Tuesday, August 12, 2014

Menu Berbuka

Salam...

Mungkin ramai diantara rakan2 blogger sudah habis menunaikan puasa enam dibulan Syawal. Walau agak lambat saya tetap bersyukur hari ini genap enam hari saya berpuasa In Shaa Allah.

Tengah berfikir apa nak masak untuk berbuka. Dalam fridge ada daging, ada ayam, ada ikan tapi rasa nak makan lain dari yang lain. Teringat semalan saya ada masak sambal petai ikan bilis. Masih banyak berbaki sebab jiran ada bagi sambal petai udang.

Sambal petai ikan bilis

Rasanya sesuai tak kalau masak nasi lemak? cuma tambah ikan bilis goreng campur kacang, telur rebus, timun dan goreng sedikit ayam. Kalau hubby dia lebih suka ada kacang panjang sama ada direbus atau digoreng buat sayur tambahan. Sedap juga kan menu saya ini. Apa pendapat rakan2 semua?


7 comments:

Kakzakie said...

Bolehlah tu Kak Zai. Bila berbuka puasa ni apa pun sedap sebab dah lapar kan. Kalau tak silap kakak masa puasa sunat syawal hari itu pun kakak ada buat nasi lemak tapi tak ada sambal petai. Kakak buat sambal sotong..

che mid said...

CM baru masuk hari ke empat. Tak direct puasa ikut permintaan orang beraya he he. CM pun dah masak nasi lemak hari sabtu lepas. jadi, hari ni berbuka dengan nasi lemak le ye...

Acik Erna said...

Sesuai sangat tu zai.. Alhamdulillah dah habis puasa ye zai

Nieda ramly said...

kalau ada sambal petai memang selera makan...

Nieda ramly said...

kalau ada sambal petai memang selera makan...

NEKCIK said...

sedap nya nasi lemak Zai...puasa puasa gini bau nya mngoda sungguh

Jari Manis said...

Setuju heeeee sambal dh masuk perut Jm baru nk komen :-)