Saturday, December 31, 2011

AS Homestay, Lenggeng.

Salam....

Terima kasih atas ucapan anniversary saya dari rakan2 semua terutamanya...Nieza, cikmanggis, JunAina, Pn Kartini, Acik Erna, MulutPayau, Lady Lavender, Ibundo, suri solehah, Ros dan Melor. Buat Melor kak Zai sertakan email....zaitun.mamasya@gmail.com

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Saya nak tunjukkan gambar2 tempat yang saya tinggal masa gathering tempohari. Tempat ini kepunyaan puan Saadiah dan suaminya bertempat di Lenggeng, Negeri Sembilan. Selain dari homestay mereka juga mengendalikan kuda, kalau saya tak silap ada 12 ekor kuda kepunyaan puan Saadiah. Kepada sesiapa yang nak belajar menunggang kuda datanglah ke sini sebabnya fees yang dikenakan amat murah.

Sebab utama saya suka tempat ini adalah suasananya yang tenteram, dikelilingi pokok2, angin sentiasa bertiup seolah2 kita berada ditepi pantai. Kedua... susun atur perabut dan perhiasannya, banyak terdapat perabut kayu jati dan english. Kawasan dalam dan luar rumah bersih dan yang paling saya suka sekali.... tuan rumahnya yang peramah dan low profille.


Rumah kayu tapi perhiasan cukup cantik
living kat atas
meja makan
master bedroom

 living kat bawah




Perabot dan perhiasan, ada banyak lagi yang saya tak ambil gambarnya. Dimana2 ada gambar kuda.Terdapat 3 living hall yang luas dalam rumah ini. Ada 3 bilik tidur dan disediakan juga tilam dan bantal extra. Kalau nak berkaroke pun boleh. Dry kitchen juga luas dan diluar juga terdapat tempat istirehat yang cukup selesa, 2 toilet didalam dan 1 diluar rumah. Disediakan juga segala jenis  minuman, coklat dan snek.


meja makan kat luar

Sesiapa yang nak buat gathering atau suka nak bersantai saya recommend tempat ini. Boleh menunggang kuda dan kalau nak rasa nak mandi boleh pergi ke Jeram Toi yang tak berapa jauh dari homestay ini.

4 comments:

sal said...

tempatnya nampak selesa..sesuai bagi orang yg suka suasana desa permai ...hiasan dalaman rumahnya pun cantik..

Acik Erna said...

assalam zai..memang nampak cantik homestay ni zai..patut zai rasa selesa.

Nieza said...

bestnyer tgk homestay tu kak...kalau dok Msia nanti bolehlah pi bercuti kat sana..boleh tunggang kuda lagi tu:)

Ônly Mãrz said...

boleh sy dapatkan no tel tuan homestay ni? t.kasih