Monday, April 18, 2016

Ole ole dan Sarang Tempua.

Assalamualaikum...

Kalau pergi Melaka mesti ramai yang beli benda2 ini sebagai ole ole kan. Sayalah tu suka beli belacan, cincalok, gula melaka, kerepek dan macam2 lagi. Seronok bila bagi pada jiran dan kawan2. Kadang2 kalau tahu saya nak pergi siap berpesan lagi.


Kali ini saya terjumpa sarang burung tempua disalah satu bazar yang berhadapan dengan Muzium Samudera. Dulu ada banyak kat rumah saya beli kat Sungai Buloh. Saya gantung dekat poarch. Bila dah lama saya buang sebab dah jadi hitam.


Masa beli kat Sungai Buloh dulu harga dia RM10 sahaja tapi itu dah lama. Sekarang RM25 satu. Puas saya tawar akhirnya dapatlah rm30 untuk dua biji. Sarang tepua ni ada 2 jenis satu tempat burung tu bertenggek dan yg satu lagi satu lubang yang agak dalam. Yg itu pulak tempat burung betina tempua bertelur. Saya dapat yang ada satu lubang aje.

Mimi marah saya beli katanya menggalakkan lagi orang mengambil dan menjual. Kesian burung tu penat2 membuat sarang orang jadikan pendapatan dengan mudah. Kalau fikir memang betul tapi dah minat lupa segala2nya.





14 comments:

Nooriah Abdullah said...

belacan melaka sedap kakzai putih je tak macam belacan disini agak hitam
pendekata memang sedapp ole2 apa saja pun kalau time lapar ya dak

saniah ibrahim said...

Kat melaka memang sinonim.dgn cincaluk dan belacan kan kak zai...selalu kalau pergi sendiri atau jiran2 pergi pasti dibeli.
Saya pun dulu ada sarang tempua tu kak zai...suami cari sendiri kat kebun tapi skg ni dh takde.Mimi tu memang sorang yang prihatin kan kak zai...kalau tak silap satu masa dulu dah tak diberi kebenaran ambil sarang burung tempua ni .Tapi memang cantek dan unik kan kak zai sarang burung ni.

hainom OKje said...

Paling best belacanlah Kak Zai....sedap buat sambal tumis tu.
Hihi...kalau dah minat 2, Rm50 pun rasanya sanggup beli tu...

hainom OKje said...

Paling best belacanlah Kak Zai....sedap buat sambal tumis tu.
Hihi...kalau dah minat 2, Rm50 pun rasanya sanggup beli tu...

babYpose said...

Lama tak ke melaka, cencaluk suka, laa rak jumpa hehe...bagus kzai bagi kepada jiran ole ole. Sarang burung unikkan.

Acik Erna said...

kalau saya pulak suka beli renggenang ke nama nya kuih tu zai..kita goreng duu baru boleh makan

Normala Saad said...

Seronok tengok sarang tempua tu...ingat masa kecil2 dulu...kutip sarang burung tempua yang jatuh..nak ambil kan tinggi..selalu dia buat sarang kat pokok besar2..

Ummi Khalif said...

1st tengok la sarang tempua tu. Mak aihh jakunnya sy ne. 😂😂😂

Malinda said...

kalau dah sampai melaka tapi tak beli belacan,cencalok dan ranginang memang tak lengkap rasenye kan kak...dulu penah ada sarang burung camni atas pokok mata kucing saya...tapi tak penah pulak nampak burung nye keluar masuk..

paridah said...

wah banyak beli ole2 dari melaka ya zai...kak kalau kesana minat juga beli semua tu. jalan lebuhraya karak hala ke kampung kak mmg ada kak tengok banyak tergantung sarang tempua ni di pokok pokok tinggi.

Sweetie said...

Apa lagi ole-ole kalau ke Melaka... dah tentu belacan dan cencaluk. Itu jugak yang saya beli masa ke Melaka beberapa minggu sudah. Tapi saya tak jumpa pulak sarang burung tempua tu... kalau jumpa beli jugak... mcm kata kak zai... dah minat.

Nieda ramly said...

kalau ke melaka memang banyak ole2 boleh dibeli ...sepanjang jalan. begitu juga kalau ke terengganu dan kelantan, boleh penuh kereta di buatnya

kakyon said...

di melaka belacan lah paling best. guna udang geragau pastu home made pulak. terjaga kebersihannya..

Byte Jannate said...

melaka...cencalok...ole-ole wajib saya kalau pergi ke sana....