Pagi2 saya dah menyeberang lautan, suasana jalan raya agak lancar tak macam sebelum ni agak sesak disebabkan cuti krismas. Saya sampai di Suntec iaitu tempat mengambil tiket untuk sight seeing. Nama package ni Duck & HippoTour beroperasi dari pukul 10 pagi sampai 6 petang dan harga tiket untuk bas 23 dollar untuk satu orang. Ada satu bas origional, satu heritage dan city bas dan water taxi.. Kalau nak singgah ditempat2 yang boleh shopping atau melawat pun boleh lepas tu boleh naik semula bas yang lain. Kalau tak turun dari bas ianya mengambil masa satu jam untuk keliling bandar Singapore. Bas2 ini melalui jalan yang berasingan jadi kita boleh tengok banyak tempat2 yang terdapat disana. Saya rasa kalau tak tinggal lama lebih elok memilih pakej ini.
tempat beli tiket
topless city sightseeing
bas separuh bumbung
water taxi
bangunan2 yang terdapat disana
marina bay
esplanade
masjid sultan
budha temple
singapore flyer
clarke quay & riverside point
botanical garden
Shopping di Singapore agak mahal bagi saya dan dari pemerhatian saya juga ada banyak barang2 yang dijual disana ada di negara kita. Contohnya kalau di Orchard road barang2nya memang standard ada persaman dengan KLCC dan Pavilion harga pula mahal sebab mata wang yang berganda. Lebih baik beli saja dinegara kita dan kalau nak murah tunggu masa sale. Untuk buat kenangan adalah serba sedikit saya beli untuk anak2 terutamanya t.shirt kegemaran mereka yang bercop sesebuah negara dan kegemaran saya juga iaitu fridge magnet.
Kalau pergi ke Singapore jangan lupa makan murtabak dan nasi beriani yang memang terkenal dan sedap rasanya. Murtabak disana ada size s,m,dan l, Di Kl saya pernah makan murtabak yang agak sedap tapi tak sebesar yang dijual di Singapore.
Hari ke empat saya bertolak balik tapi sebelum tu singgah dirumah kawan yang tinggal diSenai.Tak lama sebab dah petang dan saya berjanji dengan sikakak singgah di Melaka untuk makan malam bersamanya. Saya sampai lebih kurang pukul 7 malam dan semasa dalam kereta dia bagitau hari Jumaat cuti so saya cancel balik dan bermalam pula di Melaka. Selepas makan malam kami hanya berehat dihotel dan bersembang 3 beranak. Besoknya sempat merayau di Dataran Pahlawan sementara menunggu hubby solat jumaat. Lepas makan tengahari kami hantar sikakak balik ke kampus dan kami meneruskan perjalanan balik. Sebelum sampai rumah ambik siadik di Shah Alam kemudian terus balik kerumah.
Syukur alhamdulillah walaupun percutian tak dirancang tapi meninggalkan kenangan yang amat indah. To my hubby ...terima kasih daun keladi......
22 comments:
salam..zaitun..
insyaallah..ada peluang lagi tu..
saya sendiri dah lama betul tak ke singapore..last masa baru2 kerja..dah 30 tahun tak pergi tu..
waah..bestnya gi honeymoon kak zai...sesekali buat percutian xdirancang mcm ni, rasa best jgk kan..
salam kenal..nice blog. Mintak izin masuk dlm my bloglist yea & followed :-)
dah lame x pi singapore...huhu
kak Erna
W'salam Erna...nanti ada masa bolehlah pergi bawa anak2 tengok universal studio tapi kena book tiket baru boleh masuk.
hnyhar
Kelam kabut sikit kalau holiday tak dirancang.
Lady Lavender
Salam kenal juga...silakan,terima kasih sudi singgah.
Dari Kelate Ke Copenhagen
Terima kasih sudi singgah.
Banyak bangunan baru dan modern, boleh masuk list dalam percutian.
wah ..dah sampai johor n s'pura..
moga percutian menggembirakan..nice pic..saya folow jugak..
salam. wah.. seronok berhoneymoon zai. Kpah pun dah lama tak ke sana, Last sekali pergi dulu sempat jugalah kami ambil pekej duck tour tu.
salam..
akak..bestnye..sambil melancong bleh merehatkan minda dan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan..:)best2..heheh
sal
Thanks...cuti nanti bolehlah sal masukkan Singapore dalam list.
kakpah
Salam kakpah...saya pun agak lama tak kesana dah banyak perubahan,cuma saya tak dapat pergi ke Universal Studio sebab tiket kena book lebih awal.
cikceriacorner
Dah lama tak jalan berdua2an asyik sibuk aje.Lebih mesra hehehe....
salam zai..lamanya Cm tak ke singapore..puluhan tahun.Best jugak sekali sekali berhoneymoon ni :)mengeratkan kasih sayang:)menambahkan rasa cinta ahakss
ceria ceria selalu zai
belum sampai spore..
hrp dptlah pergi suatu hari nanti
cikmanggis
Salam cm...sebelum ni kita sibuk dengan anak2 sesekali perlu juga berdua2an,memang betul enjoy dia lain ahakss....
Hamizah
Kalau ada masa bolehlah pergi tak jauh sangat dari negara kita.
Moon nya masih berhoney.....
Manissss.....
kak..
cantiknya singapura. masuk dlm wishlist lagi... banyak dah tempat menarik masuk wishlist sejak berblog ni.
Lama betul tak ke s'pore w/pun ramai sdramara kat sana..tgk gambar kat blog kakzai..rindu pulak rasanya.
Best ye kakzai..berhoneymoon.
Salam kak.. besnya dapat honeymoon ... kali ke berapa tu kak...?
Anie dah lama tak pi singapore.. berkurun dah
Post a Comment