Wednesday, January 12, 2011

Kim ku Kembali

Pagi tadi saya dikejutkan dengan kehadiran Kim(arnab) saya yang telah menghilangkan diri selama 9  bulan. Percaya dengan tidak sebab dah terlalu lama dan saya pun dah lama melupakannya. Kalau dulu masa baru2 dia hilang setiap kali nampak arnab saya akan menangis, terlalu hiba sebab  langsung tak menyimpan gambarnya buat kenangan.Kemungkinan orang yang mengambilnya tempohari memulangkan semula.Dia ditemui didepan rumah saya oleh anak jiran yang hendak pergi kerja.

Saya membelek setiap badannya ada keraguan sebab kim warnanya lebih hitam walaupun ada persamaan hitam dan putih cuma yang ini warnanya agak ke coklat. kim saya juga akan menaikkan telinga dan menggerak2kan kalau dipanggil. Tapi menurut my hubby manusia lagikan berubah bukan seminggu 2 tapi 9 bulan dia menghilang.Saya cuba memegangnya tapi nyata ia masih seekor arnab yang jinak.Kebetulan sabun mandiannya masih saya simpan, saya ambil towel lalu mengelap seluruh badannya. Rasa ragu2 beransur hilang sebab kim memang senang dimandikan dan dia tak akan bergerak selagi tak siap.Setelah badannya bersih saya peluk, tenung matanya lalu bercakap kalau ini kim yang dulu mama amat bersyukur pada Allah kerana mengembalikannya.(percaya atau tidak boleh tutur mama pada arnab).

Bila siadik balik dari sekolah alangkah gembiranya dia begitu juga dengan my hubby terus beli makanan dan basuh rumahnya yang telah lama terbiar (buat sendiri).Saya mesaj sikakak ternyata dia juga amat gembira.Saya mengatakan pada my hubby nak buat DNA  untuk mengesahkan dia adalah kim saya kahkahkah...

Lebih menggembirakan kim saya tak balik berseorangan tapi berdua kata siadik selama ni dia ke Afrika sebab tu dia membawa isteri yang ada menyerupai nege hahaha...saya kurang bersetuju untuk membela kedua2nya tapi my hubby menyatakan jangan pisahkan mungkin mereka dah lama bersama. Akhirnya saya akur walaupun kurang bersetuju bukan kerana tak lawa tapi saya lebih suka tumpukan pada seekor saja. Saya belum lagi beri nama pada partner kim kalau sesiapa ingin nak bagi silakan...


 kim
aksi manja
beauty n the beast
berdua2an 
Kisah mula saya beli kim dan kehilangannya ada saya coretkan di blog lama saya iaitu di rumah ku syurga ku.

23 comments:

kak wan said...

Manjanya kim tuuu...setiapkali kita bercakap ngan dia pasti macam dia paham aje kan!
kalaulah sepsg tu ...taklama lagi beranak pinak la.
Tuannya dah hampir lupakan dia..tapi kim masih ingatkan tuannya lagi.

ckLah @xiiinam said...

Kepulangan yang membawa kebahagiaan kepada tuannya....


:D

ibuintan said...

mesti kim nyanyi... jangan pisahkan aku dan dia, mama tolonglah kim sayang dia...

padanlah tu... pergi mencari pasangan rupanya

mamawana said...

Amboii Kim..jalan2 cari partner..

azieazah said...

Bila baca kes Aman Shah hari ni, terus teringat lagu:

Kepulangan Yang Dinanti..

Sesuai tak lagu tu utk KIM? :)

iina said...

Wah arnab balik umah.. belum pernah dgr lagi nie kak.. kalau kucing tuh selalu gak hehehe.. Alhamdullilah ;)

Bibu said...

ala...comeinya...kita cadang bg nama yg lagi 1 tu bela "kam".hihihihi...gurau je.syukur jika itu "kim".mesti gembira tak terkata ni....

nak bela kucing.tapi kita keje.kang tak de sape yg nak tgk ms kami tiada dirumah.uuummm.....haiwan amat manja.cam kita jg.ahak...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kim dah ada kawan !
Untung-untung dapat anak lepas ni kak..


Apa kata nama kan dia Orlando..
sebab saya suka Orlando Bloom..hehe..

sal said...

Assalamualaikum ..

KIM tu memang comel....
nasiblah dia balik semula...
dia paham juga, tuannya brsedih hati..

Zaitun said...

kak wan

Kim memang arnab yang manja buatla dia macam mana aksi pun dia akan diam aje.Dah lama sangat tu yang buat dah lupa.
Kalau dah beranak susah sikit nak jaga.

ibundo said...

salam. Partner tu jantan ke betina. Kalau berlainan jantina ta lama lagi zai dapat cucu lah pulak hehe..

Zaitun said...

ckLah@iiinam

Kat rumah kak Zai selalu tinggal sorang2 kalau ada kim terhibur sikit tak lah sunyi sangat.

Zaitun said...

ibuintan

Kak Zai suka lagu ni teringat masa AF 2(kalau tak silap) nyanyi rasa nak nangis.

Zaitun said...

mamawana

Lama dia baru balik orang jauh rupanya hehehe.....

Zaitun said...

azieazah

Dah lama kak Zai nanti kepulangannya tapi selepas 9 bulan baru balik sampai dah lupa.

Zaitun said...

iina

Kucing kalau pergi mana2 pun dia tau balik tapi arnab kak Zai ni mungkin orang hantar balik.

Zaitun said...

Gembira sesangat dah ada kawan bercakap kalau kak Zai tinggal sorang2.Ok juga nama tu pendek macam kim.

Susah sikit nak bela pet kalau orang takde kat rumah.

Zaitun said...

anie,Nagoya

Lupa lah pulak tulis nama anie,sorry ya.
Binatang apa pun kalau kita selalu belai mesti manja.

Zaitun said...

azrina03.07

Selalunya arnab cepat membiakkan tu sebab kak Zai tak suka bela 2 ekor tapi kesian pula tak berteman.

Ok juga nama tu nama omputih.

Zaitun said...

sal

Salam sal...kim comel sebab tuan dia prihatan sesangat badannya selalu kena lap jaga pemakanannya even rumah dia pun hari2 kena basuh.

Mungkin kot sebab bila cakap ngan dia pandang aje muka kak Zai.

Zaitun said...

kakpah

Salam kakpah...betina... cucu sendiri tak ada,anak kata kononnya awal lagi last2 dapat cucu arnab hehehe...

cikceriacorner said...

salam akak..
comelnye kim...heheh

Anonymous said...

Kim and Kom :)