Wednesday, April 13, 2016

Gambar X- ray sebagai Souveniour

Assalamualaikum...

Terima kasih buat hainom okje yang bertanyakan tentang kesihatan ayah saya dan juga rakan2 blogger yang mendoakan. Alhamdulillah berkat doa kalian ayah saya sudah sihat dan dia dalam keadaan baik2 saja.

Hari Ahad lepas Mimi ke Krabi, Thailand holiday bersama seorang sahabat karibnya. Katanya dia nak berehat beberapa hari setelah penat bekerja. Saya mencadangkan pergi dalam negara tapi dia memilih luar negara yang berdekatan. Kalau tunggu holiday kita hujung tahun lama lagi katanya.

Masa balik adik kawan dia yang jemput di KLIA. Sampai rumah saya bukakan pintu tapi tengok lain macam aje. Muka tak ceria kaki seluar pendek sebelah tangan heret beg manakala sebelah lagi pegang envelope besar. Baru saya nak buka mulut dia jawab nanti masuk baru cerita. Disebabkan rasa lain dan tak sedap hati sampai lupa nak cium macam biasa.



Bila masuk dia pun ceritalah dari A sampai Z. Ya Allah pergi holiday seronok2 tapi lain jadinya. Pertama kali keluar negara tanpa ibubapa dan ada benda2 larangan mahu dicuba. Seumur hidup tak pernah pegang motor jauh sekali naik motor. Konon mahu mencuba tersilap percaturan inilah jadinya.





Holiday termasuk duduk dalam ambulance baring atas stretcher dikelilingi para doktor dan duduk atas wheelchair. Alhamdulillah tidak ada yang patah cuma luka2 dan bengkak sana sini.






14 comments:

Husna Rahman said...

ya allh beraninya...dahla kt ngara org...
btw, moga cpt sembuh..

babYpose said...

YaAllah tuhan bagi pengalaman lain pula ye. Syukur dah selamat sampai dan keadaan baik. Moga cepat sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah untuk ayah KZai.

Nieda ramly said...

pengalaman berharga

Nooriah Abdullah said...

kesian nya kat Mimi kakzai, apa nak buat semua nya qada dan qada' Allah
mudahan cepat baik kakinya tu
Nasib tkde apa2 yg membimbangkn

paridah said...

Pengalaman mahal tu..moga cpt sembuh kecederaannya..apa nak kata malang ni walau kita berusaha mengelaknya kalau hendak jadi akan terjadi juga xkira dimana.

azieazah said...

Innalillahh..

tak mengapalah tidak parah tu. Semoga menjadi iktibar buat anak muda remaja berdarah panas. hehehe

Apa khabar Kak ZAI? Semoga sihat dan adik pulih segera.....

hainom OKje said...

Alhamdulilah..... Lega bila dengar cite ayah Kak Zai dah sembuh.
Alahai kesiannya....lain pulak jadinya ye....
Dah nak terkena nak buat macam mana ye Kak Zai...Redho ajelah....
Boleh bteringin bawak motor pulak tu...

Normala Saad said...

Seronok nak mencuba. Biasalah selalu teruja kalau pergi tempat orang tapi alhamdulillah masih Ok walau cedera..

Iman Lukman NulHakim said...

Mbak kakinya itu knp ?

NEKCIK said...

Itulah Zai..depa ni muda muda mmg adventurous...ialah jiwa remaja..tapi ada jugak kebaikannya..building up confidence depa

NEKCIK said...

Itulah Zai..depa ni muda muda mmg adventurous...ialah jiwa remaja..tapi ada jugak kebaikannya..building up confidence depa

Acik Erna said...

mak mana yang tak risau kan zai.semoga mimi pulih sepenuhnya

babYpose said...

Dah masuk sini salam singgah :)

Qhaifa Nur said...

kasihan mimi..nasib baik tak teruk..itu pengalaman berharga buatnya..
cepat sembuh..