Wednesday, April 20, 2016

Pokok Ciku n Langsuir

Assalamualaikum...





Semalam saya petik buah ciku yang pokoknya ada dikawasan rumah. Sudah banyak kali berbuah. Minggu lepas saya petik buahnya lagi banyak. Buahnya sangat manis tapi tak berapa besar. Nak makan buah ciku ni kita tepaksa bersihkan dulu serebuk yang ada dekat kulitnya. Lepas tu disimpan beberapa hari baru boleh dimakan. Kalau nak cepat masak gunakan karbait satu atau dua hari sudah masak semua.

Pokok ciku saya ada cerita disebaliknya. Pokok pertama tanam jiran yang bertentangan dengan rumah saya suruh buang. Konon katanya tempat hantu langsuir bergayut. Tanam pokok puding begitu juga hanya sesuai ditanam ditanah perkuburan. Walhal masa kat kampong rumah keluarga saya pokok puding dijadikan pagar. Berpuloh tahun kami tinggal tak pernah jumpa apa2 yang menakutkan.

Jiran yang kita anggap sahabat terdekat apa yang dia suruh kita ikut. Setiap kali saya menanam apa2 pokok ada2 saja alasan. Rumah saya corner lot adalah sedikit lebihan tanah. Lama kelamaan saya jemu dengan kerenah dia saya pun tanam semula pokok ciku. Sudah bertahun pokok ciku tu belum pernah saya terjumpa dengan apa2 mahluk asing walaupun saya lalu tengah malam. Mungkin sesetengah orang ada kepercayaan tertentu. Harap2 jangan sampai mengamalkan kurafat.





12 comments:

Kakzakie Purvit said...

Oh...ada yg percaya macam itu ye KakZai. Kakak baru tahu sebab rumah kakak di kampung memang ada pokok ciku dan pokok bunga puding. Rumah kakak duduk sekarang ni pun tanam pokok puding sebab kakak suka warna daunnya yg berwarna-warni. Alhamdulillah tak ada apalah..

Petua keluarga kakak kalau nak ciku cepat masak, lepas petik dan bersihkan luar kulitnya yg berhabuk tu kemudian masuk dalam beras KakZai.

OKje said...

Macam telur pindanglah pulak Kak Zai....
Hidup berjiran gitulah Kak Zai ada masa kena jugak dengar cakap dia huhu...Nasiblah jiran saya sebelah cina duda, sebelah melayu tp nak balik sebulan sekali pun payah....legaaaa....

Ana Jingga said...

sedapnya kak zai buah ciku yang masak ranum ni, peram dalam bekas beras kakzai, cepat masak. ermm abaikanlah jiran yang berfikiran macam tu.

Qhaifa Nur said...

ada jiran kat umah pokok cikunya sentiasa berbuah tp tak sedap bila masak...jd kelat
skrg ni pun beli buah ciku pun mahal...untung kita tanam sendiri kan...
ada juga org mcm gitu..

babYpose said...

Dah lama tak makan buah ciku ni, sedapkan sejuk ja tekak menelannya.. untung tanam sendiri, berbanyak membaca ayat surah untuk apa pun kan..

saniahibrahim said...

Saya pun suka buah ciku kak zai tapi suami tak makan .Petua dari arwah mk saya pun masukkan dlm bekas beras utk cepat masak.
Di halaman rumah saya pun sejak saya kawen dah ada pokok2 puding takde lah pernah jumpa makhluk2 ghaib....kalau org gian dadah ada lah pernah numpang berteduh.

Malinda said...

mengarut je...hantu di pokok2 yg dia dok risau padahal syaitan yg kat belakang telinga tidak pulak dia kisah...saya dan buah ciku ada kenangan manis...time saya mengandung buat kali pertama saya mengidam nak makan buah ciku...sana sini pi cari tapi manjang takde rezeki...akhirnya arwah abang sulung saya yg dapatkan untuk saya... :')

makchaq said...

Makchaq peminat buah ciku.. susah nak dapat la ni... best la kakZai ada pokok sendiri.. yang jual tu kadang2 beli ok..kadang2 x sedap...

Cahaya said...

sedapnya ciku tu kak...! dulu ada pokok ciku belakang rumah dikampung... tapi sebab dah tua dan dah tak ada buah akhirnya di tebang.... kecik-kecil dulu memang selalulah dapat makan ciku... bab hantu jin kat pokok malas nak fikir.. saya pernah menghadiri seminar seorang prof dr fakulti metafizik london yang mengkaji kaitan gelombang pokok dengan kesihatan manusia... didapati pokok-pokok yang mengeluarkan bunga wangi disiang hari menyebarkan paling banyak ion-ion negetif dan menangkis radiasi sekeliling (ion +ve). terutamanya pokok mawar putih dan kemboja putih. justeru pokok-pokok ini sangat sesuai dijadikan terapi... manakala pokok pisang paling kurang mengeluarkan ion -ve.. lagi baik kaji ion kat pokok dari kaji hantu kat pokok kan kak...

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

peberet sangat buah ciku ni. Tapi susah betui nak dapat kt sini... kalau beli yg potong2, ada yg bonyek... Tanam sendirik jugak untung...=)

Normala Saad said...

suka makan buah ciku kampung...kupas kulit letak dlm peti ais pastu baru makan..wah..mmm..sedap! tapi tak pernah dengar pula pasal mahluk tu suka bertenggek. Kebanyakkan org kampung dulu2 semua tanam keliling rumah kan..Yang pokok pudin tu ada dengar juga. Ingat satu masa tu tuan rumah saya tebang habis pokok pudin dilamannya selepas dinasihatkan berbuat demikian. Saya ckp kat dia kat kampung saya dulu2 semua org tanam pokok pudin keliling rumah tak ada apa2 pun...

Mummydearie said...

Oh, macam tu pulak! Saya tak tahu pun ada langsuir suka bersidai kat pokok ciku ^_^ Kepercayaan sesetengah orangkan, kak!

Saya pulak kalau beli ciku masuk dalam tong beras supaya cepat masak. Selalu dengar emak kata macam tu. Saya tak tanyalah apa sebab mahu ikut aje apa emak kata!