Wednesday, December 08, 2010

Alhamdulillah...Dah Selesai.



 




Hari Jumaat saya  ke kuala Berang,Terengganu untuk majlis perkahwinan anak buah hubby. Kami pergi  5 buah kereta, tinggal di homestay yang telah di sediakan pihak pengantin perempuan. Rumah kampung tapi cukup selesa, bilik pula besar2 dan yang paling bestnya saya dapat master room lengkap dengan perabot. Hanya saya dan hubby aje yang veteren termasuk seorang lagi mak mertua anak buah yang lain semua muda2 belaka. Kedua ibubapa pengantin lelaki dah meninggal dunia.

Sampai dah petang pergi minum di kedai yang berhampiran, selepas tu terus ke tempat penginapan, mandi manda rehat sekejap. Saya, hubby dan siadik minta diri untuk ke Kuala Trengganu yang lain semua tak nak pergi, kepenatan. Nak ke Pasar Payang tapi dah tutup akhirnya kami ke Mydin. Kami makan malam di food court, malas nak mencari tempat makan yang lain sebab hujan. Dah makan kami ke Giant mencuci mata macamlah Mydin dan Giant tak ada di KL. Lepas tu balik ke penginapan, tidur sebab dah penat.

Pagi sabtu minum kat kedai, lepas bersiap nak ke Masjid pula untuk majlis pernikahan. Nikah paling sempoi yang pernah saya hadiri, juru nikah tak banyak songeh sekejap aje dah selesai. Saya rasa di Pantai timur adatnya memang mudah sebab masa bertunang dulu pun tak banyak perkara yang dibincangkan, semuanya diserahkan pada kedua pengantin, mak dan ayah perempuan ikut saja apa yang dipersetujui anak dan bakal menantu, mudah sangat.

Habis nikah kami balik semula ke penginapan bersiap untuk kemajlis bersanding pula. Yang sedihnya hujan sepanjang hari membuatkan kami tak dapat di iringi dengan paluan kompang dan sebagainya. Hantaran pun di bawa kemudian setelah selesai bersanding. Selepas bersanding, makan beradap dan selepas itu sesi bergambar. Ada satu menu membuat saya tertarik, sambal belacan diisi dalam buah labu, comel sangat. Habis makan pengantin tukar pakaian barat untuk majlis potong kek tapi masa ni saya dah tak ada sebab kami ke........bersambung.

14 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak Zai,

Seronoknya kenduri kahwin di kawasan kampung.Meriahnya lain dari yang di bandar.

ibuintan said...

tahniah kpd pasangan pengantin.. semoga kekal ke akhir hayat

cikmanggis said...

kat pantai timur mmg sempoi majlis akad.Tok kadi tak banyak soal.Buat yg wajib je.Cm suka sangat camtu...eh zai berkenan kita kat sambal belacan tu..boleh tiru idea tu hehe

Zaitun said...

azrinao307

W'salam...memang meriah sampai tumbang 3 ekor lembu tapi diaorang tak pasang banya khemah.

Zaitun said...

ibuintan

Terima kasih.Amin

Zaitun said...

cikmanggis

Ha'ah mudah sangat tak macam setengah tempat tu macam2 suruh baca,panjang lebar pula tu.

Itu yang istimewa makan beradap ada sambal belacan tak pernah jumpa lagi.

kak wan said...

Kak Zai..
Wah.. jauh kakZai..pergi khenduri sampai ke Kuala Berang ..

Bibu said...

salam kk Zai,

bln 12 leh le kita tgk kakak sepupu bersanding.tak sabo.ujung thn gamai yg tawen2 ya..hihihi..n dah lama tak pekena mkn nasi myk..nak melantak byk2..kalo leh isi lam perut ni...

Zaitun said...

kak Wan

Anak buah sangkut dengan orang sana,mak dan ayahnya dah tak ada kita lah jadi pengganti.

Zaitun said...

anie,Nagoya

W'salam...cuti sekolah memang time tawin2 senang keluarga nak datang.

Nasi minyak tak larat makan banyak terlalu spicy.

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

ohhh...dah sampai Kuala Berang, nape tak singgah rumah di Kemaman.

Selamat pengantin baru, semoga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa

Zaitun said...

Ibu Sayang

W'salam...pergi 2 hari aje lepas tu hubby buat plan lain.InsyaAllah lain kali kak Zai datang ya.

Terima kasih.Amin.

Pn Kartini said...

Salam my lovely Kak Zai..:)

moga pengantin bahagia ke anak cucu..:)

Sempat pergi pasar payang tak sis?:):)

Acik Erna said...

salam zaitun..saya percaya tu..masa anak sedara kahwin diterengganu dulu pun..mudah aje..sekejap aje dan sah,.