Pagi tadi saya dan hubby pergi ke kiosk tiket tambang termurah, nak usha2 harga tiket ke destinasi yang mengambil masa 12 atau 14 jam perjalanan kalau direct flight. Tiket ni bukan untuk saya tapi untuk anak. Dah chek kat internet tapi nak tahu lebih lanjut.
Sampai aje ketempat yang dituju saya dan hubby pun masuk dan terus bertanya, terdapat 2 orang petugas disitu, salah seorang pun tekan2lah apa yang patut, setiap kali my hubby bertanya dia akan rujuk pada petugas sebelah, lama2 hubby rasa boring lalu berpindah ke kaunter sebelah. Tanya dengan lebih lanjut... harga tiket bolehlah dikatakan murah tapi banyak sangat nak ditokok tambah... bila dicongak2... lebih kurang sama aje dengan airline yang lain. Hubby cubalah tanya kot2 kalau dia boleh carikan dari airline yang lain. Rasa nak tergelak dibuatnya boleh ke dia jawab... tak tahulah kalau Fire Fly ada murah, hello saudari... ini tiket international... ada ke kapal terbang ke... nuuun beribu batu..tak tahulah kalau dia tersilap dengar international jadi domestik.
Tiket selalu termurah tapi pengetahuan pekerja pun termurah juga ke?...ALAAA...HAI........
Ingat postpone dulu ... tunggu aje MATTA fair.
Berita terkini... kapal terbang tergelincir di Ku...Ya ampun...
30 comments:
salam zai..nama nya murah zai tp banyak tambah itu dan ini.Kalau untuk international cuba lah tanya Emirate,rasanya lebih murah:)
salam zai..geram je macam tu kan..kena sediakan duduk kaunter..kalau tak boleh nak jawab..terus suruh rujuk ke kaunter lain..
sabar kak zai,
dah namanya murah, servis pun ala-ala murah juga lah kot..
haaa...kak zai nk mai uk ke..hihihi...
Rasanya pekerja kaunter tuh tak sesuai jaga kaunter tiketlah.. hehehe ;)
Kak zai.. memang pun harga murah ... sekali bila masuk cukai ni ...cukai tu.. baggage lagik... harga tiket lebih kurang je...
cikmanggis
Salam cm...memang betul... banyak sangat tokok tambahnya.Kalau boleh nak yang direct flight sebab yang nak pergi dua beradik,adik dan kakak.
kak Erna
Salam Erna...tengok orangnya bergaya...nasib baik orang tak ramai kalau tak terpaksalah menunggu lama.
ibuintan
Orang tak ramai tapi geram juga tanya soalan banyak yang kurang pasti.
hnyhar
Bukan kak Zai yang nak pergi tapi anak.
iina
Mungkin juga,kalau orang luar bertanya macamana lah agaknya ya.
aNIe
Ya lah kalau campur segala cukai memang tak jauh beza.Makan pun masa nak pergi ban balik berbeza harga.
Mungkin dia orang masih dalam training lagi kot..kakZai.
kak wan
Mungkin lah agaknya,cuma kalau boleh letakkan seseorang yang lebih senior.
sabar jelah kak zai..
nampak sangat tak berapa tahu general knowledge ..
Nak pergi mana nih sampai direct 14 jam. Morocco?
nampak sgt main jawab aje..kalo yea pun agak2 la jugak..sabo aje k.zai..
azrina03.07
Pendapat kak Zai kalau nak ambil pekerja jangan tengok pada rupa aje ambil kira jugalah pada IQ sebab itu lebih penting.
Abdul Munir Sanusi
Anak auntie siadik dan kakak nak ke Uk.
Lady Lavender
Hentam koromo sebab kurang ilmu,lebih baik jangan kerja tempat2 macam tu.
salam kk zai.
sib baik kk zai tak buku2 rujukan tuk mereka.hihihihi...
kalo murah baik teje je arge yg sebenar.tak payah ssh diri nak terang2kan kat pelangan.tul tak?sape tak mo murah...
salam zai, dengar berita tergelincir tu macam terbantut pulak program nak ke somewhere.. alahai.. kpah ni dah jadi fobia naik plane.
kaunter untuk nak dapatkan informasi ni kdang2 memang macam tu. geram kita dibuatnya.
walaupun murah.. tp x patut la servis macamm tuh
Jasa Ibu Bapa Dilupakan, Jasa Orang Lain Disanjung
wow lamaaanya fa tak singgah, habis kubaca semua cerita yang tertinggal....kak Zai sihat?
anie,Nagoya
Salam anie...Kalau dicampur macam2 benda jadi banyak juga ongkosnya bukan tambang murah lagi.
kakpah
Salam kakpah...takutkan walaupun tak ada penumpang yang serius.
Tengok gaya petugasnya macam banyak tahu.
tenangsudey
Itulah yang boleh menjatuhkan sesebuah syarikat,orang kurang yakin.
fa*atip
Kak Zai dah lama pindah rumah tapi rumah ku syurga ku tetap dalam kenangan.
tenangsudey
Terima kasih sudi singgah,insyaAllah akan kesana.
soalan sama sama ngan hnyhar.. dah terjawab.
soalan ke2.. UK kat mana tu? blh la tgk bunga2 mengembang x lama lagi ni...
Post a Comment