Selalunya bila hubby dah hantar saya dan angkut kain kedalam kedai dia akan tinggalkan saya, kadang2 ada pelanggan lain adalah kawan untuk berborak. Semalam kebetulan tak ada orang hanya saya seorang kat kedai tu, selepas masukkan kain 2 load kedalam machine saya pun duduk termenung.Tiba2 saya dapat satu idea ...agaknya kalau saya buat business macam ni ok tak?
Dulu... dah lama dah... saya pernah buka kedai laundry tapi bukan yang self servive, kena ada pembantu dan sebagainya, rumit sikit tapi yang untungnya ramai jadi kawan selepas menjadi pelanggan tetap. Jual kedai masa tu pun atas sebab anak sakit dan kebetulan kakak yang menjaga kedai runcit terpaksa balik ke Perak sebab dia dah beli rumah sendiri di sana. Disebabkan kedai runcit lagi mudah menjaganya saya pun lepaskan kedai laundry.
Bila dah pasang angan2 macam2 dalam kepala, berkira2... boleh buat ke, kat mana nak buka dan entah apa2 lagi. Bila hubby datang nak ambik... dah tahu timing bila dah siap... saya pun bagitaulah angan2 saya tu.Nak tahu apa jawapan my hubby ...abang tak mau lagi isteri abang sibuk2 kan diri dengan business... duduk saja kat rumah...abang boleh bagi duit. Laaa... ke situ pulak... ini bukan masaalah duit tapi saya nak sibukkan diri sebab dah lama sangat tak buat apa2. Lagi pun business tu tak memerlukan kita sentiasa ada kat kedai cuma perlu dipantau saja.
Kadang2 rasa rindu bila teringat masa dulu saya mengendalikan kedai . Masa tu anak2 diserahkan pada pembantu rumah sepenuh masa sampai ada yang pandai cakap indon.Ada masanya saya terlalu busy kat kedai sampai malam baru balik kerumah.Esoknya pagi2 dah tinggalkan anak2, ada yang masih tidur dan ada masa juga sampai 2 hari baru dapat jumpa sebab bila keluar rumah anak masih tidur dan bila balik anak dah tidur.Mungkin itu sebabnya hubby tak mau lagi saya membusykan diri dan sekarang dia mahu saya menjaga dan mendidik anak sepenuh masa.
23 comments:
boring bila dokkat rumah je kan?
tu yg saya tak sabar2 nak keja semula..tp kalau dah keja mesti boring nak cuti pjg2..hehehe
salam kak zai,
betul juga cakap suami kak zai tu...suami hanya mahu kak zai rehat dan menguruskan rumahtangga saja...
dah puas dulu terlalu sibuk
Salam kak zai...
Idea tu sangat menarik... takpe pasang angan-angan dulu, mana tahu ada rezeki lebih untuk upah orang nanti
salam zai..boleh jugak tu..kalau yang basuh sendiri tu..sambil bersantai pun bolehkan..
aina pernah juga tak kerja 3 bulan, masa tu anak2 mash kecil tapi rasa macam tak leh hidup je..nak tunggu petang rasa lama sangat...
eh bagus ni idea Zai:) tapi boleh tahan jugak modalnya tu.Apa kata kita join venture hehe...Cm berangan je ni hihi
salam ziarah...dimalam hari...
boring eh kak ?
suami pun dah usik2 saya bila nak berhenti kerja. tengokkan anak-anak.
saya minta 3 tahun aje lagi, insyaAllah kalau masa mengizinkan.
Wahh beruntungnya KAK ZAI kalu begitu. Ramai wanita yang bila tiada komitmen kerja anak-anak dah besar, rasa sunyi dn mencari “kerja” utk ditumpukan.
tapi suami lak suka kita dok rumah tunggu dan layan dia... untung gini.
Kadang2 kesian pada ramai lak wanita lain yang dah tak larat pun masih lagi KENA bekerja kuat, sbb suami lepas tangan atau ambil mudah (sama ler tu) dan juga ambil kesempatan... Wanita ini bekerja kerana duit semata bukan pasal sunyi...
Hamizah
Ada masa kak Zai rasa boring,anak2 dah besar,hubby pula kadang2 outstation.
ibuintan
Salam...dulu kak Zai sibuk dengan business banyak masa diluar,jarang dapat bersama.
Nida
Salam Nida...haha...angan2... nanti boleh jadi tokey semula.
kak Erna
Salam Erna...Itulah yang saya pikirkan,sesekali aje datang tengok.Buka kedai pagi buat apa yang patut lepas tu malam masa nak tutup baru datang sekali lagi.
JunAina
Kak Zai dah 12 tahun menganggur,anak2 dah besar hanya sorang aje yang ada kat rumah.
cikmanggis
Good idea join venture,business makcik2...kita boleh buat pinjaman kihkihkih...
ainnorani
Salam kembali...terima kasih sudi singgah.
azrina03.07
Dah lama jobless,kadang2 boring bila tinggal keseorangan.
Ada bagusnya kalau ibu sendiri yang jaga dan mendidik anak2.InsyaAllah kalau mak tak kerja pun ada rezeki.
azieazah
Pasal boringlah kak Zai nak cari sesuatu,anak2 dah besar hubby pula kadang2 tak ada dirumah.
Dulu kak Zai selalu ditinggal2kan sebab hubby kerja luar daerah,sekarang ada juga tapi tak selalu.Sebab tu bila ada peluang bersama hubby tak bagi kerja nak tebus masa yang lepas hehehe....
bila dah brumur ni..kadangkala suka sgt duduk umah...tapi, kerja tak habis juga, tapi relek sikit dan tak terkejar2 sgt..masa muda dah puas sebuk2..
bgus angan2 kk Zai tu.kita tukar nak?kita skrg rindu nak lepak kat umah.ahakk...blek umah bz berkemas.
sabtu n ahad bz nak jln n aktivity anak2.ms tuk rehat rasa tak de.tido pun lewt.
sal
Kak Zai dah lama sangat berehat kat rumah tu yang nak buat sesuatu lagi pun kalau kat luar dapat ramai kawan.
anie,Nagoya
Nak tukar dengan kak Zai?boleh...best apa tinggal kat Japan.
Anak2 anie masih kecik,dulu kak Zai pun macam tu juga banyak benda nak buat bila masa cuti.
salam akak..
xpe kak..rehat aje kat umah..keje gak kan kat umah..masak..basuh..uruskan anak..heehe..
akak..sy plak..kalo bleh nak pencen aje..hehehe..
tp xbleh lg..perjalanan masih jauh..
Post a Comment