Monday, December 19, 2011

Mimi 22 Years

Salam...

 Mimi dan kawannya datang ke Kl sebab nak pergi ke Aquria KLCC tapi disebabkan lambat sampai dari Melaka mereka shopping aje kat sana. Kebetulan pula sekarang tengah sale gila2, mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Saya janji dengan dia nak jumpa selepas tu sebab dia nak balik ke Melaka semalam juga. Katanya kalau nak pergi makan dia nak makan satay jadi saya cadangkan kami makan kat Satay Station Setiawangsa.

Sementara menunggu Mimi dari KLCC datang saya pun shopping di Jusco Setiawangsa nak membeli baju sekolah adik. Tak lama Mimi pun sampai kami ke kedai satay tapi hampa sebab kedainya tutup. Sebelum ni kami pernah pergi hari Ahad tapi tak tutup pun. Kedai western food sebelah dia pun tutup besar kemungkinan berpindah ke tempat lain atau nak buat renovation. Disebabkan dah lapar malas nak pergi jauh kami akhirnya makan nasi arab, cawangan Restoren Saba Cyberjaya. Hubby memilih lamb kabsa dan adik chicken kebab manakala saya, Mimi dan kawannya makan chicken kabsa.

chicken kebab

chicken kabsa

lamb kabsa
Gambar ihsan dari google.

Tujuan utama perjumpaan kami adalah disebabkan hari ini 19.12 2011 adalah hari jadi Mimi yang ke 22 tahun. Dah besar anak mama...dah boleh kahwin kehkehkeh.....tak ada kek dan hadiah sebab Mimi tak nak semua tu tapi saya belikan juga dia choklat Ferrero Rocher yang sangat digemarinya. Sebelum ni saya dah bagi dia cash money untuk membeli apa yang dia inginkan. Masa kecik2 dulu senang aje membeli hadiah hari jadi tapi bila dah besar takut pula barang yang kita beli tak menjadi taste dia sebab itu saya bagi dia cash in advance.

 gambar google

Serba sedikit tentang Mimi....dia seorang anak yang mengikut kata, alhamdulillah taat pada suruhan. Ulat buku sampai mata pun dah naik rabun... doktor nasihat supaya buat laser. Tak suka meminta2 tak kiralah apa sekali pun, pernah baba dia lambat masukan duit belanja tapi selamba aje dia jawab guna aje duit yang mana ada. Trade mark dia suka pakai topi dan stokin panjang tapi tidak sekarang. Tak punya ramai kawan semasa disekolah tapi alhamdulillah sekarang dah berubah. Masih lagi menuntut dalam bidang undang2 insyaAllah jika dizinkan Allah swt tak lama lagi akan bergelar peguam.

telinga capang, dahi luas dan jendul

tadika Sri Ukay Height,Ulu Klang
gambar semasa berhari raya di rumah PM (Tun Mahathir)
latest

Last but not least.....Happy Birthday dari mama, baba, your brothers n sisters.

25 comments:

Kakzakie said...

Happy 22nd birthday mimi....

Betul kak zai bila dah remaja lebih baik bagi duit utk dia pilih sendiri apa yg dia hendak dari beli hadiah belum tentu dia suka (walau dia tak kata)....

Cantiklah mimi...

MulutPayau said...

Selamat hari lahir utk Mimi....

p/s...sedapnya lamb kabsa tu...

Zaitun said...

Kakzakie

Terima kasih...cantik ke? kembanglah hidung orang tu nanti.

Itulah sebabnya kak Zai bagi cash aje.

Zaitun said...

MulutPayau

Terima kasih.

Banyak kedai arab kak Zai dah pergi tapi rasanya Saba is the best.

Nieda said...

KAk zai, anak sulung saya pun lahir pd tarikh yg sama dgn Mimi.

Zaitun said...

Nieda

Selamat hari jadi buat anak Nieda. Kalau dekat boleh sambut sama2 hehehe....

cikmanggis said...

happy bday buat anakanda mimi...semoga berjaya dlm apa jua yang di ceburi:)tahniah buat mama mimi...berjaya mendidik anak hingga ke menara gading:)Tumpang gembira.

Nieza said...

Happy birthday buat Mimi semoga menjadi anak yg solehah dan berjaya dunia dan akhirat ..insyaAllah.

sedap tgk menu makanan tu kak:)

Acik Erna said...

Happy Birthday mimi..semoga menjadi anak yang solehah dan menyenangkan hati ibu dan ayah..

Nida said...

Besar dan anak Kak Zai... selamat ulang tahun kelahiran ye Mimi.. moga terus dilimpahkan rezeki oleh Allah

azieazah said...

Mak saya pernah kata, orang dahi jendul/luas ni, orang bijak. Betullah tu agaknya.

Pic latest tu macam kat Bandung, Tangkuban Perahu jer? Sweet.

Selamat Ulangtahun Kelahiran MIMI, moga terus menjadi anak yang cemerlang!

Zaitun said...

cikmanggis

Salam cm...saya pun tumpang gembira tengok anak cm semuanya berjaya dan dah punya kerjaya yang membanggakan keluarga. Syukur dengan limpahan dariNya,kita sama2 mendoakan yang terbaik buat mereka.

Zaitun said...

Nieza

Amin...berkat doa Nieza.

Kak Zai memang suka makan nasi arab,sedap dan lembut.

Zaitun said...

Acik Erna

Sebagai ibu semua nak kan anak yang baik dan cemerlang dalam apa jua bidang kan.Terima kasih atas ucapan dan doa.

Zaitun said...

Nida

Bagi pihak Mimi....amin... terima kasih atas ucapan dan doa.

Semua anak kak Zai dah besar.Mimi anak ketiga,dua abang dan seorang adik.

Zaitun said...

azieazah

Orang dulu2 kan banyak peribahasa,mungkin secara kebetulan ada yang betul.

Ha'ah bulan oct lepas kak Zai sekeluarga bercuti ke Bandung.

Terima kasih ucapan dan doa azie.

sonata anak kancil said...

selamat hari lahir - semoga sentiasa beroleh kejayaan cemerlang

Pn Kartini said...

Salam Kak Zai:)

Happy Besday Buat Mimi..
Moga sentiasa dilindungiNya dan menjadi anak solehah yang akan membahagiakan kedua ibubapa...

Amin...:)

aNIe said...

Happy Birthday to Mimi... terliur tgk lamb kabsah tu...

sal said...

dengan rasa penuh kesyukuran mengucapkan Happy birthday untuk mimi..moga panjng umur,murah rezki,hidup dirahmati dan diberkati..

Kak zai, saya pun bercdng nak buat laser untuk mata anak,tapi takut ada kesan sampingan..

kak zai nanti bagitau kebaikan dan langkah2 pengawasan setelah menjalani rawatan tersebut yee.

Zaitun said...

sonata anak kancil

Amin...terima kasih.

Zaitun said...

Pn Kartini

Salam Tinie...amin... semoga doa Tinie di makbulkan dan terima kasih atas ucapan.

Zaitun said...

aNIe

Kak Zai suka makan nasi arab kat Restoren Saba berbanding kedai arab yang lain.

Terima kasih.

Zaitun said...

sal

Terima kasih atas ucapan dan doa.

Belum buat keputusan nak buat ke tidak sebab Mimi masih ragu2.Kak Zai cadangkan buat kat Prince court hospital sebab masa tengok rancangan ustazah pilihan hospital tu sponser buat mereka.

suri solehah said...

Selamat hari lahir utk mimi...seronok k.zai..ank sulung berjaya akn jd contoh utk adik2nya...psst..k.zai tak sabar nk dpt menwntu ke hehe