Friday, January 27, 2012

JJCM

Salam....Terima kasih pada Acik Erna, suri solehah, che mid, cikmanggis, azieazah, sal, saniah, kakzakie yang tinggalkan comment kat n3 saya.

Hari ini saya nak cerita tempat makan masa saya pergi Terengganu tempohari. Nanti kalau sesiapa pergi boleh dijadikan panduan...hehehe

Selain makan nasi dan macam2 makanan dimerata restoren, ini salah satu menu breakfast kami bukan makan di hotel tapi restoren yang baru saja beroperasi. Restorennya berdekatan dengan jeti, nama dia Restoren Putera. Disebabkan kedainya baru saja dibuka kami diberi desert percuma
.

adik punya
saya
mimi
hubby
creme brulee

Kat bawah ini pula tempat makan ikan bakar tak jauh juga dari jeti . Menunya lebih kurang macam Sekincan ikan Bakar tapi sambalnya lebih sedap dan harga pun jauh lebih murah. Semua makanan di bakar hanya sotong dan udang yang ada di goreng itu pun atas permintaan pelanggan. Tak ada sayur atau menu yang berkuah.

nama restoren
udang bakar
ikan bakar
sotong goreng tepung

Yang ini pula tempat makan colek, famous kat sebelah Pantai Timur. Tempatnya sepanjang jalan pantai. Kat sini menunya semua goreng2, udang goreng, ikan goreng, sotong goreng dan keropok lekor goreng. Kena makan puas2 sebab kalau kat Kl susah dapat yang fresh dan harganya memang berpatutan.

makan mengadap laut
pilih mana nak 
udang goreng
sotong goreng

Ini pula tempat makan dah dekat nak sampai , lokasinya bersebelahan dengan Dataran Nilai. Dah lama pandang2 baru ini sempat singgah. Makanan arab tapi pengusahanya orang melayu. Menurut ibu (sempat interview) kepada yang empunya business anaknya belajar melalui seorang kawan yang berbangsa Syria. Nasinya panjang2 dan rasanya sedap tapi yang paling saya suka air asam boi, terlupa nak ambik gambar.

nama restoren
kabsa kambing
kabsa ayam

Itu cerita makan2 masa CNY, besok pula saya akan ke Ipoh untuk menghadiri majlis pertunangan anak adik.

Psssttt...baru balik makan prosperity sorang2 kat McD...kasi puas kihkihkih....

15 comments:

ibundo said...

salam zai... semua makanan buat teliur ni..

hani@debumelukut said...

nak try lah restoren putra tu..kami selalu ke terengganu, no problem at all bab try2 ni..

ainnoraini said...

Saya belum pernah sampai lagi ke trengganu..
Kesiankann

Acik Erna said...

Assalam zai..betul kata kak pah semuanya buat terliur..
nasi arab..udang..sotong goreng..semua tu kegemaran tu..

MulutPayau said...

Assalamualaikum kak zai....
Amboiiiii...mmng betul2 cari makan tu ya....hehehe...tapi semua makanan tu mmng nampak sedap...

cik izars said...

urm meleleh jugak kang ayer liur nh,,hehhehh

suri solehah said...

kak zai,paling tak tahan ayat yang bawah sekali tu hehe...tak cukup ngan goda org ngan menu mcm dan lagi buh prosperity kay siti..esok suri nak selinap klua umah gaklah cari prosperity hehe

saniah said...

sedapnya makanan..saya memang suka yg bakar2 dan cicah2 ni..emm bila ek nak gi t'gganu ni?tgu cuti bulan 3 la kot..:)
moga selamat dlm perjalan ke Ipoh nnt kak zai..

Kunang-Kunang said...

Salam Zai,

Seronok jalan-jalan.

Tak pernah makan di restoren Putra, nanti nak cuba.

sal said...

sedap-sedap makanan tu..
sandwich tu yg paling terliur...lama tak makan....
pagi ni pagi Ahad, diucapkn selamat berhujung minggu...

Lady Lavender said...

alahai k.zai...semuuuaaa sedap! percutian yg berbaloi..dapat pi kenduri dpt pi cuti2 jugak :-)

Nieda said...

Alamak ternampak nasi arab pulak kat sini.

WuMing said...

Sotong goreng tepung... fuh... tak tahan..

Kakzakie said...

Kak Zai... kakak memang suka sangat kalau dapat jenjalan ke Pantai Timur. Makanan dia lazat-lazat kan. Harga pulak jauh lebih murah itu yg best... tapi kena pandai cari tempat juga kan. Kecur tengaok hidangan kak zai..

Ros said...

Salam Zaitun,

Aduhai.....teliurnya Kak Ros...yang bakar2 tu.....