Tuesday, December 14, 2010

Sekali lagi....utara pula

Hari Jumaat menghantar anak buah saya ke Tanjung Tualang Perak, nikah dimasjid lepas tu menjamu selera di rumah pengantin perempuan. Rumahnya terletak dalam kampung, masih banyak rumah2 papan peninggalan orang tua. Anak dan anak buah rasa seronok sebab banyak pokok buah2an dan juga ayam, itik dan angsa berkeliaran yang jarang mereka temui. Masa di masjid 2 pengantin nikah serentak yang satu pengantin tak tahu dari mana, mulanya rasa kurang senang sebab selepas ijab kabul 2 pasangan didudukkan sekali untuk mendengar kutbah nikah, masjid pula terlalu ramai disebabkan 2 keluarga hadir sekali. Kerja mudah bagi juru nikah tapi upah menikahkan tak kurang, no sharing among pengantin...(maaf )...

Hari Sabtu sekali lagi hantar pengantin untuk bersanding, majlisnya meriah kami di layan begitu baik sekali. Lepas makan kami kerumah pengantin lelaki di Kemunting. Majlis berlangsung hari Ahad dan disini adik memasak cara bergotong royong sebab penduduknya ramai bekas tentera, seronok juga riuh rendah sepanjang majlis berlangsung. Dirumah adik tak ada bersanding cuma makan2 saja.

Tak banyak masa nak tangkap gambar sebab jadi orang kuat hehehe.....



 gadis bunga.....telur

Masa nak balik ke Kl sempat singgah kat kedai Bismillah cendul Taiping, dari sumber yang saya tahu cendul ni terkenal tapi masa saya makan tak lah berapa sedap sebab terasa pahit mungkin air gula terlebih masak dan pulutnya pula berkerak.





Kisah bersambung n3 alhamdulillah  masih belum dipamerkankan....tungguuuu......

10 comments:

Bibu said...

nak bersanding lagi le...semeatinya gan hubby..ms naik pelamin..amattttt..malu rimau...huhuhu

Pn Kartini said...

salam my dear sis..
Aduhaii....sana sini akak pergi ya..timur dan utaranya lakk nii...:)
Yang pasti bila dah jadi 'org kuat' majlis memang camtu kan..:):)

Moga akak sihat2 di sana:)

kak wan said...

Kak Zai banyak ikut belah pengantin lelaki ye.
Seronok ye pegi majlis Kahwin ni...

AuntieYan said...

Salam Zai,

Selalunya, kalau kenduri puak kita, kitalah yang sibuknya, nasib baik dapat juga mengambil foto sebagai kenangan.
Kenduri kendara di kampung memang seronok dan meriah, apa lagi bila dapat bertemu sanak saudara :-)

Zaitun said...

anie,Nagoya

Masa nak ambik gambar kak Zai dan hubby duduklah atas pelamin macam bersanding juga,malu sangat sebab sanak saudara gelak2 kan.

Zaitun said...

Pn Kartini

W'salam...Ha'ah belum hilang penat masa pergi ke Terengganu dah ke perak pula.

Terasa juga macam kurang sihat sebab terlalu letih agaknya.

Zaitun said...

kak wan

Kedua2 anak buah lelaki.Seronok tapi bila dah balik terasa penat sangat.

Zaitun said...

Auntie Yan

W'salam...Pengantin belah hubby anak yatim piatu itu sebabnya kami jadi orang kuat.

Masa kenduri dapat jumpa tapi tak dapat sembang lama2.

Abdul Munir Sanusi said...

Auntie, gadis berbunga yang bertudung still single lagi ke? keh keh keh

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi

Mana boleh bercouple2 masih dibawah umur hehehe....