Abdul Latip Talib
Bukan main gembira lagi siadik tersenyum meleret lepas tu berjoget2, saya ingatkan dia menang contest ke rupanya dapat mesej dari Pak Latip. Pegang h/p turun ke bawah tunjuk yang pak Latip hantar mesej padanya bertanya khabar dan bertanya tentang persekolahan. Agak lama tak dengar cerita tentang pak Latip mungkin disebabkan sibuk dengan penulisannya.Siadik adalah peminat tegar Pak latip, banyak buku2 pak Latip dalam simpanannya. Kalau sebut nama pak Latip banyak sungguh yang dia tahu tentang beliau. Tahun lepas masa pesta buku siadik tak dapat jumpa pak Latip walau macamana pun rezeki kakak dapat jumpa dan belikan satu buku untuk adik yang ditanda tangan oleh pak Latip. Kata adik kalau ada rezeki masa pesta buku nanti dia akan kesana untuk berjumpa dengan pak Latip.
Masa umur siadik 13 tahun pak Latip telah menghadiahkan sebuah buku sebagai hadiah hari jadinya. Melompat keriangan sebab pak Latip hantar dengan pos laju. Ke hulu ke hilir di genggamnya buku tu, baginya hadiah pak Latip adalah hadiah yang paling berharga sebab begitu ramai peminat dan sibuknya pak Latip tapi masih mengingati tarikh lahir dia dan sempat meluangkan masa untuk mengirimkan hadiah.Terima kasih banyak2 semoga Allah murahkan rezeki dan memberi kesihatan yang baik buat pak Latip sekeluarga.
35 comments:
salam zaitun..memang betul2 minat ni..banyak buku dalam simpanan..
Wahhh peminat setia lagi tegar nih.
Saya sendiri lebih minat penulis lelaki berbanding novelis wanita. Paling saya minat adalah Abdul Talib Hassan.
wah.. rezeki adik. bagus betul pak latip tu, x sombong.
happy birthday adik.
wah... bestnya
peminat setia betul tu,banyak koleksinya
peminat tegar pak latip tu..
wah..banyaknya koleksi buku si adik..tentu rajin membaca ya..
Assalamualaikum
Terima kasih kerana siarkan gambar dan buku-buku saya dalam blog ini.
Saya cuma mengenali nama Syalini Ashley tetapi belum pernah berjumpa dengan orangnya. Walaupun ketika itu umurnya baru 13 tahun sudah menunjukkan minat membaca novel sejarah Islam yang saya tulis. Itu yang menarik perhatian saya. Pada masa itu dia peminat novel sejarah Islam paling muda yang pernah saya kenali namanya melalui blog. Sebagai tanda penghargaan saya mengirimkan senaskhah buku sempena hari jadinya.
Baru-baru ini saya menghantar sms bertanya khabar serta memberi kata-kata semangat supaya belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi pelajar dan anak yang cemerlang. Amin
Salam hormat dan Tahniah diucapkan keluarga adik Syalini Ashly.
wah kaka banyak betul buku dia ye.. eloklah kan ada peminat tegar nie ;)
Syabas kepada anakanda...
Dalam kebanyakan remaja lain menjadikan golongan artis sebagi idolanya, anakanda memilih seorang penulis dan ilmuan...
....hasil didikan bondanya, kan!
tahniah...bestnya dapat buku!
happy birtday
kak zai,
bagusnya anak kak zai..kecil2 dah minat membaca novel sejarah Islam. jarang sekali kita dgr anak2 remaja berminat dgn novel seumpama ini..biasanya novel cinta yg menjadi pilihan kan. alhamdulillah..tahniah dr aunty.
sbnrnya aunty ni pun sedang berjinak2 menulusuri sejarah islam sekarang ni. bestnya membaca novel melayu. tiba2 terasa ingin memiliki juga seperti koleksi peribadi anak akak ni..
kak Erna
Salam Erna...Peminat tegar hehe...orang lain minat penyanyi atau pelakun dalam dan luar negara tapi dia minat sejarah islam.Katanya dengan pembacaan ni banyak membantu pendidikan islam.
azieazah
Ha'ah peminat setia...
Kak Zai pula suka pada penulis Sharifah Abu Salim, tak miss buku2nya hehe...
fa10
Memang tak dijangka dia mendapat perhatian pak Latip.Sejak umurnya 11 tahun lagi dia sudah mula membaca buku2 sejarah islam.
ibuintan
Hehe...minat sangat dan dia boleh hafal jalan2 cerita yang dah dibacanya.
kakpah
Memang betul kakpah kalau boleh semua buku pak Latip yang ada dipasaran nak dibelinya.
sal
Kalau sebut membaca buku pak Latip dia boleh lupa segala2nya termasuk makan.
ABDUL LATIP
Salam pak Latip...sama2... saya juga sebagai ibu mengucapkan ribuan terima kasih pada pak Latip sebab dengan adanya buku2 tu dia selalu memdapat markah yang baik untuk subjek pendidikan islam.
Sejak berumur 11 tahun lagi dia sudah menunjukkan minat terhadap buku2 sejarah islam terutamanya buku2 yang ditulis oleh pak Latip.Harap2 jiwanya juga dapat mengikut melalui pembacaannya.
Salam hormat juga dari saya sekeluarga buat pak Latip sekeluarga.
iina
Kalau ikutkan masih lagi tak mencukupi,banyak lagi yang dah dalam list nak dibeli.
ckLah@xiiinam
Terima kasih...sebenarnya kak Zai tak pernah menentukan minat anak2 semuanya terpulang pada mereka.Mungkin minat membaca tu ada tapi jenis buku adalah pilihan mereka.Contohnya macam kakak berbeza dengan adik,dia lebih berminat pada buku2 tulisan Faisal Tehrani.
sonata anak kancil
Best kan... apa lagi kalau dapat free.
Lama lagi birthday dia.
hnyhar
Kak Zai pun hairan juga macam mana dia boleh minat buku2 sejarah islam berbeza dengan adik beradik yang lain,bersyukur sangat2 sebab dengan pembacaan buku2 tu mata pelajaran islam dia agak memuaskan.
Kalau hnyhar nak langgan buku2 pak Latip kak Zai rasa tak ada masaalah ,kak Zai boleh bagi phone number pak Latip untuk berhubung.
Salam Kak Zai....mmg peminat tegar Pak Latip. Ibupun ada koleksinya tp tak banyak sebegitu.
Cam mwana jer minat membaca masa remaja... heee...jgn marer...
wow! nak pinjam boleh..?
peminat tegar ni kak..heheh
membaca memang best..:)
wah... dapat kuselami perasaan si adik...
memang peminat tegar adik tu kak..
saya suka Ramli Awang Murshid. Seram dan suspens.
Ibu Sayang
Salam...haha...peminat tegar.
Nanti bolehlah tambah koleksi tak dinafikan buku2 pak Latip memang bagus.
mamawana
Bagus kan kalau dari awal dah ada minat membaca,banyak pengetahuan boleh diperolehi.
PINATBATE
Boleh apa salahnya,bukan buku pak Latip saja yang kak Zai ada banyak yang lain lagi.
cikceriacorner
Seronok kan terutamanya buku2 yang kita minat.
Nida
Mungkin melalui pembacaan kita boleh tahu minat seseorang,agaknya lah.
azrina03.07
Hehe...minat sangat.
Setiap orang minat penulis yang berbeza,kak Zai pula suka penulis Sharipah Abu Salim.
Salam Kak Zai... peminat setia betul dia dgn pak latip... mesti seronok sgt sampai melompat...
Post a Comment