Alzheimer's juga bukan penyakit yang berjangkit tapi lebih kepada penurunan fungsi saraf otak iaitu daya ingatan seseorang merosot.Ia juga melemahkan pertuturan, pertimbangan dan tingkah laku yang tidak terkawal.Selalunya kalau nyanyuk dikaitkan dengan umur yang agak tua tapi ada orang yang mengidap Alzheimer's umurnya agak muda.
Ini berlaku pada kakak saya yang boleh dikatakan belum berapa tua kalau dibandingkan dengan ayah yang dah berumur 85 tahun. Masih sihat boleh pergi kemana saja, boleh makan apa saja dan yang penting boleh uruskan diri sendiri. Kakak pula phyzikalnya sihat cuma ingatan yang kadang2 boleh merimaskan kita yang berada bersamanya. Bercakap tak boleh lancar banyak perkataan lupa, apatah lagi kalau dia menyimpan barang akan susahlah ditemui kembali.
Ada masanya kami amat kasihan melihat keadaannya sebab nampak macam dia punya banyak masaalah tapi kalau nak diikutkan kehidupannya amat senang, semua keperluan disediakan oleh anak2 dan dia sekarang tinggal bersama anaknya.
kakak
ayah
18 comments:
Kesian...itu saja yang mampu diucap.
Semoga sokongan keluarga terus bersama kakak kak Zai itu....
Masa kita nanti pun, belum tentu bagaimana ya kak Zai..
Habuan tiap orang tak sama, kata orang.
Ada orang masa tuanya, begitu. Ada yang begini.
Apapun sokongan keluarga memang sangat penting. Selagi kita tidak menganggap itu suatu masalah, tetap tidak menjadi masalah.
INSAF kan..tengok orang yg alzheimer's
kdg2 terfikir juga klu kita dah tua, cammna pula,yee..
moga kita kuat dan tak lupa ingatan..
Family support very important!
The we calli it TLC. Tender, love and care. Jangan bagi stress. Jangan exxagrate symptom dia.
Actually, Alzhemier do not curing treatment, buat have some ubat yang boleh reduce kan sahaja.
Kesiannya...sokongan moral dan kasih sayang amat amat diperlukan ketika begini.Bila baca kisah kakak zai ni terfikir pulak bagaimana nasib cm nanti bila dah tua..jika umur panjang.Semoga memperolehi kesihatan yang baik hingga keakhir hayat.itulah doa cm tak putus putus....
Yelah kak.. bila dah kena tuh.. kita nie kena sabar jelah layan kerenah dia kan.. ;)
ckLah@xiiinam
azieazah
sal
Abdul Munir Sanusi
cikmanggis
iina
Salam semua...terima kasih diatas keperihatinan dan doa semua,semoga ia tak bertambah serius.
Alahai..
Beruntung ada anak-anak yang sentiasa bersama kakak kak zai.
Macam manalah kita nanti..
Mak saya pun dah ada simptom-simptomnya juga. Umur nak masuk 68 tahun ni.
sokongan dr keluarga terdekat amat perlu. Bersyukur dgn nikmat sihat sekarang..bahagian kita belum pasti lg mcmana..
azrina03.07
Syukur anak kakak jaga dia dengan baik sekali.Kita besok minta2 biarlah disayangi oleh anak2.
lady lavender
Kalau boleh biarlah sihat dan dijauhi dari penyakit yang mungkin boleh menyusahkan anak2 bila dah tua nanti.
tabah!!!kk Zai.
sokongan dari ahli keluarga amat ptg.
be fighting!!!!...
Salam Kak Zai..
Sokongan dari keluarga amat penting..
p/s: terfikir adakah kita akan sampai pada usianya..
salam kak Zaitun,
dikatakan penyakit ini sukar diubati, namun alhamdulillah dgn sokongan keluarga dan anak2, walau macamana pun keadaannya, rasanya kakak tetap gembira.
kat sini ada juga saya jumpa pesakit alzheimer, cuma kesiannya, anak2 tak hirau langsung.
anie,Nagoya
InsyaAllah...kami semua terima dia seadanya.Walaupun kakak berkeadaan demikian tapi kami tak pernah abaikan dia.
Nida
Salam Nida...kalau boleh kita semua dijauhkan dari segala penyakit,tak nak menyusahkan anak2.
CikguZue
Salam Zue...Kami sekeluarga cuba menggembirakan kakak,kalau ada masa bawa dia berjalan2,bawa pergi makan makanan kegemaran dia dan buat apa yang dia suka.
Kasihankan kalau orang yang ada Alzheimer's tak diberi perhatian mungkin boleh jadi bertambah serius.
Kak zai...mereka yang mengidap Alzheimer ini selalunya memerlukan sokongan dan perhatian yang lebih dari orang sekeliling mereka...
Kata orang itu bahagian dia..bahagian kita tak tau lagik...
Post a Comment