Monday, December 12, 2011

Majlis dan Terkilan

Salam....

Terima kasih saya ucapkan pada rakan2 yang meninggalkan comment di n3 saya, maaf banyak2 sebab tak semua yang dapat saya balas. Pada anie Nagoya kak Zai sungguh terharu sebab dah lama tak dengar berita, harap2 anie sekeluarga sihat dan bahagia, happy sangat2... you are back.....

Agak sibuk sikit tapi semalam sempat menghadirkan diri ke 3 majlis perkahwinan, 2 majlis anak jiran rumah lama dan satu lagi perkahwinan anak imam. Semuanya tak ambik gambar sebab tak dapat nak berlama2. Setelah habis ke majlis saya ke rumah best friend saya yang tak jauh dari rumah pengantin. Minum dan bersembang2 lepas tu kami solat asar berjemaah dirumahnya.

Selesai solat ingat nak balik rumah tapi kawan saya masih tak puas berborak dengan saya, dia mengajak kami  pula lepak kat kedai minum. Berboraklah kami sampai tak ingat dunia, gelak sampai keluar air mata, mulut senget benget, husband kawan and my hubby pun gelak dan mengejek cara kami bergosip. Yang kelakarnya adik dan anak kawan merakam gambar kami berdua yang membuatkan kami tak kering gusi. Inilah pukulan kalau sesekali berjumpa, banyak sangat cerita yang nak disampaikan.

kami lepak di sini (gambar google)

Lepas sembang2 dan minum kami ke surau dalam complex dan menunaikan solat maghrib lepas tu bye2 dan masing2 bawa diri. Saya ke digital mall sebab nak mencari cover dan screen protector HTC flyer adik. Lepas tu kami makan nasi lemak dan balik rumah. Sampai kat rumah saya masuk dulu kemudian adik tapi depan pintu adik menjerit, dia menunjukkan sandal yang saya pakai. Masing2 terpempan sebab saya tersalah pakai kasut masa keluar dari surau. Saya rasa saya yang dulu masuk ke dalam surau sebab saya tak nampak sandal yang sama berdekatan tapi orang yang tersalah pakai sandal saya yang ke luar dulu. Sandalnya lebih kurang sama cuma saya punya lebih baru sebab chop di sandal masih belum hilang sedangkan dia punya dah tak nampak. Rasa terkilan juga tapi apa nak buat mungkin bukan rezeki saya dapat pakai lama sandal yang baru saya beli.

13 comments:

Kakzakie said...

Jumpa kawan lama memang seronok Kak Zai... hal tersalah capal bukan salah kak zai sebab org tu dah pergi dan pakai dulu. Kakak rasa org tu pun tak sengaja...

cikmanggis said...

salam zai..hehe jika jumpa kawan lama yang geng kamcing mmg gitu zai..tak ingat dunia hihi.

saniah said...

laa..emm takpe lah kak zai..redha je lah hehe..oka gak dapat sandal lama ni..boleh beli baru..:)

Acik Erna said...

assalam zai..memang seronok sangatkan bila jumpa kawan.
ada jugak yang trsalah ambil ye zai..
dah bukan rezeki nak pakai lama sandal baru tu.

ainnoraini said...

saya pun kalau jumpa kawan lame mcm tu la jugak...mcm2 citer ada...

tak pe kak zai nnt dapt yg baru tau.. jangan sedih2 yee...

sal said...

seronok jumpa kawan lama..tak habis cerita yee..

kesian..takde rezki, tertukar pula capal..biasalah dah ramai2 gitu..

suri solehah said...

Alahai kak zai...munkin org tersilap tu tergesa2...biasanya kita leh rasa kaaut kita selesa ngan kaki kitakan...huhu...
Rindu kak zai..lama tak kesini

suri solehah said...

Alahai kak zai...munkin org tersilap tu tergesa2...biasanya kita leh rasa kaaut kita selesa ngan kaki kitakan...huhu...
Rindu kak zai..lama tak kesini

MulutPayau said...

seronokkan kak zai kalau dapt jumpa kawan lama...kalau boleh tak nak brhenti brcerita....

kak zai...dah tak de rezeki...nnti boleh dapatkan yang baru...

Nida said...

Kak Zai... kalau ke surau/ masjid kena pakai selipar Jepun je..:)

Dulu mak Nida masa kenduri kahwin hilang kasut yang baru dibeli..

lyza said...

Saya pun sama..klau jumpa kekawan lama,siap suh hasben n anak2 balik dulu..sb nak lepak lama2..hehe...

**teh ahmad tu sedap kan.. saya penah minum hat strawberry...tp skg ni tengah gile tea berry..kawan kasik dr swiss..cuba cari kt sini..tapi tak jumpa lagi..**

azi said...

Salam Kak Zai..
Akak..kalau jumpa kawan lama, memang kita ni bersembang tak ingat dunia...he..he...saya pun sama...

Dah tersurat akak akan kehilangan sandal tu...hikmahnya!...akak akan dapat sandal baru yang lebih cantik...:)

anymz said...

aduuuuuh..sudah lama tak bertandang ke sini..menjenguk kak zai..rindu nyaaa...ini kira kawan lama gak ni kan?..boleh tak di panggil gitu?..hehe