tengok bunga apai menjelang tahun baru malam tadi ye..

ibundo said...

selamat tahun baru zai...

Kakzakie said...

Malam tahun baru kakak sambut dgn majlis tahlil rumah kakak sebab anak dia nak bertunang...

Dapat lihat bunga api secara kebetulah ye Kak Zai...

Selamat tahun baru kak...