Thursday, January 26, 2012

Walimatulurus dan Holiday

Salam...apa khabar kawan2 semua, mudah2an semuanya sihat2 belaka. Tentu ramai yang dah mula berkerja tapi mungkin masih ada yang berholiday sebab sekolah masih lagi belum dibuka.

Cuti tempohari saya sekeluarga pergi ke Jerteh Terengganu untuk menghadiri majlis kenduri kahwin anak tuan rumah hubby masa tinggal di sana dulu. Bertolak pagi tapi petang baru sampai, jalan agak sesak. Kami menginap kat hotel  di Besut sebab anak2 nak dekat dengan laut, agak jauh juga dengan tempat kenduri. Sebelah malamnya kami ke rumah pengantin sekejap, selepas minum dan bersembang kami balik ke hotel.

 pasangan pengantin (navy dan pegawai perubatan)

Esok tengaharinya kami ke rumah pengantin sekali lagi. Kami dijamu dengan daging kawah, ayam goreng, sambal tumis ikan bilis dan beberapa jenis sayur yang direbus. Agak berbeza sedikit dari kenduri yang selalu saya hadiri dari segi menu dan cara. Tidak ada hiburan, kompang dan masa kedatangan tetamu pula tidak ditetapkan. Tak ada hulur envelope/duit sebagaimana yang biasa dilakukan (tak tahulah kalau saya tak nampak). Ada juga tetamu yang bagi hadiah tapi kebanyakkannya bawa barang dapur atau makanan.

goodies
isi dalam goodies
kotak cupcake digubah jadi burung dan dalamnya ada coklat

 Masa nak balik kami dibekalkan dengan makanan (jarang berlaku ditempat lain). Walaupun baru pertama kali saya berjumpa dengan mereka tapi terasa cukup mesra. Terima kasih pada mak dan ayah pengantin (encik Daud dan mek tak tahu nama)

orang lain hanya dapat goodies tapi saya ada ini
 
vase

 Saya bagi hadiah pada pengantin manakala mak pengantin pula bagi hadiah pada saya, kelakar kan.

Alang2 dah sampai Terengganu kami terus saja sambung holiday untuk beberapa hari. Seperti biasa kalau pergi ke sana mesti shopping kat Pasar Payang dan jalan2 kat tepi laut.

9 comments:

Acik Erna said...

assalam zai..nak ke pasar payang dari besut pun jauh jugak kan..
tahniag buat pasangan pengantin dan ibubapanya.

suri solehah said...

rasanya besut kenduri mcm kelantan lagi..kalau tuan rumah tak kata 'ngele'mmg tak bagi envelope kak,kalau buat kesyukuran,biasanya jiran akan bawak gula atau susu hehe

che mid said...

salam, suka betul tengok goodies tu..cantik dan ada kelas gitu..

cikmanggis said...

wah jauhnya Zai pi kenduri:)kreatif sungguh goodies tu:)

azieazah said...

Majlis kenduri tu nampak macam seimbang. Lauk-lauk kampung, gotong royong dan simple, tapi goodies dan barang hadiah nampak ada tema English....

Lawo nyaaaa...

Borong apa di Pasar Kepayang, Kak ZAI?

sal said...

setelah ke majlis kahwin, berpeluang juga untuk ke pasar payang ye...tentu bnyk brg yg harganya berpatutan ..tpi kena pandai pilih..

saniah said...

salam kak zai...jln memang sesak lah CNY baru ni kan..saya terperangkat dari tol jln duta hgg ke hentian tapah...dkt 3 jam tak gerak!!!..geram tapi bila sampai ke kmpg hilang penat..:)
harap k.zai sekeluarga jugak enjoy cuti kali ini..:) cantik la gift2 dari wedding tu..creatif betul

Kakzakie said...

Unit pemberian dia kak zai. Cantik.

Tak bagi envelope tu kakak pun tak pernah jumpa lagi. Bagusnya itu baru betul sedekah...

MulutPayau said...

Seronoknya kalau dapat ke Pasar Payang....
p/s...cntik goodies tu..