Sunday, December 26, 2010

Hadiah Paling Berharga.

Saya perlu disini...ya disini... di Rumah Anak Yatim Darussalam simpang Pulai, Ipoh. Ini adalah hadiah yang paling berharga buat saya dan saya amat bahagia bersama mereka.


apiq berbaju merah n umi bertudung biru

encik Musa yang berkaca mata.

 Semalam pagi2 lagi saya, hubby dan siadik meredah jalan raya untuk menemui anak2 yang amat memerlukan kasih sayang selain wang untuk dibuat perbelanjaan. kebetulan anak buah saya  Nazwan  nak ikut sama, dia menunggu kami di Tesco Extra Shah Alam. dah sampai kesitu lebih baik saya mencari barang yang boleh dimakan untuk di buat sebagai buah tangan. Setelah barang dimasukkan kedalam boot kereta kami menyusuri highway utara selatan.

Sampai ke tempat mereka kami disambut oleh anak2 yang comel dengan senyuman dan ada yang memanggil ayah Wan pada anak buah saya. Nazwan telah menjadikan  mereka anak angkat selama lebih 4 tahun . Semasa disana  kami dihidangkan air dan biskut  sambil berborak dengan pengusaha rumah kebajikan itu yang bernama encik Musa. Siadik seperti biasa lebih suka berborak dengan kakak2 dan adik2 yang seramai 45 orang semuanya.

Rumah anak yatim ini diusahakan oleh  encik musa bersama isterinya  yang mengidap penyakit  canser payu dara dan  beberapa orang pembantu. Kerja2 ringan seperti mengawasi adik2 akan dilakukan oleh kakak2 dan abang2 yang dah dewasa. Ada juga yang berumur dibawah 4 tahun yang masih perlukan  perhatian sepenuhnya.

Dekat 2 jam kami disana, setelah semuanya selesai kami minta diri untuk pulang, seorang demi seorang bersalaman dengan kami  dan saya tak melepaskan peluang untuk memeluk mereka seperti seorang ibu memeluk anak yang merindui pelukan ibu.


Buat apiq jangan nakal2 nanti mama belikan hadiah lagi dan buat umi dan nur fadhilah yang pakai baju hijau gambar pertama dan yang lain2  mama akan kesana lagi, insyaAllah.


p/s: Hanya sebahagian yang  bergambar dan saya terlupa nak ambik gambar tempat tinggal mereka.

22 comments:

cikmanggis said...

bagusnya zai!sebak baca n3 zai kali ini.Semoga rezeki Zai murah,sihat sejahtera selalu dan bahagia bersama suami dan anak anak tercinta.

Zaitun said...

cikmanggis

Kanak2 yang rindukan ibubapa siapa lagi kalau bukan kita yang membantu,itu pun hanya yang termampu.

Acik Erna said...

salam zaitun..seronok dapat bersama merekan..alhmadulillah..zai berkesempatan kesana..

ibuintan said...

tergambar keriangan dan kegembiraan di wajah mereka

semoga rezeki kak zai makin melimpah ruah untuk terus dapat dikongsi bersama mereka

aNIe said...

Kak zai.. satu usaha yang begitu murni... pasti anak2 itu begitu gembira menerima apa yang dibawa oleh kak Zai... biar pun sedikit tapi rasa syukur dan doa mereka pasti menggunung...

ckLah @xiiinam said...

Alhamdulillah....moga Allah merahmati yang perihatin dan pemurah.




ckLah pernah ke sini, bersama rombongan Kelab Warga Islam sekolah dulu...

Abdul Munir Sanusi said...

Serius, macam nak nak nangis. Ramai lagi anak muda buat tak endah ibu bapa mereka yang ada. Sayangilah mereka.

Hamizah said...

murninya amalan org yg sanggup jagakan anak2 yatim..

sal said...

Assalamualaikum kak Zaiton..
caring n loving....begitulah Kak Zaiton..moga Allah memberkati usaha dan keikhlasan yg tercurah..Ameen..

Pn Kartini said...

Salam Kak Zai:)

MOga akak dirahmatiNya selalu dan sihat2 di sana:)
dan MOga segala kebaikan akak ..akan diberkatiNYa....:):)

Mesti rasa sayu kan bila tgk wajah anak2 di sana..

cikceriacorner said...

salam akak..
alhamdulila..kerana masih ada yang sayang..
sayu kan akak..moga akak dan keluarga dikurniakan rejeki yg melimpah..:)

Zaitun said...

kak Erna

W'salam...Memang rasa seronok bersama mereka.Anak yang perlukan kasih sayang.

Zaitun said...

ibuintan

Mudah2an...kalau ada sedikit kita sikit sorang yang penting mereka bahagia.

Zaitun said...

aNIe

Tak banyak sumbangan yang kak Zai berikan cuma kak Zai nak mereka tahu ada ramai diluar sana yang prihatin terhadap mereka.

Zaitun said...

ckLah@xiiinam

Semoga ramai lagi yang memberi sumbangan bukan saja wang ringgit tapi prihatin dan kasih sayang.

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi

Janganlah nangis.

Bila dah balik nanti selalulah berkunjung ketempat mereka,tentu mereka jadikan abang Munir idola.Ada yang nak jadi doktor.

Zaitun said...

Hamizah

Kak Zai cuma berikan kasih sayang sumbangan tak seberapa pun.

Zaitun said...

sal

W'salam... taklah sangat cuma kak Zai sedih bila tengok anak2 yang tak ada ibubapa dah tu susah pula.

Zaitun said...

Pn Kartini

W'salam Tinie

Amin...memang sayu...ada yang dah lama tak jumpa mak,bila kita datang mereka akan keliling dekat kita.

Zaitun said...

cikceriacorner

W'salam...harapan semoga ramai lagi yang berkunjung kesana.

Mudah2an.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Mesti riang gembira budak2 tu..

sebaris rumah saya pun ada rumah anak yatim.


Bila dekat nak raya, memang ramai yang datang.

PINATBATE said...

SAYU RASA HATI