Wednesday, December 15, 2010

cicir...

Malam tadi hubby cal dari hotel tapi bukan di Kucing, saya kehairanan kenapa masih di semenanjung sedangkan flight yang dia naik sepatutnya  pukul 10 malam. Dia kata tak tau macamana boleh tertinggal kapal terbang. Tiket tak boleh return kena beli tiket lain mahal pula dari harga yang dah ditempah. Hubby dan 2 orang kawannya nak melawat tapak projek di Kem Tentera Kucing. Nak tak nak terpaksalah beli tiket lain. Pukul 9.30 pagi tadi hubby cal kata dah landed, alhamdulillah.


Nak tergelak bila saya ceritakan pada adik, dah berpuluh kali naik kapal terbang macamana boleh tertinggal tak kan tak dengar orang buat announcement. Ini mesti kes tertidur tapi takkan 3 orang pun tidur. Saya belum dapat cerita yang jelas sebab pagi tadi dah nak ke tapak projek.

23 comments:

Abdul Munir Sanusi said...

Kalau 'ralik' sangat bersembang pun boleh tak dengar annoucement Auntie. Lagi isu disembang pasal politik. Ini mmg trend orang lelaki.

Itu pasal orang laki steady duduk kedai kopi sampai 3-4 jam.

mamawana said...

Ya laa...kadang ralik sngat bersembang sampai tak sedar waktu berlalu dan ketinggalan...Kalu mama dah nangis dah tuu...

kakpah said...

haha.. tertinggal kapalterbang.. sah2 tertidur tu.

cikmanggis said...

hehehe tertinggal kapalterbang:p.Suami cm dulu tertinggal kapalterbang sebab salah baca jam:)

ckLah@xiiinam said...

...kesiannya!

aNIe said...

Hehehe...kalau jarang naik kapalterbang tu boleh lah dimaafkan ye kak...hehehe

kak wan said...

Saya pernah tertinggal kapalterbang sbb sampai lambat kat Airport tapi nasib baik open tiket naik yg kemudiannya.
Kenangan berbelas tahun dulu masa kat subang lagi. Sekarang dah tau atleast kena sampai satu jam lebih awal.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Berborak sakan kot kak.. sampai boleh terlepas flight.

sal said...

salam ziarah..cian..de hikmah tertinggal flight

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi

Betul juga kata Munir tu syok bersembang sampai tak sedar alam sekeliling.

Zaitun said...

mamawana

Bukan nangis sebab tertinggal tapi duit yang melayang.

Zaitun said...

kakpah

Mungkin juga tapi yang hairannya 3 orang.

Zaitun said...

cikmanggis

Tergelak kan... macam tak pernah naik kapal terbang.

Zaitun said...

ckLah@xiiinam

Dah nasib...mungkin ada hikmahnya.

Zaitun said...

aNIe

Tu lah sebabnya dalam setahun entah berapa kali nasib baik dalam negara kalau dibuatnya luar negara kan ke parah.

Zaitun said...

kak wan

Sepatutnya memang kalau naik kapal terbang kita digalakkan datang awal,masaalah hubby kak Zai ni dah ada kat dalam bangunan tu.

Zaitun said...

azrina0307

Mungkinlah kot sampai tak sedar diri.

Zaitun said...

sal

Salam...terima kasih sudi singgah.
Mungkin juga,hanya Dia yang mengetahui.

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Mungkin kes x perasan masa pengumuman dibuat, pengajaran buat kita semua.

cikceriacorner said...

salam ziarah akak:)
hahahah..sy paling takut tertinggal flight..hehheh

Zaitun said...

Ibu Sayang

W'salam...mungkinlah kot tengah khayal,mesti selalu berwaspada.

Zaitun said...

cikceriacorner

W'salam...terima kasih sudi singgah.
Kak Zai pun takut kalau tertinggal kapal terbang bukan macam naik bas kalau tertinggal boleh kita kejar.

anie,Nagoya said...

hahahaha....kita penh le terkjar masa ke KLIA....kelajuan kete jgn ckp le....kalo tak senpat break...memang mati katak.tapi alhamdullillah..selamat.smpi terus check in...n g kat gate terus masuk kapal.lega....