Tuesday, August 19, 2014

Kaya buah2an.

Salam...

Syukur alhamdulillah beg telekong saya sudah ada ditangan seseorang, bila2 masa saya boleh ambil. Masa saya sampai dekat kedai makan tempohari kedai sudah ditutup. Saya berpesan dengan budak yang bekerja distation minyak dan tinggalkan no talipon untuk dihubungi. Alhamdulillah tuan kedai makan serahkan pada budak tu untuk disimpan dan serahkan bila saya datang.
Terima kasih pada rakan2 yang mendoakan.

...................................

Pokok cili ini saya beli diCameron Highland. Buahnya kecik2, harga dia rm6 sepasu. Tadi saya petik dapatlah segenggam.



Buah2an yang kat bawah ini pula saya angkut dari dusun sahabat yang tinggal diTerengganu. Walaupun saya tak punya dusun tapi setiap kali musim buah rumah saya penuh dengan buah2an.

Cempedak

Dokong

Buah naga

Semuanya masih dalam kotak, tak lalu nak kemas, masih penat.





12 comments:

Acik Erna said...

Boleh la minum petang dengan goreng cempedak ye zai..sedap tu

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Untung walaupun tak ada dusun buah. Ada kawan ada kebun dapat rasa tempiasnya juga. Rezeki akak tu.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Alhamdulillah dah jumpa balik beg telekung kak zai..
Dalam banyak buah diatas.. saya suka buah cempedak tu kak zai.. Sedapnya digoreng.. minum dgn air kopi.. lagi terangkat ;)

Nieda ramly said...

syukur.
semoga dapat balik dgn selamat.

byknya buah2 tu . macam mana nak makan berdua tu....

Nora Karim said...

Alhamdulillah rezeki... buat cempedak goreng sedap tu!

Jari Manis said...

byk nye buah akak...boleh buat goreng cempedak..dap nyerr

Kakzakie said...

Itu yg dikatakan rezeki kalau memang Allah berikan utk kita walau apa cara tetap menjadi milik kita. Samalah macam telekung Kak Zai dan buah-buahan itu semua.

Alhamdulillah..

JunAina said...

Rezeki kak walapun kita tak punya dusun Allah beri melalui orang lain pula...

saniah ibrahim said...

alhamdulilah...dapat semula sejadah kesayangan kak zai .
cili kak zai tu mengancam betul merahnya...

ummiross said...

Cantik cili tu Kak zai.
Alhamdulillah, murah rezeki Kak Zai. Dan syukur dah dapat balik telekung tu.

kasihibu said...

sya pun teringin nak menanam semula, hari tu Mil datang rumah tengok pasu pasu semua tumbuh rumput
heheheh....malu..malu...

kakyon said...

musim buahan ni kita dapat makan buahan sampai kenyang kan Zai. tak kiralah sama ada yang di beli atau pemberian rakan dan taulan,rasa bersyukur sangat dengan nikmat Allah beri pada bumi Msia ini..