Saya perlu disini...ya disini... di Rumah Anak Yatim Darussalam simpang Pulai, Ipoh. Ini adalah hadiah yang paling berharga buat saya dan saya amat bahagia bersama mereka.
apiq berbaju merah n umi bertudung biru
encik Musa yang berkaca mata.
Sampai ke tempat mereka kami disambut oleh anak2 yang comel dengan senyuman dan ada yang memanggil ayah Wan pada anak buah saya. Nazwan telah menjadikan mereka anak angkat selama lebih 4 tahun . Semasa disana kami dihidangkan air dan biskut sambil berborak dengan pengusaha rumah kebajikan itu yang bernama encik Musa. Siadik seperti biasa lebih suka berborak dengan kakak2 dan adik2 yang seramai 45 orang semuanya.
Rumah anak yatim ini diusahakan oleh encik musa bersama isterinya yang mengidap penyakit canser payu dara dan beberapa orang pembantu. Kerja2 ringan seperti mengawasi adik2 akan dilakukan oleh kakak2 dan abang2 yang dah dewasa. Ada juga yang berumur dibawah 4 tahun yang masih perlukan perhatian sepenuhnya.
Dekat 2 jam kami disana, setelah semuanya selesai kami minta diri untuk pulang, seorang demi seorang bersalaman dengan kami dan saya tak melepaskan peluang untuk memeluk mereka seperti seorang ibu memeluk anak yang merindui pelukan ibu.
Buat apiq jangan nakal2 nanti mama belikan hadiah lagi dan buat umi dan nur fadhilah yang pakai baju hijau gambar pertama dan yang lain2 mama akan kesana lagi, insyaAllah.
p/s: Hanya sebahagian yang bergambar dan saya terlupa nak ambik gambar tempat tinggal mereka.
22 comments:
bagusnya zai!sebak baca n3 zai kali ini.Semoga rezeki Zai murah,sihat sejahtera selalu dan bahagia bersama suami dan anak anak tercinta.
cikmanggis
Kanak2 yang rindukan ibubapa siapa lagi kalau bukan kita yang membantu,itu pun hanya yang termampu.
salam zaitun..seronok dapat bersama merekan..alhmadulillah..zai berkesempatan kesana..
tergambar keriangan dan kegembiraan di wajah mereka
semoga rezeki kak zai makin melimpah ruah untuk terus dapat dikongsi bersama mereka
Kak zai.. satu usaha yang begitu murni... pasti anak2 itu begitu gembira menerima apa yang dibawa oleh kak Zai... biar pun sedikit tapi rasa syukur dan doa mereka pasti menggunung...
Alhamdulillah....moga Allah merahmati yang perihatin dan pemurah.
ckLah pernah ke sini, bersama rombongan Kelab Warga Islam sekolah dulu...
Serius, macam nak nak nangis. Ramai lagi anak muda buat tak endah ibu bapa mereka yang ada. Sayangilah mereka.
murninya amalan org yg sanggup jagakan anak2 yatim..
Assalamualaikum kak Zaiton..
caring n loving....begitulah Kak Zaiton..moga Allah memberkati usaha dan keikhlasan yg tercurah..Ameen..
Salam Kak Zai:)
MOga akak dirahmatiNya selalu dan sihat2 di sana:)
dan MOga segala kebaikan akak ..akan diberkatiNYa....:):)
Mesti rasa sayu kan bila tgk wajah anak2 di sana..
salam akak..
alhamdulila..kerana masih ada yang sayang..
sayu kan akak..moga akak dan keluarga dikurniakan rejeki yg melimpah..:)
kak Erna
W'salam...Memang rasa seronok bersama mereka.Anak yang perlukan kasih sayang.
ibuintan
Mudah2an...kalau ada sedikit kita sikit sorang yang penting mereka bahagia.
aNIe
Tak banyak sumbangan yang kak Zai berikan cuma kak Zai nak mereka tahu ada ramai diluar sana yang prihatin terhadap mereka.
ckLah@xiiinam
Semoga ramai lagi yang memberi sumbangan bukan saja wang ringgit tapi prihatin dan kasih sayang.
Abdul Munir Sanusi
Janganlah nangis.
Bila dah balik nanti selalulah berkunjung ketempat mereka,tentu mereka jadikan abang Munir idola.Ada yang nak jadi doktor.
Hamizah
Kak Zai cuma berikan kasih sayang sumbangan tak seberapa pun.
sal
W'salam... taklah sangat cuma kak Zai sedih bila tengok anak2 yang tak ada ibubapa dah tu susah pula.
Pn Kartini
W'salam Tinie
Amin...memang sayu...ada yang dah lama tak jumpa mak,bila kita datang mereka akan keliling dekat kita.
cikceriacorner
W'salam...harapan semoga ramai lagi yang berkunjung kesana.
Mudah2an.
Mesti riang gembira budak2 tu..
sebaris rumah saya pun ada rumah anak yatim.
Bila dekat nak raya, memang ramai yang datang.
SAYU RASA HATI
Post a Comment