Monday, August 04, 2014

Bercuti sambil Berhari Raya.

Salam...

Ramai yang sudah kembali ke rumah masing2 setelah bercuti panjang. Menyambut hari raya satu kemestian balik ke kampung pada sesiapa saja yang masih mempunyai kedua ibu bapa. Kemeriahan di kampung sangat berbeza jika dibandingkan dengan dibandar.

Hari kedua hari raya saya sekeluarga sempat menziarahi keluarga. Seronok sangat sebab ada diantaranya jarang dapat berjumpa. Dapatlah merasa makanan tradisi seperti lemang, ketupat dan kuih muih orang lama.

Hari ke tiga pula kami pergi bercuti ke Cameron Highland. Nak luangkan masa dengan anak2. Kami disana cuma tinggal 2 hari 1 malam. Cameron Hingland sudah tidak sejuk macam dulu2, tak payah pakai baju sejuk pun.








Adik paling seronok sampai masuk kawasan kebun teh yang tak sepatutnya masuk. Dalam seronok sangat bergambar seekor anjing datang menyerang. Nasib baik dia tak panik dapat cool kan anjing tu.Orang yang berada sekeliling semua menjerit. Alhamdulillah adik tidak cedera cuma pakaiannya saja yang kotor.

Masa nak balik beli sedikit ole2 untuk di bawa pulang terutamanya strawberry, sayur2 dan lain2.



9 comments:

Acik Erna said...

Assallam zai..adik cuti seminggu jugak ye..

ummiross said...

Kak Zai...

Seronok juga ye kalau dapat bercuti bersama keluarga ke Cameron Highland ketika cuti raya, lari sikit dari kebiasaan.

Nieda ramly said...

nasib baik kan...agaknya anjing tu ingat stranger kut.

selamat hari raya kak zai dan maaf zahir dan batin

Zaitun said...

Acik Erna..w'salam...adik cuti seminggu, hari Ahad dah balik.Rasa tak puas bersama.

Zaitun said...

Ummiross...kak zai tak plan pun nak bercuti, redah aje nasib baik ada hotel yang masih kosong. Ramai orang kita yang ke sana pakai baju raya lagi.

Zaitun said...

Nieda ramly..memang stranger pun masuk kawasan larangan, dah masuk ke dalam sangat.

Selamat hari raya buat Nieda juga maaf zahir dan batin.

tiga lalat said...

Salam aidilfitri. Hee maaf zahir batin.

Kakzakie said...

Sambil beraya sambil bercuti ke CH ye Kak Zai. Seronok juga kan..

Selamat Hari Raya Kak Zai..

Jari Manis said...

betul tu kak Zai..thn ni pun JM dah ke sana 2 kali..mmg dah tak sejuk eperti dulu..pastu time JM pegi tu mmg hampa sgt..buat strawberry tak menjadi maybe sbb panas..pastu beli yg di jual tu MASAM!!!