Monday, January 16, 2012

Suka Berganda...

Salam...

Semalam saya ke One Utama, dah agak lama tak ke sana. Banyak perubahan dari segi bangunan dan  kedai2, banyak kedai2 baru termasuk Isetan dan kedai2nya pula cantik macam kedai kat luar negara.  Bangunannya dibesarkan sampai ke tempat parking masa dulu, pintu nak masuk pun dah berubah. Dan kalau masuk ke dalam ianya bersambung dengan hotel.

Tujuan saya ke sana nak ke butik Professor nak membeli uniform pengakap adik dan juga nak ke Home Centre. Saya nak mencari blind sebab yang ada dah buruk, warna pun bukan lagi coklat tapi dah berubah jadi hitam. Sebelum ini saya membeli blind kat situ, selain barangnya elok harga pun berpatutan. Tempat Home Centre dulu telah dijadikan kedai2, puaslah mencari tak jumpa2. Dah penat masuk ke Jusco cuci mata. Sempat bertanya dengan salah seorang jurujual kat situ katanya Home Centre dah tak ada lagi dekat mall ini.

Puas jalan2 sempatlah snap satu dua kedai  orang pula terlalu ramai, kebanyakkannya bangsa cina, shopping untuk CNY. Terkilan tak dapat snap kedai candy, kedainya sama macam saya tengok gambar kedai candy masa my brother pergi New York. Tak payah pergi ke luar negara kat negara kita pun tak kurang hebat barang2 yang dijual. Ada living Laura Ashley dan kedai Jepun ( lupa pulak nama kedainya) banyak barang dia yang saya terpikat tapi harganya huhuhu....

kedai makan baba dan nyonya
nak cari capal?
Disebabkan tak ada barang yang di hajat jumpa kat One Utama kami ke Sunway Pyramid, kat sana dapat beli baju adik tapi blind tak ada yang sesuai. Mungkin kena cari kat tempat lain, ada sesiapa kawan2 yang boleh rekeman?

p/s; pagi tadi masa pergi bank jumpa kawan masjid yang dah lama tak jumpa lepas tu jumpa pulak seorang lagi kawan lama masa beli ikan. Baru minggu lepas cerita pasal dia sebab dah lama tak contact mungkin sebab masing2 dah bertukar no hp. Walaupun hanya sekejap kami dapat berborak tapi dalam tangan sudah ada no hp hehehe...happy.

Tengah saya membuat n3 ini saya dikejutkan bunyi hon, jenguk kat tingkat ada van Pos Laju, Buka pintu keluar dan sign, saya dapat envelope besar ini. Nak tahu pengirim dan  barang yang ada kat dalamnya... tunggu dilain n3.

 sengaja saya tutup alamatnya
ditujukan pada saya

Terima kasih banyak2 pada pengirimnya, tak dapat kak Zai nak balas.Thanks... :D

16 comments:

suri solehah said...

seronoknya shopping2,dah lama dah tak turun kl sejak pindah langkawi.Kak zai dpt souvenir lg ye?bestnya......

ainnoraini said...

Kalau saya pun suka berganda- ganda dan byk kali ganda kak zai...Seronokkann...

lemongrass said...

Alhamdulillah dah dapat. Sorry lah, my sis lambat pos barang tu. Patutnya masa kat Msia lagi dah nak pos tapi sebab perkara sedih berlaku, tu yg semua kena postponed. Saya harap Kak Zai suka hadiah tu :-)

Nieda said...

Dapat hadiah di awal tahun mesti ada ong tahun ni hehe

azieazah said...

Tengok nama LG dah agak dah mesti dari LemonGrass di Australia.

Tak sabar nak tengok isinya...

Zaitun said...

suri solehah

Sesekali suri turunlah Kl nanti boleh kita jumpa.

Ya... dapat dari orang jauh.

Zaitun said...

ainnoraini

Seronok tak terkata,rezeki melimpah.

Zaitun said...

lemongrass

Walaupun lg masih dalam kesedihan tapi tetap juga nak bagi kak Zai gift.Syukur alhamdulillah dan terima kasih banyak2.

Semuanya kak Zai suka...:)

Zaitun said...

Nieda

Betul kata Nieda permulaan rezeki melimpah amin.

Zaitun said...

azieazah

Hehehe...pandai azie teka.

Nanti kak Zai tayang kat n3 ok.

saniah said...

Bestnya dpt gift...tak sabar nk tgk apa isi nya... :3)

che mid said...

Dah lama tak ke One Utama dan Sunway Pyramid.. tapi tak berapa rindu.. kalau tak pergi pekan sari sebulan.... mesti rindu ha ha

aNIe said...

Kak Zai...anie pun lama dah tak ke One Utama... bukan apa...cuma malas nak kesana...keadaan jalan yang sesak buat anie fikir 10 kali untuk ke sana... lebih selesa kat Shah Alam aje kalau nak beli apa2...

Acik Erna said...

Assalam zai..kadang2 walaupun barang yang kita caritak ada..tapi jalan2 cuci mata tu yang seronoknya kan..

Nida said...

Lama tak pergi one utama... dulu masa tingkatan 3 pergi..

intan morsalin said...

rejeki..rejeki...dpt gift dr perth lak tu...jauh..
byk lak tu dpt..

mould silicon tu mahal kan kak..sonok dpt free...hihihi