Thursday, December 09, 2010

Hajat... Dah Sampai

Dah lama berhajat nak kesini,  banyak restoran Arab dah pergi tapi terpikat dengan bangunan yang ala2 di negara Arab. Restorannya terletak di Kg Pandan, Kuala Lumpur. Hiasan dalamannya biasa2 aje cuma pintu masuk diletakkan mangkuk besar, set hidangan air dan shisha.

Untuk peringatan pada yang belum pergi, kalau bawa anak yang kurang nak makan boleh kongsi, portion besar.


bendera negara (abaikan kanak2 itu)




lamb mandy
 
chicken kabsa
chicken mandy
mansaf al-rawsha
 
salad
mint tea


 
pelbagai rasa ice - cream

 
next.. restaurant pak arab mana pulak ey..

21 comments:

azieazah said...

Wahhh dah masuk mencuba di Al Rawsha yer. Itu cawangan terbaru tu. Baru saja dibuka (baru tak baru dah lebih 2,3 bulan kot).

Saya pernah masuk makan di cawangan yang Jln Aman, Ampang (belakang Yow Chuan) tu.

Yup ayam sangat lembutttt... Air lemonad Barbican tu pun saya rasa gak. Cuma Shisha jer tak berani. hehehe

Lawo sungguh deko dalamnya ya. Nanti nak pinjam gambar yaaaa...

azieazah said...

Lupa sesuatu.... Restoren ni cuma 5 minit perjalan dari rumah saya...:)

kak wan said...

Hmm...terliur.., tentu beratus bayarnya ,kan kakzai..,

anie,Nagoya said...

bgus perkenalkan restoran.blek nnt boleh ambil dari senarai list, tuk kunjung..hihihi...lam gmbo kk Zai yg baju putih ke?atau gmbo yg last?...hihihi..nak konal

Hamizah said...

sayang nak makan..cantik sgt hidangannya..

Abdul Munir Sanusi said...

Meh sini datang Jordan auntir sementara saya ada sini. saya boleh bawa memang special makanan Arab. Mandi Damsyiq, Kabsah Saudi, Mansaf Jordan, Maqlubah Palestin. Hak hak hak.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kak Zai,


big portion tu kak !kalau saya tak habis tu...


Lama tak makan arabian punya makanan...

kak Erna said...

salam zai..nampak sangat menyelerakan semua menunya tu..
tapi..sebab terletaknya dikl..tah bila lah boleh merasa..

fa10 said...

wow.. best ni, sy x pernah lg erasa mknn arab. smbl mkn blh feeling2 duk negara arab dan posing2 ni...

Pn Kartini said...

salam my dear kak Zai..:)

Untung juga makan di restoren pak Arab ni kan...makanan leh kongsi..banyakk..heheh..

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,


Org jauh ni telan air liur jelah... kih..kih..kih

Zaitun said...

azieazah

Azie pun dah rasa ya...kak Zai makan tak habis banyak sangat.

Ada satu lagi restoren arab kalau tak silap belah Ampang yang ni ada beefsteak tapi kak Zai lupa nama restoren tu,rasa nak cuba lain kali.


Kalau gitu boleh pergi hari2 hehehe...

Zaitun said...

kak wan

Sesekali nak rasa lain dari yang lain terpaksalah keluar duit lebih sikit.

Zaitun said...

anie,Nagoya

Nanti kalau anie balik M'sia boleh pergi banyak restoren yang menghidangkan berbagai2 makanan.

Gambar yang dibawah tu sayang,dah tua kak Zai ni hehehe...

Zaitun said...

Hamizah

Hiasannya yang membuat kita terpikat,cantik sangat.

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi

Kalaulah autie boleh terbang kesana pastinya auntie nak makan segala jenis menu yang Munir senaraikan.

Apa kata dimajlis besar Munir nanti import chef dari sana,bolehlah auntie rasa walaupun tak diJordan hehehe...

Zaitun said...

azrina0307

Ha'ah memang tak habis,nasinya banyak.

Reen bolehlah mencuba lepas tu pergi pula dekat restoren saba'.

Zaitun said...

kak Erna

W'salam...sesekali turunlah Kl bukannya jauh sangat,banyak restoren pak Arab disini boleh pilih yang mana nak makan.

Zaitun said...

fa10

Balik nanti bolehlah mencuba,makanannya tak berminyak, ayam dan daging pun lembut.

Memang feeling sebab diorang pasang lagu arab.

Zaitun said...

Pn Kartini

Itu yang untungnya boleh kongsi,memang banyak.

Boleh juga order nasi satu mangkuk kemudian minta pinggan kosong.Kak Zai nak rasa nasi yang berbagai2, itu yang order satu sorang.

Zaitun said...

Ibu Sayang

W'salam...mehlah turun Kl pilih restoren mana,nanti kita serbu.