Barang2 di rumah saya bersepah macam kapal nak pecah dengan habuk sana sini .Itu keadaan yang dalam rumah, kat luar rumah pula penuh dengan pasir,batu bata dan seangkatan dengannya.Cukup melemaskan,kalau orang yang ada asthma memang dah semput dibuatnya.Itu yang membuatkan kalau nak buat renovation rumah kena fikir 2 atau 3 kali.
Ini adalah gara2 nak membetulkan dapur,bilik air dan membesarkan sedikit bilik. Sebelum berpindah dari rumah kami yang lama rumah ni disewakan,bila kami nak duduk 10 tahun yang lalu buatlah sedikit renovation, sebelum tu juga hubby sudah pun membeli rumah di Lembah Beringin.Tapi tak de rezeki rumah tu terbengkalai sampailah sekarang.Hubby pun membuat keputusan tinggal aje di rumah sekarang dan jika ada rezeki mungkin juga mencari rumah yang lain.Ada juga usha2 mencari rumah yang lebih selesa dan berkemampuan.
Sekarang rumah ini diubah suai lagi tapi cuma membetulkan bahagian dalam saja tanpa mengganggu gugat stucture luar. Kalau ikutkan umur macam saya dah punya rumah paling koman pun semi D,tapi tetap bersyukur sebab rumah tepi dan ada sedikit kawasan,cuma saya tak berapa suka tinggal disini sebab penduduk yang terlalu padat. Berbeza dengan rumah lama kami kawasannya amat tenang tapi masa tu tempat kerja hubby agak jauh dari rumah.Itulah sebabnya hubby membuat keputusan berpindah saja kesini.Teringin nak tinggal dikawasan rumah2 yang agak sunyi, dipenuhi dengan pokok2 tapi masih dalam bandar.Ada sapa2 nak bagi idea macamana nak dapat duit juta2 hehehe.....hubby buat projek billion2 tapi yang untung company.
17 comments:
Syukur juga Kak ZAI ada lebih dari satu ruma. Dapat rumah bawah, tepi dan ada skit laman setakat nak tanam bunga atau senaman, lepas tu.
Saya pun berangan nak duk rumah macam Kak Zai sebut. Nyaman damai, sunyi tenang.
Harap2 dapat ler numpang tuah anak-anak nanti...:)
salam zai..alhamdulillah ada rumah sendiri kan..insyaallah..satu hari nanti..tercapai la impina nak duduk dikawasan yang sunyi tu..
azieazah
Jika kita menanam benih yang baik pastinya mendapat hasil pulangan yang baik juga,insyaAllah.
Seronok kan dah tua2 hidup bahagia bersama pasangan.
kak Erna
Salam Erna...angan2 aje tu entah kesampaian ke tak.
kk Zai...meh dtg cini.tmpt kita sunyi u.lagi2 siang.takut jln dlm umah pun kena senyap2.hihihihi...
kita sokong.kaum suami kerja keras.dpt kerja milion...bilion...yg penuh poket syarikat.kaya tidak...itu le kalo keje kuli...
kalo ada modal, teringin bkk bisnes.tapi bisnes apa ya?
Salam Kak Zai,
oh....tengah renovation rumah, itu sebablah bagai nak pecah. Harap dpt kak zai jaga kesihatan masa ni, debu banyak...membahayakan kesihatan, pakai dust mask w/pun dlm rumah utk elakkan dr debu masuk dlm hidung.
Kak Zai...kalau buat renovation memang kena sabar je lah...habuk tak tahan...orang Melaka kata...macam tongkang pecah rumah jadinya...
anie,Nagoya
Suka2...nanti kak Zai datang duduk kat Japan tapi boleh ke duduk lama2?
kalau syarikat dapat projek billion2 hubbylah yang menguruskannya,keluar masuk hutan,arah orang buat itu ini,tapi dapat gaji hanya cukup untuk makan takleh nak bermewah2...
Balik M'sia kita pakat2 ya hehehe....
Ibu Sayang
Salam...renovate sikit aje tapi satu rumah penuh habuk,berserabut dibuatnya.
Elok juga pakai mask.
aNIe
Memang betul macam tongkang pecah,semua perabut kena alihkan.Sebelum dan selepas renovate kena kemas,penatnya...
Takpe kak.. janji ada umah yang ok dan agak selesa kan ;)
Harap tongkang akan siap segara..hehe
berabuk berdebu satuhal...nak mengemas pulak satu hal. Pelan2 ye k.zai..don't be stress :-)
iina
Rumah ok cuma kawasan perumahan padat dengan pembangunan dan penduduk.
ckLah@xiiinam
Harap2 begitulah,tak sabar tengok benda2 yang bersepah.
Lady Lavender
Masa memunggah barang2 tempohari main campak2 aje tapi bila nak mengemas nanti punyalah banyak barang yang nak disusun semula.Kena minta tolong dengan wonder pets lah nampaknya.
salam..
akak..bestnye ada umah sendiri..saya berangan nak juga..arap moga ianya menjadi kenyataan..heheh
Post a Comment