Saturday, December 17, 2011

Cer...Teka....

Salam....

Sejak dulu lagi saya dah biasa dengan benda ni, dari kecik dah diajar makan benda ni, sebab sedap tak boleh nak tolak. Sekarang pun masih lagi suka. Setiap kali ambik atau hantar anak mesti singgah kat r&r, beli beberapa botol. Kadang2 buat stok selebihnya bagi adik beradik atau pun jiran.

Semalam terasa nak makan, kebetulan pula adik pergi ke rumah adik saya di Shah Alam. Elok sangatlah bukan apa kalau dia ada susah sikit sebab dia tak makan benda ni. Setelah  menu lain saya sediakan saya pun buka fridge nak ambik benda ni. Memang selalu simpan dalam fridge supaya senang membukanya dan tak bagi masaalah. Tapi semalam memang bagi masaalah besar. Tak tahu kenapa bukan tak pernah makan malahan dah berpuluh2 botol masuk ke dalam perut.

Cili, bawang, tomato dah dihiris cuma nak masukkan benda ni ke dalam mangkuk dan perah limau. Saya pun buka tutupnya, POPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP>>>>>>>>>>>>>>>>>>makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk tersembur satu dapur. Bukan saja dinding, ceiling dan benda2 yang berdekatan yang kena tapi rambut, baju dan muka saya habis terkena. Nasib baik saya pakai spek kalau tidak dengan biji mata sekali terkena. Bau rumah dan badan saya bukan main semerbak lagi.

Kalau ikukan hati nak buang aje tapi sayang pula, benda boleh dimakan tak baik membazir.Teruskan juga cadangan untuk menjadikan ia salah satu menu 'istimewa'. Paling kesiannya hubby yang baru balik dari kerja terpaksa melakukan pembersihan, saya pula terus mandi, bersyampo dan baju yang saya pakai dibasuh lepas tu rendam untuk menghilangkan baunya.

Kalau kawan2 nak tahu cuba teka apa benda nya. Cleunya... benda ni dibuat dari udang halus...dikaitkan dengan satu negeri.

Kat ceiling





Tajuk pinjam perkataan Mamad Khalid...Hantu Kak Limah.

p/s :Cerita sensasi hangat dipasaran....nak tahu baca blog Mazidul.

27 comments:

Kakzakie said...

Alahai kak Zai tak payah bagi clue
kakak baca pun dah tahu
cencaluk dari melaka sudah tentu
sampai meletup jadi begitu

hihi... harumlah bau kak zai dgn perfume cencaluk ye:)

ainnoraini said...

Sama mcm kakzakie...cencaluk ada benarrrr....saya pun dari asal dari melaka,mkn jugak kak zai benda tu...

PCL said...

yeah...cencaluk tuh.

lemongrass said...

Kak Zai kena dgn cencaluk, saya kena dgn tomato paste. Saya rasa lagi rela kena semburan tomato paste dari semburan cencaluk, hehehe....

Zaitun said...

Kakzakie

Hehehe...pandai kakzakie ini mesti selalu makan.

Minyak wangi keluaran terbaru.

Zaitun said...

ainnoraini

Sebab ain orang Melaka boleh jawab dengan tepat.

Sedap buat pencicah ulam atau sayur yang direbus.

Zaitun said...

PCL

Tahniah sebab anda berjaya menjawab dengan tepat tapi tak janji bagi hadiah tau.

Terima kasih sudi singgah.

Zaitun said...

lemongrass

Penangan cencaluk sampai ke pagi ni masih ada bau.Kak Zai dah spray dapur dengan pewangi,buka tingkap luas2.Harap2 cepatlah hilang baunya.

azieazah said...

Wahh kalu ini pewanginya, memang sampai ke malamnya jawabnya masih berbau...

Takpa, dah nak jadi.

Saya dah lama tak makan Cencaluk!

'idun sa'idun said...

datang jenjalan ke sini..salam kenal.. :)

azi said...

Kak zai..
Cik Abang saya cukup suka mkaan cencaluk ni..perah limau banyak sikit...baru sedap baunya....tapiiii..saya tak makannn...gatal hidung..he..he..:)

cikmanggis said...

hehe saya pun pernah kena ni..penat nak cuci siling dapur:) bau cencalok satu rumah..ada gas dalam botol tu Zai..

Pn Kartini said...

Assalamualaikum Kak Zai:)

aduhaii..dahsyat juga yaa penangan cencaluk ekk...bimbang jugak tinie sbb kat umah tu ada gak sebotol tuu...erk!

Kunang-Kunang said...

Salam Zai,

Ini mesti cencalok kan.

Zaitun said...

Azieazah

Kak Zai dah takut nak beli cencaluk mungkin kalau teringin nak makan pergi aje kat kedai.

Zaitun said...

'idun sa'idun

Salam...terima kasih.

Zaitun said...

azi

Ramai juga yang tak suka sebab allegic dan ada yang tak suka bau dia.

Gandingan limau dan tomato rasa dia bertambah sedap.

Zaitun said...

cikmanggis

Mencuci satu hal, bau dia yang susah nak hilangkan.Selalu buka tak sampai meletup macam tu,mungkin gas dia banyak kot.

Zaitun said...

Pn Kartini

Salam Tinie...Pancut sampai ke ceilling hehehe....

Hati2 jangan jadi macam kak Zai,serik rasanya.

Zaitun said...

Kunang-Kunang

Salam kak ani...harap dah sihat.

Betul...cencaluk hehehe...

Nieda said...

Apa dia kaka Zai??Tak dapat nak teka.

Acik Erna said...

assalam zai..bila sebut perha limau pun tau dah..mesti cencaluk dari melaka..

Annie Han Yeon Rin said...

Cencalok ^_^


Tapi saya tak pandai makan... camne cara nak makan dia ya?

Salam kenal...

Zaitun said...

Nieda

Mungkin Nieda tak biasa makan, jawapan dia cencaluk.

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...memang betul jawapannya cencaluk.Nak makan dia wajib ada perahan limau baru sedap tapi kalau saya buat suka tambahkan lagi tomato cincang lagi ummmp.

Zaitun said...

Annie Han yeon Rin

Salam...terima kasih sudi singgah.

Ya cencaluk,ianya diperbuat dari udang halus...cara kalau nak makan dia ...hiris cili padi,bawang,tomato bila dah campur cencaluk perah asam limau.Boleh makan dengan ulaman atau dengan sayur yang direbus.

MulutPayau said...

Assalamualaikum kak zai...

cencaluk tu kan....tapi saya tak pernah makan cencaluk...tak tau rasanya mcm mana...